Bernama TV: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Kcl2006ch (bincang | sumb.)
tukar nama saluran
Baris 1: Baris 1:
{{DISPLAYTITLE:Bernama News Channel}}
{{Infobox TV channel
{{Infobox TV channel
| name = Bernama News Channel (BNC)
| name = Bernama News Channel (BNC)
Baris 70: Baris 71:
[[Kategori:Saluran televisyen dalam Astro]]
[[Kategori:Saluran televisyen dalam Astro]]
{{DEFAULTSORT:Bernama News Channel}}
{{DEFAULTSORT:Bernama News Channel}}
__FORCETOC__

Semakan pada 14:22, 2 Jun 2016

SloganRight and Now (Baru dan Benar)

Bernama News Channel(BNC)(dahulunya dekenali sebagai Bernama TV)[2] merupakan satu saluran berita Malaysia milik Bernama yang beroperasi selama 24 jam bagi perkhidmatan satelit rangkaian Astro. Saluran ini disiarkan pada saluran 502 (Family Package) Astro. Bernama TV menawarkan berita yang berunsurkan berita terkini, bisnes, gaya hidup, sukan, dan hiburan(termasuk muzik, filem, fesyen, makanan, rumahtangga, dan kesihatan). Bernama TV menggunapakai slogan "Right and Now" (Baru & Benar). Bernama TV dilancarkan pada tarikh 1 September 1998 dan dirasmikan pada tarikh 28 Februari 2008.

Buletin berita BERNAMA yang terdapat pada saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro AEC, Astro Wah Lai Toi dan Astro Vaanavil telah dialihkan ke dalam saluran BERNAMA TV.

Kandungan berita Bernama News Channel sebahagian besarnya berteraskan Bahasa Malaysia. Sungguhpun demikian, terdapat juga berita yang berbahasa Inggeris, Cina, Kantonis, Teochew dan Tamil selaras dengan penjenamaan Berita@Bernama (Malay News/Berita) di Astro Ria & Astro Prima, News@Bernama (English News), Xin Wen@Bernama (Chinese News/華語新聞) di Astro AEC, Sen Men@Bernama (Cantonese News/粵語新聞) di Astro Wah Lai Toi dan Seithigal@Bernama (Tamil News/தமிழ் செய்திகள்) di Astro Vaanavil. Lain-lain rancangan yang terdapat di Bernama TV adalah STAR TV Biz@Bernama, Sukan@Bernama dan Helo Malaysia sebuah rancangan bual bicara oleh pengacara Sherkawi Jirim. Pada 25 mei 2016, Bernama TV membuat penjenamaan semula sebagai Bernama News Channel [2]

Kontroversi

Baru-baru ini, jurukamera Noramfaizul Mohd Nor meninggal dunia di Somalia, pada usia 41, pada 2 September 2011.

Komen pujian

Menteri Penerangan Malaysia, Ahmad Shabery Cheek memuji Bernama TV kerana corak pemberitaan yang dikatakan mampu diterima oleh semua pihak termasuk pembangkang. Beliau berkata ini merupakan satu cabaran yang harus disaingi oleh RTM.[3]

Rujukan

  1. ^ "MYTV statement on Facebook (Malay)". 13 May 2016. Dicapai pada 19 May 2016.
  2. ^ a b "Bernama TV Rebrands As Bernama News Channel". Bernama. 25 May 2016. Dicapai pada 28 May 2016.
  3. ^ RTM guna digital sepenuhnya tiga tahun lagi

Lihat juga

Pautan luar