Noordin Mohammad Top: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Criminal
{{Infobox Criminal
| subject_name = '''Noordin Mohammad Top'''
| subject_name = '''Noordin Mohammad Top'''
| image_name = [[Noordin Mohammad Top.png|center]]
| image_name = Noordin Mohammad Top.png
| image_size =
| image_size =
| image_caption = Gambar dari laman FBI
| image_caption = Gambar dari laman FBI

Semakan pada 15:40, 21 Mac 2016

Noordin Mohammad Top
Gambar dari laman FBI
Statusmeninggal
PekerjaanPembiaya dan pelatih kumpulan serpihan Jemaah Islamiyah (Suspek)
PasanganSiti Rahmah Rusdi, Mufiatun

Noordin Mohammad Top (11 Ogos 1968 – 17 September 2009) juga dikenali sebagai Noordin Mat Top (Noordin), Din Moch Top, Muh Top, atau Mat Top merupakan militan Islam berbangsa Melayu, Malaysia yang paling dikehendaki Indonesia[1] dan pengganas paling dikehendaki Asia.[2]Akhirnya, beliau mati pada 17 September 2009 di Solo, Jawa Tengah, Indonesia akibat terkena tembakan pasukan elit antikeganasan Indonesia 'Detasmen Khusus 88' (Densus 88) .

Latarbelakang

Noordin dilahirkan di Kluang, Johor, Malaysia. Noordin pernah menjadi guru dan mengajar di Sekolah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram, Johor.

Kaitan dengan JI

Beliau dianggap antara pembuat bom utama dan/atau pembiaya kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), dan dikatakan telah meninggalkan JI untuk menubuhkan kumpulan serpihan Al-Qaeda di Nusantara yang lebih ganas.[3] Agensi A.S. FBI melaporkan bahawa Noordin adalah seorang pakar letupan, selain bertindak menjadi "pegawai, perekrut, dan pelatih untuk Jemaah Islamiah."[4]

Bekas pensyarah dan akauntan ini mendapat perhatian antarabangsa selepas kejadian serangan bom di Bali, Indonesia pada tahun 2002 dan serangan bom di Hotel J.W. Marriott Jakarta pada tahun 2003 dan 2009.

Selepas polis Malaysia mengesan dan menangkap ahli JI selepas peristiwa 11 September, beliau telah melarikan diri ke Indonesia . Ketika di Indonesia, dia menggunakan nama samaran Abdurrachman Aufi. Noodin bertindak sebagai penasihat kewangan kerana berkelulusan akauntan. Sementara Dr Azahari bertindak sebagai pembuat bom.

Noordin dilaporkan terbunuh dalam satu serbuan polis di Solo, Jawa Tengah pada 17 September 2009.[2]

Jejak pelarian

Pada 24 Jun 2003 Noordin Mohd Top menulis surat kepada isterinya Mufiatun dengan nama Abu Hah. Polis Malaysia menyiasat kesahihan surat tersebut dan cuba mengaitkannya gerakan Jemaah Islamiah. Mufiatun telah dipenjara pada Jun 2005 kerana enggan memberi maklumat tentang suaminya. [5]

Pada Januari 2006, polis Indonesia menyatakan Noordin mengetuai pertubuhan haram Tanzim Qaedat al-Jihad atau Pertubuhan Perjuangan Jihad. Pada 29 April 2006, Noordin nyaris tertangkap apabila rumah selamatnya di Binangun, Jawa Tengah diserbu polis Indonesia. Dalam kejadian itu dua suspek pengganas Abdul Hadi dan Jabir terbunuh.[6] Bahan letupan turut ditemui.

Pengeboman

Dalam serangan terbaru Noordin, dua buah hotel iaitu Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz-Carlton di Jakarta telah dibom pada pagi Jumaat 16 Julai 2009. Bom yang belum meletup ada tanda NR yang dikatakan merujuk kepada Noordin - selaku pembuat dan mencantum komponen bom itu. Ketua Bahagian Anti Pengganas Kementerian Keselamatan Indonesia Ansyaad Mbai menyatakan bahawa terdapat bukti kukuh Noordin mendalangi serangan itu. Bom buatan sendiri itu mempunyai persamaan dengan yang pernah digunakan dalam serangan 2003, yang dikaitkan dengan Noordin.[7]

Selain itu, Noordin turut disyaki terlibat dalam pengeboman Bali 2005 dan 2002, pengeboman kedutaan Australia di Jakarta (2004) dan pengeboman JW Marriott 2003.

