Malcolm X: Perbezaan antara semakan
Pergi ke pandu arah
Pergi ke carian
→Nation of Islam
Setelah dilepaskan dari penjara pada 1952, Malcolm berjumpa dengan Elijah Muhammad di Chicago. Di sinilah dia menerima tanda '''X''', yang bermaksud menolak nama perhambaannya, dan oleh kerana tiada nama Islam Afrika-Amerika.
Kegiatannya yang aktif sebagai pemimpin di kuil tersebut telah membawanya untuk membuka lebih banyak kuil di seluruh negara, dimana beliau seringkali menjadi ''Minister''. Ucapannya yang memukau serta berinspirasi dan personalitinya yang bersih, menyebabkan beliau naik pangkat dengan cepat sekali. Akhirnya beliau telah menjadi orang nombor dua kepada pemimpin Nation of Islam iaitu Elijah Muhammad.
Sewaktu Malcolm berusaha keras untuk gerakan ini, beliau kerap mendengar desas-desus mengenai skandal Elijah Muhammad dengan beberapa setiausahanya. Penzinaan adalah ditolak oleh ajaran Nation of Islam. Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tohmahan ini. Tetapi selepas disiasat beliau dapati terdapat kebenarannya. Malah Elijah Muhammad sendiri mengaku melakukan zina tetapi berkata ia adalah dibenarkan kerana dia adalah "Pesuruh Tuhan". Walaupun begitu, kepercayaan beliau kepada Elijah Muhammad tidak pernah goyah. Pada 1963, selepas pembunuhan Presiden John F. Kennedy, Malcolm telah memberi satu khutbah. Selepas khutbah tersebut, beliau diminta memberi komen mengenai pembunuhan Kennedy. Beliau dengan sinis berkata ini adalah kes "ayam pulang ke reban." (''chickens coming home to roost'') -- keganasan yang Kennedy gagal tangani akhirnya telah "memakan dirinya sendiri". Komen ini telah mendapat reaksi yang hebat oleh rakyat Amerika yang rata-rata menyanjungi Presiden Kennedy dan Nation of Islam terpaksa mengumumkan hukuman terhadap Malcolm X. Akibatnya, beliau telah diharamkan untuk memberi khutbah selama enam bulan dan beliaupun mematuhi perintah ini.
Setahun kemudian, Malcolm mula berganding bahu dengan karyawan kulit hitam terkenal [[Alex Haley]] dalam penulisan buku "[[The Autobiography of Malcolm X]]". Beliau juga mengumumkan perpisahannya dengan Nation of Islam, dan menubuhkan gerakan yang lain iaitu [[Muslim Mosque, Inc.]] Namun, beliau tetap mengikutu ajaran Nation of Islam. Pada April tahun yang sama, beliau membuatucapannya yang terkenal iaitu Mengundi atau Peluru (''Ballot or Bullet'').
Pada waktu yang sama, Malcolm mula mendekati beberapa Islam orthodox, yang mengalakkanya mendalami Islam yang sebenarnya. Beliau kemudian memeluk Islam orthodox, dan membuat keputusan untuk mengerjakan [[Haji]].
===Ibadah haji===
|