F.C. Internazionale Milano: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 789: Baris 789:


==Rekod dan statistik kelab==
==Rekod dan statistik kelab==
[[File:Javier Zanetti - Inter Mailand (1).jpg|thumb|180px|[[Javier Zanetti]] memegang rekod penampilan terbanyak Inter.]]
[[File:Club América v Inter Milan - 2009 - Javier Zanetti (cropped).jpg|thumb|180px|[[Javier Zanetti]] memegang rekod penampilan terbanyak Inter.]]


[[Javier Zanetti]] memegang rekod kemunculan Inter dengan bermain 838 perlawanan rasmi dan 600 perlawanan Serie A.<ref> name=recordholders>{{cite web |url=http://archivio.inter.it/cgi-bin/primatisti?L=en |title=record holders |publisher=inter.it |accessdate=8 March 2013}}</ref> [[Giuseppe Meazza]] menjadi penjaring terbanyak Inter sepanjang zaman dengan menghasilkan 284 gol dalam 408 perlawanan.
[[Javier Zanetti]] memegang rekod kemunculan Inter dengan bermain 838 perlawanan rasmi dan 600 perlawanan Serie A.<ref> name=recordholders>{{cite web |url=http://archivio.inter.it/cgi-bin/primatisti?L=en |title=record holders |publisher=inter.it |accessdate=8 March 2013}}</ref> [[Giuseppe Meazza]] menjadi penjaring terbanyak Inter sepanjang zaman dengan menghasilkan 284 gol dalam 408 perlawanan.

Semakan pada 02:10, 3 Jun 2016

Inter Milan
Lambang Inter Milan
Nama penuhFootball Club Internazionale Milano S.p.A.
Gelaran
  • I Nerazzurri (Hitam dan Biru)
Diasaskan9 Mac 1908; 116 tahun yang lalu (1908-03-09)
StadiumSan Siro
(Kapasiti: 80,018)
PemilikInternational Sports Capital HK Ltd. (70%)[1]
Internazionale Holding S.r.l. (29.5%)[2]
Pirelli (0.5%)[3]
PresidenErick Thohir
Ketua jurulatihRoberto Mancini
LigaSerie A
2015–16Serie A, Ke-4
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

F.C. Internazionale Milano,[4] ataupun disebut sebagai Internazionale (disebut [ˌinternattsjoˈnaːle]) atau secara ringkasnya Inter, dan di luar Itali ia disebut sebagai Inter Milan atau Inter Milano,[5] merupakan sebuah kelab bola sepak profesional Itali yang berpangkalan di Milan, Lombardy. Kelab ini telah bermain di Serie A sejak penubuhannya pada 1909.

Inter telah memenangi 30 trofi domestik termasuk 18 kejuaraan liga, tujuh Coppa Italia dan lima Supercoppa Italiana. Dari tahun 2006 hingga 2010, kelab ini memenangi lima kejuaraan liga berturut-turut.[6] Inter juga telah memenangi tiga gelaran Liga Juara-Juara. Inter merupakan satu-satunya kelab Itali berjaya melengkapkan siri treble dalam satu musim pada tahun 2010 dengan memenangi scudetto, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara.[7] Selain itu, kelab ini juga memenangi tiga Piala UEFA, dua Piala Antara Benua dan satu Piala Kelab Dunia FIFA.

Inter bermain di laman sendiri di Stadium San Siro (berkapasiti 80,018), atau dikenali sebagai Stadio Giuseppe Meazza. Inter berkongsi stadium terbesar di Itali ini dengan pesaing utama, A.C. Milan. Perlawanan antara Inter dan Milan antara perlawanan dinanti-nantikan oleh penonton bukan sahaja di Itali, malah di seluruh dunia. Pertembungan kedua-dua pasukan ini dikenali sebagai Derby della Madonnina.[8] Sehingga 2010, Inter merupakan kelab kedua di Itali memiliki peminat teramai dan keenam paling ramai peminat di Eropah. Inter salah satu kelab paling berharga di Itali dan di dunia bola sepak.[9] Kelab juga merupakan salah satu pengasas G-14, iaitu kumpulan yang mewakili 18 kelab bolasepak paling besar dan berprestij di Eropah sebelum ia dibubarkan.

