Harun Salim Bachik: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tengkuhaizim10 (bincang | sumb.)
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 59: Baris 59:
# Tolong, Awek Aku Pontianak (2012) sebagai Aaron Slam Bach.
# Tolong, Awek Aku Pontianak (2012) sebagai Aaron Slam Bach.
# [[Lawak Ke Der? 2]] (2013)
# [[Lawak Ke Der? 2]] (2013)
# [[Bola Kampung The Movie|Bola The Movie]] sebagai Tok Ayah (2013)
# [[Bola Kampung The Movie]] sebagai Tok Ayah (2013)
# [[Bikers Kental|Bikers Kental]] sebagai Aidil Al-Zaifa (2013)
# [[Bikers Kental|Bikers Kental]] sebagai Aidil Al-Zaifa (2013)
# [[KIL (filem)|KIL]] sebagai Encik. Harun (2013)
# [[KIL (filem)|KIL]] sebagai Encik. Harun (2013)

Semakan pada 09:42, 9 Mei 2016

Harun Salim Bachik
Harun Salim Bachik sebagai Encik Harun di dalam filem KIL (2013).
Kelahiran
Haron Aminar Rashid bin Salim

1959
Meninggal dunia8 Mac 2015 (berumur 55–56)
PekerjaanPelawak, pelakon, pengarah, pengacara
Tahun aktif1980an - 2015
PasanganSuriati Mohd Noor
Anak-anak6 Anak
Ibu bapaSalim Bachik

Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim[1] adalah seorang pelakon komedi. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini. Pada tahun 2001 beliau mengejutkan industri lakonan apabila meraih gelaran Pelakon TV Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 2001 menerusi lakonan serius dalam drama "Hangatnya Salju Dinginnya Bara".

Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.

Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati. Menerusi filem Baik Punya Cilok beliau dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di FFM dan filem KIL pula menominasikan beliau untuk anugerah serupa di Anugerah Skrin 2013.

Beiau menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia.

Beliau pernah memegang watak sebagai seorang guru disiplin dalam siri Oh My English di Astro TVIQ & Astro Maya.

Pada 8 Mac 2015, Beliau meninggal dunia pada jam 4:30 petang akibat sakit jantung di Bukit Merah, Perak semasa dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.

Naib Juara Maharaja Lawak Mega

Kumpulan Boboi gandingan Harun Salim Bachik dan Aflin Shauki menggeletek hati penonton di Astro Warna dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega dari 30 Oktober- 30 Disember 2011 . Mereka membawa watak dua kanak-kanak tadika yang berkongsi bapa tetapi berlainan ibu kerana bapa mereka berpoligami. Kumpulan ini diramalkan menang tetapi di peringkat akhir kurang menyerlah. Boboi menerima hadiah kedua, wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi .

Akhirnya , kumpulan Osbon memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. Ketiga ialah kumpulan Saehu daripada Indonesia membawa hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi. Keempat ialah kumpulan Syok yang dianggotai oleh Ifa Raziah, Suhaimi Yusof dan Mohd Arif Shamsudin . Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Juri tetap ialah Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan), penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan bekas pemain bola sepak negara Zainal Abidin Hassan. AC Mizal menjadi pengacara tetap.[2][3]

Meninggal Dunia

Harun Salim Bachik, 55, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 4:30 petang 8 March 2015 selepas rebah di tandas stesen minyak Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bukit Merah. Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak 2010.[4]

Filem

  1. Baik Punya Cilok sebagai Leman (2005)
  2. Man Laksa (2006) sebagai Saidon Dengki
  3. Cuci sebagai Janitor (2008)
  4. Apa Kata Hati? sebagai Hamidi (2008)
  5. Setem sebagai Marcello (2009)
  6. Duhai Si Pari-Pari sebagai Para (2009)
  7. Papadom sebagai Hussin (2009)
  8. My Spy sebagai Salleh (2009)
  9. Lu Pikirlah Sendiri de Movie sebagai Tauke Pasar Borong (2010)
  10. Kapoww!! sebagai Astromen Belalang (2010)
  11. Aku Bukan Tomboy sebagai Bapa Farisa (2011)
  12. Hoore! Hoore! sebagai Hairil (2012)
  13. Jalan Kembali: Bohsia 2 sebagai Bomoh (2012)
  14. Aku, Kau & Dia sebagai Dato Hisham (2012)
  15. SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012)
  16. Tolong, Awek Aku Pontianak (2012) sebagai Aaron Slam Bach.
  17. Lawak Ke Der? 2 (2013)
  18. Bola Kampung The Movie sebagai Tok Ayah (2013)
  19. Bikers Kental sebagai Aidil Al-Zaifa (2013)
  20. KIL sebagai Encik. Harun (2013)
  21. Lemak Kampung Santan sebagai Pak Wan (2013)
  22. Ular sebagai Pak Mus (2013)
  23. Abang Long Fadil sebagai Pak Harun (2014)
  24. Jin (2014)
  25. Lelaki Harapan Dunia sebagai Megat (2014)
  26. Gangsterock Kasi Sengat sebagai Zuan (2015)
  27. Jejak Warrior sebagai Bapa Gadis (2015)
  28. Polis EVO Sebagai ASP Mokhtar (ketua polis) (2015)

Rujukan