Mayat di Temanggung bukan Noordin

Lelaki yang ditembak pada 8 Ogos 2009 di Temanggung, Jawa Barat bukan Noordin Mohd Top. Sebaliknya ialah Ibrohim. Noordin amat dikehendaki kerana dikatakan menjadi dalang dan pakar bom yang disyaki terbabit dalam kejadian Pengeboman Hotel J.W.Marriott dan Ritz Carlton di Jakarta pada 17 Julai 2009. DNA air liur anak lelaki Noordin yang sudah diambil polis Indonesia di Johor tidak sama.[8]

Noordin berjaya ditembak

Pada 17 September 2009, polis Indonesia dalam serbuan di Solo, Jawa Tengah berjaya membunuh Noordin dan 3 lelaki tempatan. Ketua Polis Indonesia Jeneral Bambang Hendarso Danuri menyatakan jenazah Noordin dibawa pulang ke Kluang, Johor, pada 1 Oktober 2009. Jenazah disimpan sementara di Hospital Polis Kramat Jati. Polis Indonesia terutama pasukan khas anti pengganas Densus 88 bekerja keras selama 9 tahun sebelum berjaya dalam misi kali ini.

Polis Indonesia berbalas tembakan di sebuah rumah di mana polis kemudiannya menjumpai 2200 kilogram bahan letupan yang sedia untuk digunakan di dalam rumah yang diserang hendap itu bersama senjata M-16 yang lengkap berisi peluru, selain komputer riba dan pelbagai dokumen.[9] Noordin dikenalpasti berdasarkan cap jari dan 14 lagi tanda dan ciri-ciri yang dikenali di badan lelaki yang berasal dari Malaysia itu. [10]

Tiga lagi pengganas yang ditembak mati ialah Bagus Budi Pranoto @ Urwah, Susilo @ Adib yang menyediakan tempat persembunyian Noordin dan Ario Sudarso @ Aji, yang dikatakan pakar pembuat bom, murid kepada Dr Azahari Husin. Seorang wanita hamil yang turut cedera parah dalam serbuan itu ialah Putri Munawaroh, isteri kepada Susilo setelah dia enggan menyerah diri.[11] Munawaroh ketika itu mengandung 22 minggu.

Rahmat Puji Prabowo @ Bejo dan Supono @ Kedu ditahan di Pasar Gading, Solo pada 16 September 2009. Maklumat dari mereka membawa kepada pembunuhan Noordin pada 17 September 2009. Bejo dipercayai membantu menyembunyikan Noordin di Kampung Kepuhsari RT 03 RW 11, Kelurahan Mojosongo, Kecamatan Jebres, Kota Surakarta, Jakarta. Kedu ditugaskan mengangkut bahan letupan ke sebuah rumah di Bekasi. Rumah ini telah diserbu pada 8 Ogos 2009 dan menyebabkan kematian dua suspek pengganas.

Hadi Sosilo akan dikebumikan di Desa Kagoan, Pajang Laweyan Solo. Bagus Budi Pranoto @ Urwah akan dikebumikann di Kudus. Sementara Ario Sudarso @ Aji dikebumikan di Purbalingga.[12]

Pengkebumian

Pada 2 Oktober 2009, jenazah Noordin disembahyangkan di Masjid Nurul Iman dan dikebumikan di kampung kelahirannya, Kampung Kayu Ara Pasong , Pontian, Johor. Lebih 3000 orang hadir dan melaungkan 'Allahhuakbar'. Penerbangan Malaysia Airlines membawa jenazah dari Jakarta.Van jenazah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya digunakan.

Isteri pertamanya, Siti Rahmah Rusdi, seorang guru al-Quran di Kampung Sungai Tiram, Johor Baharu terbang ke Jakarta untuk menuntut jenazah di Rumah Sakit Kramat Jati.

Rujukan

  1. ^ "Q+A: Noordin Mohammad Top and Islamic militancy in Indonesia". Reuters. 17 September 2009.
  2. ^ a b "Noordin Top gunned down in ambush". The Star. 18 September 2009.
  3. ^ Terror mastermind Noordin Mohammed Top dead: Indonesia police, The Australian
  4. ^ "Fugitive linked to Jakarta blasts". BBC News. 18 Julai 2009. Dicapai pada 18 Julai 2009.
  5. ^ Profile: Noordin Mohamed Top, BBC
  6. ^ Java raid targets senior militant, BBC
  7. ^ Malaysia Pandang Serius Dakwaan Pembabitan Noordin, Bernama
  8. ^ Keluarga Tidak Yakin Lelaki Ditembak Mati Itu Noordin Mohammad Top
  9. ^ Jenazah Noordin Mohd Top Dibawa Ke Malaysia Bernama 1 Okt
  10. ^ Polis Indonesia Sahkan Noordin Mohd Top Ditembak Mati Bernama
  11. ^ Polis Indonesia Hubungi Kedutaan Malaysia Berhubung Urusan Jenazah Noordin Bernama
  12. ^ Indonesia dedah tali barut Noordin Berita Harian