Noor Azizah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15: Baris 15:
}}
}}


'''Noor Azizah Datuk Seri Azizul Hassan''' atau lebih dikenali sebagai ''Noor Azizah'' merupakan seorang pelakon di [[Malaysia]]. Azizah lahir pada tahun [[1947]] di [[Perak]].
'''Noor Azizah Datuk Seri Azizul Hassan''' atau lebih dikenali sebagai ''Noor Azizah'' merupakan seorang pelakon di [[Malaysia]].

==Pengenalan==
Noor Azizah dilahirkan pada tahun [[1947]] di [[Perak]], merupakan anak kepada Datuk Seri Azizul Bin Hassan yang merupakan seorang pegawai kanan polis.


==Penglibatan dan Kerjaya Seni==
==Penglibatan dan Kerjaya Seni==

Semakan pada 07:34, 7 April 2016

Noor Azizah
Kelahiran
Noor Azizah Datuk Seri Azizul Hassan

1947

Noor Azizah Datuk Seri Azizul Hassan atau lebih dikenali sebagai Noor Azizah merupakan seorang pelakon di Malaysia.

Pengenalan

Noor Azizah dilahirkan pada tahun 1947 di Perak, merupakan anak kepada Datuk Seri Azizul Bin Hassan yang merupakan seorang pegawai kanan polis.

Penglibatan dan Kerjaya Seni

Pada tahun 1965 bermulalah sejarah pembabitannya dalam dunia filem. Beliau menjadi pelakon pembantu dalam filem sulungnya iaitu Dayang Senandong arahan Jamil Sulong. Sebaik selesai filem itu, beliau ditawarkan pula filem Sri Andalas (1966) arahan S. Kadarisman. Kemudian, muncul dalam filem ketiga, A Go Go 67 (1967). Untuk filem ini beliau ‘dinaikkan pangkat’ apabila disenaraikan sebagai pelakon utama.Filem A Go Go 67 arahan Omar Rojik membariskan Ahmad Nesfu, Aziz Jaafar, Normah Zainal, S. Shamsuddin, Kuswadinata, Ali Fiji, M Rafee, Ibrahim Pendek dan Habsah Buang.Sejak itulah, beliau tidak menoleh ke belakang lagi terhadap dunia lakonan. Berderet filem dibintanginya.

Pada tahun 1969, Noor Azizah diberi penghormatan oleh P. Ramlee kerana diberikan dua watak dalam filem Enam Jahanam keluaran Studio Merdeka, Kuala Lumpur iaitu sebagai Masmera dan Mastika. Masmera ialah isteri kepada seorang peniaga dan pendekar terkenal bernama Tantari (P. Ramlee). Turur berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Yusof Latiff sebagai Damburi. Semasa di puncak kegemilangannya, Noor Azizah sering digandingkan dengan Ahmad Mahmud atau Ed Osmera selain P. Ramlee.

Ketika berada dalam zaman keemasannya itu, secara tiba-tiba beliau menyatakan hasrat menarik diri daripada dunia filem. Niatnya itu dibatalkan selepas dipujuk Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Almarhum) yang kemudian memilihnya berlakon dalam filem Raja Bersiong (1968). Bagi Noor Azizah, beliau berasa bertuah kerana Tunku sudi memilihnya untuk memegang watak penting bersama Sarimah, Zaiton, Rahmah Rahmat dan Normadiah.

Apabila studio Malay Film Production, Jalan Ampas Singapura ditutup pada lewat tahun 60-an, kerjaya seni Beliau seolah-olah terhenti kerana penghijrahan pelakon dan pengarah ke Kuala Lumpur. Beliau kemudian dilamar Omar Rojik untuk muncul dalam filem arahan pertamanya di Kuala Lumpur. Beliau yang masih menetap di Johor Bahru dipujuk oleh Jaafar Abdullah supaya menetap di Kuala Lumpur. Kebetulan, bapanya yang ketika itu pegawai polis ditukarkan ke Klang. Ini mencerahkan harapannya untuk meneruskan kerjaya seninya.

Menerusi Studio Merdeka di Hulu Klang, Noor Azizah muncul dalam banyak filem seperti Kembang Layu (1970) dan Durjana (1971).Selain Enam Jahanam, P. Ramlee mengambilnya berlakon dalam filem Doctor Rushdi (1970) dan Jangan Tinggal Daku (1971). Sebelum itu, Jins Shamsuddin menggandingkannya bersama P Ramlee dalam filem arahan pertamanya Di Belakang Tabir (1969).Filem lain yang pernah dibintanginya ialah Perintah Seri Paduka (1970), Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971), Sayang Anakku Sayang (1976), Cinta & Lagu (1976) dan Pendekar (1977).

Selain filem terbitan tempatan, beliau pernah membintangi filem Thailand bertajuk Vendetta, selain dua filem terbitan Indonesia iaitu Jangan Kau Tangisi dan Malim Kundang selain pernah muncul dalam siri TV Australia, Bailey's Birds.

Hinggalah pada era 80-an, Noor Azizah masih mewarnai dunia filem dan drama TV. Namun sejak sedekad lalu, namanya semakin sepi sehinggalah tampil semula sebagai artis undangan dalam filem Soal Hati arahan Othman Hafsham pada 2000.

Filem Lakonan

  • Dayang Senandung (1966)
  • Sri Andalas (1966)
  • A Go Go 67 (1967)
  • Raja Bersiong (1968)
  • Di Belakang Tabir (1969)
  • Enam Jahanam (1969)
  • Kembang Layu (1970)
  • Perintah Seri Paduka (1970)
  • Doctor Rushdi (1970)
  • Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh (1971)
  • Jangan Tinggal Daku (1971)
  • Durjana (1971)
  • Si Tanggang (1975) - ditemukan dengan bintang filem utama Indonesia, Ratno Timoer dan Rano Karno
  • Sayang Anakku Sayang (1976)
  • Cinta & Lagu (1976)
  • Pendekar (1977)
  • Soal Hati (2000)