Sejarah

Tahun awal penubuhan

Pasukan Nerazzurri menjuarai kejuaraan liga pada tahun 1910, dua tahun selepas penubuhannya.

Inter ditubuhkan pada 9 Mac 1908 sebagai Football Club Internazionale, berikutan perpecahan kelab Milan Cricket and Football Club (kini A.C. Milan). Nama kelab ini, Inter diperoleh daripada kehendak penubuh yang menerima pemain asing serta pemain Itali.

Kelab ini memenangi kejuaraan liga buat pertama kali pada tahun 1910 dan kali kedua pada 1920. Kapten dan jurulatih pasukan yang meraih kejuaraan pertama, Virgilio Fossati terbunuh ketika berkhidmat untuk tentera Itali dalam Perang Dunia Pertama.

Pada tahun 1921, Inter hanya mampu mengumpul 11 mata dan berada di tangga tercorot. Inter berjaya mengelakkan penyingkiran dari Serie A apabila menang dalam dua perlawanan play-off. Pada tahun 1928 ketika era Fasis, Inter dipaksa menukar nama menjadi Società Sportiva Ambrosiana selepas bergabung dengan Unione Sportiva Milanese pada tahun 1928. Pasukan ini memakai jersi putih dan salib merah terpampang di bahagian tengah jersi. Reka bentuk jersi ini diinspirakikan oleh bendera dan lambang kota Milan. Pada tahun 1929, presiden kelab, Oreste Simonotti menukarkan nama kelab ini kepada Associazione Sportiva Ambrosiana. Walau bagaimanapun, peminat tetap menyebuat pasukan ini sebagai Inter dan pada tahun 1931, presiden baru iaitu Pozzani mengubah nama kelab ini menjadi Associazione Sportiva Ambrosiana-Inter.

Inter meraih gelaran pertama Coppa Italia (Piala Itali) pada musim 1938-39 ketika Inter mempunyai pemain ikonik ketika itu, Giuseppe Meazza. Inter tetap berjaya meraih kejuaraan liga yang kelima pada tahun 1940 walaupun Meazza bergelut dalam kecederaan. Selepas Perang Dunia Kedua, kelab ini akhirnya meletakkan nama asalnya kembali dan meraih kejuaraan scudetto pada tahun 1953 dan 1954.

Grande Inter

Fail:Moratti coppa campioni 1964.jpg
Presiden Inter, Angelo Moratti meraikan kejayaan Piala Eropah bersama-sama pemain Inter, 1964.

Pada tahun 1960, Helenio Herrera menjadi pengurus baru Inter dari Barcelona. Beliau membawa pemain tengah dari Barcelona, Luis Suárez, yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah pada tahun yang sama oleh kerana peranannya ketika di Barcelona. Herrera kemudian membing Inter sehingga menjadi salah satu kelab gergasi Eropah. Beliau mengubah suai taktik 5-3-2 yang dikenali sebagai "Verrou" ("pintu selak") termasuk fleksibiliti yang besar bagi melakukan serangan balas. Sistem catenaccio telah diperkenalkan oleh seorang jurulatih dari Austria, Karl Rappan. Sistem asal Rappan dilaksanakan dengan empat pemain pertahanan, bermain secara sistem orang-ke-orang dan menambah seorang playmaker di tengah padang yang memainkan bola bersama dua pemain sayap. Herrera hanya menambah seorang pemain di bahagian pertahanan dan meletak sweeper dan libero di belakang posisi bek tengah. Sweeper dan libero berperanan sebagai pemain bebas untuk berhubung dengan mana-mana penyerang pasukan melalui bek tengah. Inter menamatkan kempen Serie A di tempat ketiga pada musim pertama, kedua dan ketiga Herrera sebagai pengurus. Kemudian, Inter meraih kejayaan Piala Eropah pada 1964 dan 1965 dan seterusnya Herrera diberi gelaran "il Mago" ("Wizard").

