Mariam Baharum: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 17: Baris 17:
|known_for = 'Mariam Tahi Lalat'
|known_for = 'Mariam Tahi Lalat'
|education =
|education =
|years_active = 1950-2010
|alma_mater =
|alma_mater =
|employer =
|employer = [[Malay Film Productions Ltd]]
|occupation = [[Pelakon]]
|occupation = [[Pelakon]]
|home_town =
|home_town =

Semakan pada 04:18, 28 April 2016

Mariam Baharum
Kelahiran
Mariam Baharum

1935
Meninggal dunia9 Ogos 2010 (umur 75)
Yishun, Singapura
Sebab kematianSakit tua
WarganegaraSingapura
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1950-2010
MajikanMalay Film Productions Ltd
Terkenal kerana'Mariam Tahi Lalat'

Mariam Baharum (1935– 9 Ogos 2010) atau 'Mariam Tahi Lalat' merupakan seniwati filem Melayu tahun 1950-an khususnya di Studio Malay Films Production, Jalan Ampas, Singapura. Seniwati filem Melayu tahun 50-an ini juga merupakan ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya, Yishun, Singapura.[1]

Mariam, bekas pelakon veteran di Studio Malay Films Production di Jalan Ampas, meninggal dunia kerana sakit tua. Mariam aktif berlakon pada 1950-an dalam filem Aloha (1950), filem Dewi Murni (1950), filem Kembar (1950). Pada 1952, beliau berlakon dalam filem Aladdin, sebelum berlakon dalam filem Kipas Hikmat dan filem Abu Hassan Penchuri pada tahun 1955. Beliau turut berlakon dalam filem Antara Dua Darjat pada tahun 1960.

Keluarga

Anaknya penyanyi terkenal Singapura Rahimah Rahim. Kakak kepada primadona filem Melayu, Datin Saadiah iaitu isteri kepada pelakon Datuk Ahmad Daud, dan ibu kepada pelakon cilik filem "Batu Belah Batu Bertangkup" Bat Latiff. Pelakon Fauziah Ahmad Daud adalah anak saudaranya.

Beliau berkahwin dua kali dan mempunyai enam anak termasuk Bat Latif.

Filem

Beliau pernah berlakon bersama seniman agung P. Ramlee dalam filem "Anjuran Nasib" arahan BS Rajhans pada 1952. Hasilnya beliau memenangi gelaran 'Bintang Pujaan Wanita Malaya Kedua' oleh Filem Raya Magazine pada 1953. Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Veteran Wanita pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-15 pada 2001 dan FFM ke-22 di Kota Kinabalu 2009.

Filem lakonan beliau ialah "Aloha" (1950), "Dewi Murni" (1950), "Kembar" (1950), "Aladdin" (1952), "Kipas Hikmat" (1955), "Abu Hassan Penchuri" (1955) dan "Antara Dua Darjat" (1960). Beliau seangkatan dengan Kasma Booty, Osman Gumanti, Datuk Mustapa Maarof, pelawak S. Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar.

Meninggal dunia

Pada 7 Ogos 2010, jam 5.50 pagi Mariam meninggal dunia di kondominiumnya di Yishun, Singapura. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi di kawasan Choa Chu Kang.[2]

Rujukan