Kota Bharu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Bazar_Tengku_Anis.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Jcb
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Bazar_Tok_Guru.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Jcb
Baris 108: Baris 108:





[[Fail:Bazar Tok Guru.jpg|none|thumb|Bazar Tok Guru<ref group="muhammadismailibrahim.wordpress.com">muhammadismailibrahim.wordpress.com</ref>]]


== Demografi ==
== Demografi ==

Semakan pada 22:34, 17 April 2016

Kota Bharu artikel adalah mengenai Bandar Kota Bharu, untuk Jajahan sila lihat Jajahan Kota Bharu.

Koordinat: 6°8′N 102°15′E / 6.133°N 102.250°E / 6.133; 102.250

Kota Bharu, Bandaraya Islam
كوتا بهارو، بندارايا اسلام
Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.
Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.
Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu.
Bendera Kota Bharu, Bandaraya Islam
Bendera
Mohor rasmi bagi Kota Bharu, Bandaraya Islam
Mohor
Kota Bharu is located in Bumi
Kota Bharu
Kota Bharu (Bumi)
Koordinat: 6°8′0″N 102°15′0″E / 6.13333°N 102.25000°E / 6.13333; 102.25000
Negara Malaysia
Negeri Kelantan
Kerajaan
 - Yang di-Pertua MPKB Tuan Haji Fauzi bin Mat
Kawasan
 - Jumlah 152.1 batu persegi (394 km²)
Kepadatan (2010)
 - Jumlah 491,237 [1]
 - Kepadatan 3,229.7/batu persegi (1,247/km²)
Zon masa MST (UTC+8)
Poskod
Kod kawasan 09
Kota Bharu Bandar raya Islam
Kota Bharu Come Sokmo
Laman web: www.mpkb.gov.my

Kota Bharu (KB) ialah ibu negeri Kelantan, berhampiran dengan sempadan negara Thailand. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844, dan merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Kota Bharu tidak mempunyai rangkaian lebuh raya tetapi boleh dihubungi melalui lebuh raya terdekat Lebuhraya Pantai Timur dan susur keluar di Jabor, Kemaman dan meneruskan melalui Jalan Persekutuan 12 ke Kuala Berang dan Kuala Terengganu dan menuju ke Kota Bharu atau Lebuhraya Utara Selatan di persimpangan Simpang Pulai yang melalui Cameroon Highland menuju ke Gua Musang dan seterusnya ke Kota Bharu di Jalan Persekutuan 8 . Kota Bharu juga tidak mempunyai rangkaian kereta api tetapi boleh menggunakan stesen kereta api terdekat di Wakaf Bharu 5 kilometer ke utara Kota Bharu.

Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

Keistimewaan dan tempat menarik di Kota Bharu.

  • Masjid Sultan Ismail.
  • Pasar Besar Kota Bharu (Kaum wanita banyak berniaga di sini).
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan).
  • Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan).

Kini Kota Bharu ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam.

Sejarah

Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.

Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar di Pantai Timur Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010).

Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai kota budaya oleh DYMM Al-Sultan Kelantan. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".

Kota Bharu juga ialah tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

Kota Bharu sebagai Bandaraya Islam

Kota Bharu diisytiharkan sebagai Bandaraya Islam pada hari Sabtu 1 Oktober 2005 jam 10 malam oleh Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra di Stadium Sultan Mohammed Ke IV. Perasmian diiringi pertunjukan bunga api sebagai gimik perasmian dan persembahan sajak, dikir barat, nasyid dan nyanyian oleh jemputan khas iaitu Mawi, M. Nasir, Halim Yazid, Kumpulan Rabbani dan Akhil Hayy. Perasmian turut disaksikan oleh ribuan hadirin sehingga terpaksa menonton di layar yang dipasang di beberapa tempat disekitar Kota Bharu.

Selepas perasmian tersebut, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) ditukar nama baru iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

Akan tetapi pengisytiharan ini bukan bermakna bandar Kota Bharu telah mendapat status bandaraya seperti yang lain, tetapi sekadar menggelarkan Kota Bharu sebagai bandar yang bercirikan Islam sebagaimana Melaka digelar Bandaraya Bersejarah atas dasar bercirikan sejarah.