Pada tahun 1964, Inter melangkah ke perlawanan akhir Piala Eropah menentang Real Madrid, pasukan yang telah mencapai tujuh kemenangan daripada sembilan perlawanan akhir setakat ini. Sandro Mazzola menjaringkan dua gol untuk Inter dan akhirnya Inter menang 3-1. Selain itu, pasukan ini juga meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Independiente pada kejohanan Piala Antara Benua. Setahun kemudian, Inter mengulangi kejayaan setahun lalu apabila menewaskan juara dua kali Benfica pada perlawanan akhir Piala Eropah yang berlangsung di San Siro dan Inter sekali lagi menumbangkan Independiente pada kejuaraan Piala Antara Benua. Pada tahun 1967, Inter kehilangan dua pemain utama mereka akibat mengalami kecederaan iaitu Jair dan Suárez, lalu Inter tewas pada perlawanan akhir Piala Eropah menentang Celtic 2-1. Pada tahun yang sama, kelab ini menukaran namanya kepada Football Club Internazionale Milano.

Turun naik

Selepas zaman kegemilangan Inter pada era 1960an, Inter berjaya memenangi kejuaraan liga kali ke-11 pada tahun 1971 dan ke-12 pada tahun 1980. Inter tewas buat kali kedua pada perlawanan akhir Piala Eropah, kali ini tewas 2-0 kepada skuad Ajax selain terdapat pemain legenda, Johan Cruyff pada 1972. Pada era 1970an dan 1980an, Inter meraih dua kejuaraan Coppa Italia pada tahun 1978 dan 1982.

Gandingan duo Jerman Andreas Brehme dan Lothar Matthäus dan pemain Argentina, Ramón Díaz berjaya untuk membantu Inter meraih scudetto pada tahun 1989. Kedatangan seorang lain pemain Jerman, Jürgen Klinsmann membantu Inter untuk meraih kejuaraan Supercoppa Italiana pada musim berikutnya namun Inter tidak dapat menahan gelarannya.

Fail:Festeggiamenti Coppa UEFA Inter-Salisburgo 1993-1994.jpg
Pemain Inter meraikan kejayaan Piala UEFA setelah membenam Salzburg pada tahun 1994

Pada era 1990an boleh dikatakan sedikit kekecewaan bagi peminat Inter. Pesaing rapat Inter, Milan dan Juventus telah mencapai pencapaian cemerlang sama ada di perngkat domestik dan Eropah manakala Inter jauh ketinggalan dengan keputusan tidak memuaskan. Lebih-lebih lagi, Inter berada hanya satu mata di zon penyingkiran. Walau bagaimanapun, Inter meraih tiga kejayaan Piala UEFA pada tahun 1991, 1994 dan 1998.

Massimo Moratti mengambil alih sebagai presiden daripada Ernesto Pellegrini pada tahun 1995. Selepas pengambil alihan itu, Inter sebanyak dua kali memecah rekod perpindahan pemain termahal di dunia (£19.5 juta untuk Ronaldo dari Barcelona pada 1997 dan £31 juta buat Christian Vieri dari Lazio dua tahun kemudian). Walau bagaimanapun, dekad 1990 tetap sedikit mengecewakan apabila inilah satu-satunya dekad dalam sejarah Inter di mana Inter tidak dapat meraih kejuaraan liga.

Moratti kemudian menjadi sasaran peminat terutamanya apabila beliau memecat jurulatih kesayangan peminat Inter, Luigi Simoni hanya selepas beberapa perlawanan memasuki musim 1998-99 dan baru menerima anugerah Pengurus Terbaik Itali pada tahun 1998 sebelum Simoni dipecat. Pada musim itu juga, Inter gagal menyertai mana-mana kejohanan Eropah buat pertama kali dalam masa 10 tahun selepas hanya menduduki tempat kelapan.

Pada musim berikutnya, Moratti melantik Marcello Lippi sebagai ketua jurulatih dan membeli beberapa pemain seperti Angelo Peruzzi, Laurent Blanc dan Vladimir Jugović. Pasukan ini hampir meraih kejohanan piala domestik pertama sejak 1989 apabila melangkah ke perlawanan akhir Coppa Italia namun tewas kepada finalis, Lazio.

Pada musim 2000-01, nasib lain melanda. Inter hampir memenangi Supercoppa Italiana menentang Lazio dan mendahului perlawanan namun Inter tewas 4–3. Inter juga tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara selepas tewas kepada kelab Sweden, Helsingborgs IF pada pusingan kelayakan. Lippi dipecat serta merta selepas perlawanan pembukaan musim baru menentang Reggina dan keputusannya Inter tewas. Marco Tardelli dipilih untuk menggantikan Lippi tetapi beliau juga gagal meningkatkan prestasi pasukan dan ia sentiasa diingati di kalangan peminat Inter apabila tewas memalukan 6-0 kepada pasukan musuh, Milan pada musim 2000-01.

