Ikatan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
[[Fail:Ikatan.jpg|thumb|Logo Ikatan]]
'''Parti Ikatan Bangsa Malaysia''' atau 'Ikatan' ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh beberapa bekas pemimpin nasional Malaysia. Presiden sementaranya ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri [[Abdul Kadir Sheikh Fadzir]]. Majlis pelancaran dihadiri 200 orang di hotel Palace of The Golden Horses di [[Seri Kembangan]]. Ikatan menyasarkan 500,000 ahli dari seluruh negara dalam tempoh setahun. Borang telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun 2012. ROS tidak ada sebab menolak pendaftaran kerana telah memenuhi semua syarat.<ref>[http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6/7/mstar_berita/20120607133131&sec=mstar_berita Kadir Sheikh Fadzir Tubuh Ikatan, Tidak Bertanding PRU13]</ref>

Semakan pada 08:42, 16 Mac 2016

Logo Ikatan

Parti Ikatan Bangsa Malaysia atau 'Ikatan' ditubuhkan pada 7 Jun 2012 oleh beberapa bekas pemimpin nasional Malaysia. Presiden sementaranya ialah bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Majlis pelancaran dihadiri 200 orang di hotel Palace of The Golden Horses di Seri Kembangan. Ikatan menyasarkan 500,000 ahli dari seluruh negara dalam tempoh setahun. Borang telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Jun 2012. ROS tidak ada sebab menolak pendaftaran kerana telah memenuhi semua syarat.[1]

Ikatan dipercayai akan bergabung dengan PAS, PKR dan DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat.Ikatan tidak akan menyertai PRU13 tapi bertanding dalam PRU14.

Abdul Kadir keluar dari UMNO pada Mac 2012 dan berucap di atas pentas PAS. Beliau juga meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.[2]

Pada 16 Mac 2016, Ikatan mengumumkan membentuk pakatan politik blok ketiga dengan parti PAS.[3]

Barisan pimpinan

Antara barisan pimpinan awal ialah bekas timbalan menteri pelajaran daripada Sarawak, Datuk Bujang Ulis, ahli bank Ong Hock Siew dan bekas presiden Majlis Peguam K Ragunath. Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut sebagai Setiausaha agung Ikatan. Enam orang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi.

Logo Ikatan

Ikatan menggunakan gambar dua tangan yang bersalaman dan berlatarbelakangkan warna biru dan kuning . Visi dan misi penubuhan IKATAN adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan dan roh Perlembagaan Malaysia.

Ikatan menumpukan kepada hasrat rakyat berbilang kaum dan agama - Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam, Islam , Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas satu sama lain, jika mahu hidup satu keluarga. Setiap ahli Ikatan tidak boleh menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum. kita mesti selalu tolong menolong sesama kita. Yang kaya tolong yang miskin.Yang maju tolong yang kurang maju. [4]

Rujukan

Pautan luar

Laman Facebook Ikatan