Perbezaan antara semakan "Pemilihan seks"

Jump to navigation Jump to search
8 bait ditambah ,  5 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
{{wikikan}}'''Pemilihan seksual''' adalah satu bentuk pemilihan semula jadi. Pemilihan seksual melibatkan suatu individu yang mempunyai jantina biologi tertentu memilih pasangan yang mempunyai jantina biologi yang berlawanan (pemilihan interseksual) dan individu ini bersaing dengan individu lain daripada jantina yang sama denganya untuk mendapatkan pasangan yang berlawan jantina (pemilihan intraseksual). Apabila kedua-dua pemilhan seksual ini berlaku, individu tertentu akan mempunyai kejayaan untuk mengawan dan membiak yang lebih baik berbanding sebahagian daripada yang lain dalam satu populasi. Peluang yang untuk membiak dengan lebih baik ini adalah kesan daripada pemilikan ciri-ciri yang lebih menarik atau pemilihan pasangan yang mempunyai ciri-ciri yang menarik bagi menghasilkan zuriat<ref>Cecie Starr (2013). ''Biology: The Unity & Diversity of Life'' (Ralph Taggart, Christine Evers, Lisa Starr ed.). Cengage Learning. p. 281.</ref><ref>Vogt, Yngve (January 29, 2014). "Large testicles are linked to infidelity". ''[[Phys.org]]''. Retrieved January 31,2014.</ref>. Contohnya, pada musim mengawan satu populasi katak, pemilihan seksual berlaku pabila katak jantan berkumpul di gigi air dan membuat panggilan mengawan: menguak. Katak betina yang sampai di kawasan gigi air tersebut kemudiannya akan memilih katak jantan yang mempunyai suara yang paling dalam dan kawasan mengawan yang terbaik. Secara umumnya, katak jantan yang terpilih mendapat manfaat daripada proses mengawan yang kerap dan dapat memonopoli akses kepada kawanan katak betina yang subur. Seterusnya, katak betina pula akan mempunyai bilangan zuriat yang terhad dan dapat memaksimumkan pulangan tenaga yang telah mereka gunakan dalam proses pembiakan.
 
Konsep ini pada awalnya telah dicadangkan oleh [[Charles Darwin]] dan [[Alfred Russell Wallace]]. Mereka menghuraikan pemilihan seksual sebagai pemacu kepada proses [[penspesiesan]]. Hal ini juga menerangkan mengapa banyak organisma mempunyai ciri-ciri evolusi yang membahayakan survival mereka sendiri. Ronald Fisher kemudian telah mengembangkan konsep ini pada abad ke-20. Pemilhan seksual menyebabkan ciri-ciri yang ekstrem terutamanya pada organisma jantan bagi mempamerkan 'ketegapan' mereka untuk dipilih oleh individu betina. Hal ini kemudianya menyebabkan terhasilnya dimorfisme ciri seksual sekunder seperti bulu pelepah hiasan pada burung syurgawi dan kuang, tanduk pada rusa, dan bulu leher pada singa. Dimorfisme ini terjadi disebabkan oleh mekanisma tindak balas positif oleh pasangan berlawan jantina. Mekanisme ini dikenali sebagai [[Pesongan Fisher]] (''Fisherian runaway''). Pesongan Fisher berlaku apabila perwarisan kehendak terhadap sesesuatu trait oleh satu-satu jantina alah sama penting untuk mempunyai trait tersebut jantina. Walaupun hipotesis anak jantan seksi menyatakan bahawa satu individu betina sentiasa tertarik kepada anak jantan, Prinsip Fisher ini menerangkan mengapa nisbah jantina adalah 1:1 tanpa pengecualian. Pemilihan seksual juga didapati pada fungi dan tumbuhan.
 
Kesinambungan pembiakan seksual di dunia yang penuh persaingan ini masih menjadi misteri kepada ilmu biologi di sebalik keupayaan pembiakan aseksual yang dapat menghasilkan 50% lebih banyak zuriat. Walaubagaimanapun, satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2015 menunjukkan pemilihan seksual dapat menerangkan kelangsungan pembiakan seksual organisma hidup.
 
==Pada Organisme==
 
<nowiki>*</nowiki> Pemilihan seksual dalam populasi burung, mamalia, reptilia, amfibia, serangga dan labah-labah mempunyai kompleks histocompabiliti. Pemilihan seksual juga didapati berlaku pada tumbuhan, binatang dan kulat. Pada sestengah spesies moluska sepersiput dan lintah bulan hermaprodit, ‘panahan cinta’ merupakan satu bentuk pemilihan seksual. Pada sesetengah serangga jantan daripada order lepidoptera menutup pori vaginal pada serangga.
54

suntingan

Menu pandu arah