Pada tahun 2002, Inter hampir meraih kejuaraan scudetto apabila perlawanan menentang Lazio menjadi penentu dan Inter memerlukan sekurang-kurangnya kelebihan satu gol di tempat lawan. Namun, Lazio merapatkan kedudukan 2-2 dan menghalang Inter meraih kejuaraan sebaliknya Juventus memenangi kejuaraan kali ini. Pada musim seterusnya, Inter gagal ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara apabila tewas kepada Milan, 1-1 berdasarkan gol di tempat lawan.

Kebangkitan

Pada 1 Julai 2004, Inter melantik Roberto Mancini sebagai ketua jurulatih yang baru. Pada musim pertamanya, Inter mengumpul 72 mata dan menjuarai Coppa Italia dan kemudian Supercoppa Italiana. Pada 11 Mei 2006, Inter mempertahankan kejuaraan Coppa Italia apabila menewaskan Roma dengan agregat 4-1.

Inter dianugerahkan kejuaraan Serie A 2005–06 selepas mata yang dikumpul Juventus dan Milan dipotong oleh kerana skandal Calciopoli. Pada musim berikutnya, Inter melakar rekod baru apabila memenangi 17 perlawanan berturut-turut dalam Serie A bermula pada 25 September 2006 dengan kemenangan 4-1 ke atas Livorno di tempat sendiri dan kemenangan ini berterusan sehinggalah pada 28 Februari 2007, apabila Inter terikat seri 1-1 bertemu Udinese di San Siro. Pada 22 April 2007, Inter meraih kejuaraan scudetto buat kali kedua berturut-turut.

Inter memulakan musim 2007-08 dengan baik di Serie A dan berada di tangga teratas liga pada separuh pertama musim selain melangkah ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara. Selepas kekalahan yang dialami Inter ketika menentang Liverpool pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, tempat Mancini sebagai ketua jurulatih di Inter menjadi persoalan. Mancini akhirnya mengumumkan untuk melepaskan jawatannya. Pada hari terakhir musim 2007-08, Inter meraih kejuaraan liga buat kali ketiga berturut-turut namun sebaliknya Mancini dipecat selepas pengumuman yang disebutnya sebelum ini.[10]

Pada 2 Jun 2008, Inter melantik bekas pengurus Porto dan Chelsea, José Mourinho sebagai ketua jurulatih. Pada musim pertamanya, pasukan Nerazzurri memenangi Suppercoppa Italiana dan kejuaraan liga keempat berturut-turut namun pasukan ini tewas dalam pusingan pertama kalah mati buat kali ketiga berturut-turut selepas tewas kepada Manchester United. Selepas membolot kejuaraan keempat berturut-turut, Inter sertai Torino dan Juventus sebagai satu-satunya kelab selain Turin melakukan seperti ini.

José Mourinho, melakar sejarah baru untuk Inter apabila membimbing Inter meraih "treble" ketika musim 2009-10.

Inter menikmati kejayaan Liga Juara-Juara pada musim 2009-10 apabila menewaskan Bayern Munich 2–0 pada perlawanan akhir hasil jaringan Diego Milito.[11] Inter juga memenangi kejuaraan liga dan juga Coppa Italia.[12] Ini membuatkan Inter kelab Itali pertama berjaya melengkapkan "treble" dalam satu musim. Mourinho meninggalkan Inter dan berpindah ke Real Madrid dan tempat Mourinho digantikan oleh Rafael Benítez.[13]

Pada 21 Ogos 2010, Inter menewaskan Roma 3-1 dan memenangi Supercoppa Italiana 2010, trofi keempat Inter bagi tahun ini. Pada Disember 2010, Inter meraih kejuaraan Piala Kelab Dunia FIFA 2010 buat pertama kali selepas menewaskan TP Mazembe, 3-0 dalam perlawanan akhir.[14] Inter akhirnya melengkapkan Quintuple, menjadi pasukan keempat di dunia yang berjaya melakukannya selepas Liverpool pada 2001, Al-Ahly pada 2006 dan Barcelona pada 2009. Walau bagaimanapun selepas kemenangan ini, berikutan prestasi lemah yang dipamerkan Inter dalam Serie A, pasukan ini mengumumkan Benitez bakal berpindah. Pada hari berikutnya, Leonardo menjadi ketua jurulatih Inter.[15]

