Pergi ke kandungan

Dan Quayle: Perbezaan antara semakan

1 bait ditambah ,  15 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Quayle lahir di [[Indianapolis]], [[Indiana]] pada 4 Februari 1947 sebagai anak James C. Quayle dan Corrine Pulliam Quayle. Kebanyakan orang menyebutnya dengan salah sebagai James Danforth Quayle III. Dalam buku kenangannya, beliau menegaskan bahawa nama kelahirannya ialah James Danforth Quayle. Datuknya, [[Eugene C. Pulliam]], adalah pangasas Central Newspapers, Inc., sekaligus pemilik syarikat penerbitan terkemuka, seperti ''The Arizona Republic'' dan ''The Indianapolis Star''. James C. Quayle dan keluarganya berpindah ke Arizona pada tahun 1955 untuk mengelola cawangan syarikat persendirian milik keluarga.
 
Ketika muda, Dan Quayle membesar di Arizona dan beliau berkelulusan Huntington High School di [[Huntington]], Indiana pada tahun 1965. Lalu, beliau belajar fi DePauw University, tempat bermulanya bidang politik beliau (1969 ); beliau juga anggota kelab ''Delta Kappa Epsilon''. Kemudian Quayle bergabung dalam "[[Indiana National Guard]]" (Kawalan Kebangsaan Indiana) dan bertugas pada tahun 1969-1975. Ketika bergabung dengan Kawalan, beliau meraih gelaran doktor peundanganperundangan (Juris Doctor) pada tahun 1974 dari [[Indiana University]] School of Law, Indianapolis.
 
Pada bulan Julai [[1971]], beliau menjadi penyiasat di Bahagian Perlindungan pengguna di pejabat [[Peguan Negara]] Indiana. Pada tahun yang sama, beliau menjabat sebagai pembantu pentadbir Gabenor Edgar Whitcomb. Dari tahun 1973-1974, beliau menjawat sebagai Pengarah Bahagian Cukai Warisan, Jabatan Hasil Bahagian Indiana. Quayle juga pernah bekerja sebagai ''pembantu penerbit'' di syarikat persendirian milik keluarganya, the Huntington Herald-Press, dan berurusan dengan undang-undang bersama isterinya, [[Marylin Tucker]] di Huntington.
51,673

suntingan