Iklim dan Cuaca

Kota Bharu beriklim monsun tropika yang baik di mana hujan lebat turun berselang-seli dan berterusan pada bulan November, Disember dan Januari (musim tengkujuh). Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C hingga 32° C.

Data iklim untuk Kota Bharu
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 29.3
(84.7)
30.2
(86.4)
31.3
(88.3)
32.6
(90.7)
32.9
(91.2)
32.6
(90.7)
32.2
(90.0)
32.0
(89.6)
31.7
(89.1)
31.2
(88.2)
29.6
(85.3)
28.9
(84.0)
31.2
(88.2)
Purata suhu harian, °C (°F) 26.1
(79.0)
26.6
(79.9)
27.3
(81.1)
28.3
(82.9)
28.7
(83.7)
28.3
(82.9)
28.0
(82.4)
27.8
(82.0)
27.6
(81.7)
27.4
(81.3)
26.5
(79.7)
26.1
(79.0)
27.4
(81.3)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 22.8
(73.0)
22.9
(73.2)
23.3
(73.9)
24.0
(75.2)
24.4
(75.9)
24.0
(75.2)
23.7
(74.7)
23.6
(74.5)
23.4
(74.1)
23.5
(74.3)
23.4
(74.1)
23.3
(73.9)
23.5
(74.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 79.9
(3.15)
53.9
(2.12)
117.9
(4.64)
89.9
(3.54)
103.8
(4.09)
114.0
(4.49)
157.8
(6.21)
171.2
(6.74)
189.9
(7.48)
256.4
(10.09)
690.3
(27.18)
580.1
(22.84)
2,605.1
(102.57)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1 mm) 8 5 6 6 8 9 11 13 14 15 20 17 132
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 213.9 228.8 260.4 267.0 241.8 210.0 223.2 213.9 201.0 186.0 141.0 148.8 2,535.8
Sumber 1: World Meteorological Organisation.[2]
Sumber 2: Hong Kong Observatory.[3]

Pusat Beli-belah

  • Pasar Siti Khadijah
  • KB Mall @ Pacific Hypermarket
  • Kota Bharu Trade Center @ Giant & Parkson
  • Kota Seri Mutiara @ Billion
  • Pantai Timur Shopping Centre
  • Tesco Lembah Sireh
  • MYDIN Emporium
  • MYDIN Hypermarket Kubang Kerian
  • MYDIN Hypermarket Tunjong(AKAN DIBUKA)
  • The Store
  • Bazar Tok Guru
  • Bazar Tengku Anis
  • Che Siti Village Mall Tunjong(DALAM PERANCANGAN)
  • The Galleria Retail Mall (DALAM PERANCANGAN)
  • Giant Superstore Tunjong (AKAN DIBUKA pada 2016)
  • Lulu Hypermarket (AKAN DIBUKA)
  • AEON Mall Lembah Sireh (AKAN DIBUKA April 2016)
  • Platinum Mall (AKAN DATANG)



Demografi

Jumlah penduduk bagi kawasan bandar Kota Bharu dianggarkan berjumlah 314,964 (2010)[4] daripada jumlah keseluruhan penduduk di dalam Jajahan Kota Bharu yang berjumlah 468,438.

Bandar kembar

Kota Bharu merupakan bandar kembar dengan:

Rujukan

  1. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/census2010/Taburan_Penduduk_dan_Ciri-ciri_Asas_Demografi.pdf
  2. ^ Climate Data for Kota Bharu, World Weather Information Service accessed 24 April 2012.
  3. ^ Climatological Information for Kota Bharu, Malaysia, Hong Kong Observatory accessed 24 April 2012.
  4. ^ http://www.statistics.gov.my/portal/download_Population/files/population/04Jadual_PBT_negeri/PBT_Kelantan.pdf
  5. ^ "友好握手都市<コタバル市(マレーシア)/モービィロンガコミューン(スウェーデン)". Kasaoka City Official Website. Dicapai pada 1 Mac 2011.

Pautan luar