Masa kini

Leonardo bermula dengan mengumpul 30 mata dalam 12 perlawanan dan purata 2.5 mata per perlawanan dan ia satu pencapaian hebat berbanding jurulatih sebelum ini; Benitez dan Mourinho. Pada 6 Mac 2011, Leonardo meletakkan rekod baru Serie A dengan berjaya memungut 33 mata dalam 13 perlawanan. Leonardo hanya berjaya membawa Inter ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selain menjulang trofi Coppa Italia. Walau bagaimanapun pada penghujung musim, beliau dipecat dan digantikan oleh Gian Piero Gasperini, Claudio Ranieri dan Andrea Stramaccioni.

Barisan pemain Inter pada 2014.

Pada 1 Ogos 2012, Moratti menjual beberapa faedah Inter Milan kepada konsortium China, Kenneth Huang.[16] Pada hari yang sama, Inter mengumumkan mereka telah membentuk astu rundingan dengan China Railway Construction Corporation Limited untuk projek membina sebuah stadium barua [17] Pada 30 Jun 2013, Moratti's Internazionale Holding S.r.l. memegang 98.2% ke atas F.C. Internazionale Milano S.p.A. dan rundingan berama pihak China nampaknya telah runtuh.[18]

Pada 15 Oktober 2013, wakil konsortium Indonesia (International Sports Capital HK Ltd.) yang diketuai oleh Erick Thohir, Handy Soetedjo dan Rosan Roeslani menandatangani sebuah perjanjian untuk memperoleh 70% saham Inter dari Internazionale Holding S.r.l.[19][20][21] Dengan serta merta selepas perjanjian itu, Moratti's Internazionale Holding S.r.l. masih memegang 29.5% saham F.C. Internazionale Milano S.p.A.[22] Selain itu, Thohir juga memiliki sebuah kelab Major League Soccer (MLS), D.C. United dan kelab Liga Super Indonesia (ISL), Persib Bandung.

Warna dan lambang

Team colours Team colours Team colours
Team colours
Team colours
Kit S.S. Ambrosiana

Salah satu penubuh kelab Inter, Giogio Muggiani yang juga merupakan seorang pelukis telah dipertanggungjawabkan untuk mereka bentus logo pertama Inter pada tahun 1908. Reka bentuk pertamanya telah menggabungkan perkataan "FCIM" dan diletakkan di tengah bulatan lambang. Elemen-elemen asas reka bentuk ini kekal berterusan walaupun unsur-unsur yang lebih halus telah diubahsuai sejak beberapa tahun. Bermula musim 1999-00, crest asal kelab telah dikurangkan saiznya untuk memberi tempat penambahan nama dan tahun penubuhan kelab itu di bahagian atas dan bawah logo.

Sejak penubuhannya pada tahun 1908, Inter memakai kit yang berjalur biru dan hitam. Dikatakan bahawa hitam mewakili malam manakala biru pula dipilih untuk mewakili langit.[23] Jersi berjalur biru hitam ini membolehkan Inter mendapat nama samaran Nerazzurri.[24] Walau bagaimanapun pada era sebelum Perang Dunia Kedua, Inter dipaksa untuk meninggalkan pakaian hitam dan biru mereka. Pada tahun 1928, nama dan falsafah Inter yang dibuat oleh pemerintah Parti Fasis menyebabkan pasukan Inter menjadi resah. Sebagai keputusannya, Inter menukar namanya kepada Unione Sportiva Milanese malah kitnya juga ditukar menjadi Società Sportiva Ambrosiana.[25] Kit yang ditukar itu berdasarkan bendera Milan (salib merah berlatakarkan warna putih) menggantikan warna tradisional mereka iaitu biru dan hitam.[26] Selepas Perang Dunia Kedua, semasa kuasa Fasis telah jatuh, kelab ini kembali menggunakan namanya semula dan juga warna asalnya. Pada tahun 2008, Inter meraikan ulang tahun ke-100 penubuhannya dengan membuat jersi baru iaitu salib merah seperti jersi Inter yang digunakan ketika rejim Fasis. Jersi ini dipakai untuk bermain di tempat lawan. Jersi ini terus dipakai sehingga musim 2009-10.

