Angin Cinta: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2: Baris 2:
|name = Angin Cinta
|name = Angin Cinta
|image = Angin Cinta.jpg
|image = Angin Cinta.jpg
|director = Ghaz Abu Bakar
|director = [[Ghaz Abu Bakar]]
|producer = [[Liyana Jasmay]]
|producer = [[Liyana Jasmay]]
|writer =
|writer =

Semakan pada 07:23, 22 Mei 2016

Angin Cinta
PengarahGhaz Abu Bakar
Dihasilkan olehLiyana Jasmay
DibintangiZizan Razak
Ummi Nazeera
Syarikat
penerbitan
Mermaid Studios Sdn. Bhd.
Tarikh tayangan
30 April 2016
NegaraMalaysia
BahasaMalaysia

Angin Cinta merupakan sebuah telefilem komedi romantis Malaysia arahan Ghaz Abu Bakar yang disiarkan di saluran Astro First Pada 30 April 2016

Plot

Sinopsis

Khairi Kamarudin Osman atau mesra dipanggil KK punya segala-galanya yang orang lain impikan dalam dunia ini. Pangkat, harta, wang ringgit juga segala kemewahan dunia tetapi hanya satu kekurangan bagi dirinya iaitu cinta.

Dan orang cakap, kerana cinta kita sanggup buat apa saja. Lautan api sanggup diredahi, gunung tinggi sanggup didaki, bintang di angkasa sanggup dipetik buat permaidani. Fuhhh! Kalau bercakap memang semua nak indah, tapi realitinya? KK bukan bodoh nak buat semua itu, dia sedar kemampuan dirinya. Tetapi demi seorang Irika, KK sanggup melakukan apa saja yang terdaya.

Kehadiran IRIKA seolah memberi satu nafas baru dalam hidup KK yang sepi tanpa sebuah cinta selama ini. Saat cinta itu dia perolehi dan hampir saja ke jinjang pelamin, ada satu permintaan yang Irika pinta, membuatkan KK rasa serba salah. Irika pula tidak pernah mengimpikan apa-apa sepanjang hidupnya, kecuali satu perkara. Bersatu dengan abahnya semula setelah mereka lama terpisah.

Dan sebaik saja menerima lamaran KK, perkara pertama yang Irika mahu ialah melangsungkan majlis mereka di rumah abahnya. Namun perkara itu tidak semudah dan seindah yang dia sangka.

“Awak, rumah abah awak tu dekat pulau! Saya ulang sekali lagi, pulau! Awak dengar tak? Pulau okey! Apa nama dia tadi? Oh… Pulau Tuba, kan? Nama pulau tu pun dah buat saya rasa macam kena racun tuba.” – KK

Namun, setelah menempuh pelbagai halangan untuk mencuri hati gadis itu, KK masih ada halangan besar yang dia perlu atasi! Kenapa dalam banyak-banyak halangan, halangan ini yang paling sukar?

“Hei, budak tak ada adab! Hang mai sini aku tak pernah pelawa tau! Jangan kurang ajaq sangat. Sekarang ni aku nak hangpa dua-dua berambuss!” – Pak Mustafa

Kehadiran mereka ke pulau itu langsung tidak digemari Pak Mustafa. Lelaki itu seolah-olah sudah membuang Irika jauh dari hidupnya setelah dia berpisah dengan mama Irika. Kemunculan KK pula menambahkan kebencian abahnya dan langsung tidak mahu merestui hubungan mereka apatah lagi hendak menjadi wali Irika dan mengizinkan majlis mereka diadakan di situ.

Irika kini tersepit antara abahnya yang sudah lama dia tidak ketemu dan juga KK, cinta hatinya yang baru dia jumpa. Siapakah yang harus Irika korbankan?

Ketika keputusan telah Irika bulatkan, KK membawa diri entah ke mana membuatkan hati Irika dipagut penyesalan. Andai benar tiada jodoh antara mereka, kenapakah angin yang menderu itu membawa cinta bersamanya?

Pelakon

Pautan luar

Soundtrack

Lagu OST untuk Telefilem ini ialah Berteman Sepi oleh Stacy Dan Kumpulan Ungu. Lagu ini telah dilancarkan Di YouTube pada 22 April 2016