Yusof Latiff: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 35: Baris 35:
|spouse = Rahimah Ali <br> Salamah Shukri
|spouse = Rahimah Ali <br> Salamah Shukri
|partner =
|partner =
|children =
|children = 17 anak
|parents =
|parents =
|relations =
|relations =

Semakan pada 07:54, 25 Februari 2016

Yusof Latif
Kelahiran
Muhammad Yusof Bin Abdul Latiff

(1922-06-22)22 Jun 1922
Meninggal dunia12 Jun 1998(1998-06-12) (umur 75)
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1952 - 1989
PasanganRahimah Ali
Salamah Shukri
Anak-anak17 anak

Yusof Latif atau nama sebenarnya Muhammad Yusof Bin Abdul Latiff ialah seorang pelakon Singapura.

Yusof Latiff dilahirkan pada 22 Jun 1922. Yusof Latiff mendapat pendidikan awal di Madrasah Al-Sagaf, kemudian belajar hingga Darjah Lima di Singapura English School. Yusof menjadi kenani dalam sebuah syarikat milik Inggeris. Pada masa yang sama, Yusof berkawan rapat dengan Salleh Kamil, seorang pelakon filem yang mula menempa namadi layar perak.

Ketika menonton filem di Panggung Rex bersama Salleh Kamil, Yusof menjadi perhatian seorang pengurus filem bernama Shaw Vee Ngok. Yusof tidak menyedari perkara itu kerana tidak mengenali pengurus syarikat filem itu. Selesai menonton wayang, Shaw Vee Ngok bertanya kepada Yusof jika beliau berminat untuk menjadi pelakon filem. Yusof hanya tersenyum kerana mengganggap perkara tersebut tidak serius. Namun, setelah beberapa kali dipujuk oleh Salleh Kamil, akhirnya, Yusof bersetuju untuk bertemu dengan Shaw Vee Ngok di Studio Malay Film Productions [MFP]. Dalam pertemuan itulah Yusof mendapat tawaran menjadi pelakon filem dengan gaji sebanyak 150 ringgit sebulan.

Maka, bermulalah babak baharu dalam hidup Yusof Latiff. Beliau sudah melangkah ke dunia perfileman dengan menjadi pelakon sepenuh masa. Tugas pertama beliau ialah berlakon dalam filem Gadis Peladang pada tahun 1952 yang diarahkan oleh B. S. Rajhans. Yusof terus memegang peranan hero di samping Datuk Maria Menando yang memegang watak heroin.[1]

Disusuli pula dengan lakonan beliau dalam filem Yatim Piatu yang turut dilakonkan oleh Rokiah Jaafar dan Saadiah. Filem ketiga Yusof dilanda kontroversi. Lakonan beliau dalam filem Cemburu dikritik hebat oleh orang ramai kerana adegan romantik yang keterlaluan. Terdapat babak Yusof bergesel pipi dengan Rosnani dan hampir bersentuhan bibir dengan Mariani. Imej Yusof tidak terjejas dengan babak-babak panas yang membangkitkan semakin di kenal dan semakin mendapat perhatian besar daripada orang ramai.

Kontrak Yusof dengan MFP berakhir setelah berlakon dalam sebelas buah filem. Yusof ditawarkan kontrak baharu selama tiga tahun tetapi menolaknya kerana permintaan Yusof untuk kenaikan gaji dan bonus ditolak oleh majikan beliau. Yusof lebih rela menjadi pelakon bebas tanpa gaji tetap daripada menyambung kontrak dengan gaji dan bonus yang tiada kenaikan. Oleh hal demikian, Yusof berlakon pula dalam filem-filem keluaran Cathay Keris Film. Itu pun setelah lebih lima tahun menyepikan diri daripada sebarang aktiviti lakonan.

Pada 1960, P. Ramlee membawa semula Yusof Latiff ke Studio MFP untuk berlakon dalam filem, Antara Dua Darjat. Yusof mendukung salah satu watak penting dalam filem bercorak drama berat arahan P. Ramlee itu. Beliau memegang watak sebagai Tengku Aziz yang menegakkan keadilan. MFP cuba memujuk Yusof Latiff supaya berlakon lagi dalam filem-filem keluarannya selepas filem Antara Dua Darjat. Namun, Yusof sudah serik dengan pengalaman pahit beliau pada masa lalu bekerja dengan MFP yang terlalu ketat dengan peraturan. Saya balik ke MFP kerana P.Ramlee yang mengundang saya berlakon dan bukannya kerana MFP, demikian ujar Yusof kepada media.

Selepas berlakon dalam filem, Udang di Sebalik Batu yang diarahkan oleh Husain Hanif dan diterbitkan oleh Cathay Keris Film pada tahun 1966. Pada tahun 1969, Yusof Latiff sekali lagi menerima tawaran berlakon daripada P. Ramlee berlakon dam filem, Enam Jahanam di Studio Merdeka, Hulu Kelang, Selangor. Saya tidak boleh menolak kalau P.Ramlee ajak saya berlakon, kata Yusof Latiff menggambarkan betapa erat dan kukuhnya hubungan merekaa berdua. Enam Janaham dibintangi oleh P.Ramlee, Noor Azizah, Idris Hashim, selain Yusof Latiff

Kematian

Yusof Latiff terus bersara daripada filem selepas berlakon dalam filem Enam Jahanam. Masa beliau banyak dihabiskan bersama-sama keluarga di samping kuat mengerjakan ibadat. Yusof Latiff mempunyai dua orang isteri, pertama Rahimah Ali dan kedua, Salamah Shukri. Dengan dua isteri itu Yusof mempunyai 17 orang anak. Yusof Latiff meninggal dunia pada usia 75 tahun di Singapura pada 12 Jun 1998.

Filem

  1. 1952 - Yatim Piatu
  2. 1954 - Panggilan Pulau
  3. 1955 - Kipas Hikmat
  4. 1955 - Menyerah
  5. 1956 - Pencuri
  6. 1956 - Hang Tuah
  7. 1960 - Antara Dua Darjat
  8. 1962 - Lancang Kuning
  9. 1962 - Dang Anom
  10. 1962 - Korban Kasih
  11. 1962 - Tun Fatimah
  12. 1962 - Mata Syaitan
  13. 1963 - Gila Talak
  14. 1964 - Dua Pendekar
  15. 1969 - Enam Jahanam
  16. 1979 - Detik 12 Malam
  17. 1979 - Dendang Perantau
  18. 1979 - Kisah Seorang Biduan
  19. 1981 - Serampang Tiga
  20. 1989 - Kolej 56

Rujukan

Pautan luar