Haiwan juga digunakan untuk mewakili mana-mana kelab bola sepak di Itali. Inter menggunakan ular rumput dan ia dipanggil Il biscione atau Serpente sebagai mewakili Inter. Ular merupakan simbol penting bagi kota Milan kerana ia terdapat dalam heraldik Milan. Simbol ini terkenal kerana ia terdapat dalam jata Kerabat Sforza (kerajaan yang memerintah Itali dari Milan ketika zaman Renaissance), kota Milan, Duchy Milan (sebuah negeri dalam Empayar Suci Rom dan Insubria (sebuah wilayah bersejarah yang merangkumi Milan). Untuk musim 2010-11, jersi pelawat Inter terdapatnya ular.

Stadium

Peminat Inter di San Siro menyaksikan satu perlawanan Inter.

Stadium bagi pasukan ini ialah San Siro ataupun secara rasminya dikenali sebagai team Stadio Giuseppe Meazza yang mempunyai 80,018 tempat duduk. Nama Giuseppe Meazza diambil untuk memperingati pemain yang pernah bermain untuk kedua-dua kelab ini, Milan dan Inter. Nama San Siro pula diambil dari daerah yang terletaknya stadium ini. San Siro telah menjadi tempat halaman Milan sejak tahun 1926. Pembinaan ini dibantu oleh 120 pekerja dan mengambil masa 13 bulan setengah untuk siap. Stadium ini dimiliki Inter sehinggalah ia dijual kepada Majlis Kota pada 1935. Pada tahun 1947, Milan setuju untuk berkongsi stadium ini dengan Inter.

Perlawanan pertama berlangsung di stadium ini pada 19 September 2926 apabila Inter menewaskan Milan 6-3 dalam satu perlawanan persahabatan. Stadium ini asalnya boleh memutkan 35,000 penonton namun stadium ini memperbesarkan kapastinya sebagai persiapan Piala Dunia FIFA 1990 dan sejak itu, stadium ini mempunyai 85,700 tempat duduk bersama atap bumbung. Pada musim panas 2008, tempat duduk stadium ini dikurangkan kepada 80,018 untuk mematuhi standard yang dikeluarkan UEFA.

Berdasarkan model Inggeris, San Siro dibina untuk perlawanan bola sepak, berbanding dengan stadium lain di Serie A yang mempunyai pelbagai kemudahan lain. Oleh itu, San Siro amat terkenal dengan jarak tempat duduk penonton dan padang yang amat rapat. Ini menimbulkan masalah apabila segelintir penyokong mudah untuk membaling mercun dan benda berbahaya ke padang.

Penyokong dan pesaing

Peminat Inter sebelum berlangsungnya perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2010.

Inter merupakan salah satu kelab memiliki peminat teramai di Itali menurut akhbar Itali, La Repubblica pada tahun 2007. Diikutkan sejarahnya, sebahagian besar peminat Inter dari kota Milan merupakan borjuasi kelas pertengahan manakala peminat Milan merupkan kelas pekerjaan.[27]

Kumpulan ultras Inter ialah Boys San, mereka menempuh sejarah Inter yang berpanjangan oleh kerana mereka adalah salah satu ultras yang tertua, yang telah diasaskan pada tahun 1969. Secara politik, ultras Inter biasanya dianggap sebagai sayap kanan dan mereka mempunyai hubungan yang baik dengan ultras Lazio. Selain Boys San, mereka juga terdapat tiga lagi peminat fanatik yang lain iaitu Viking, Irriducibili, Ultras dan Brianza Alcoolica.

Rummenigge dan Platini bergurau seketika sebelum perlawanan derby d'Italia pada pertengahan 1980an.

Inter mempunyai seorang pesaing ketat dan pertembungan ini akan dinanti-nantikan peminat bola sepak Itali iaitu pertembungan satu kota, Derby della Madonnina (Pertembungan Milan) dengan Milan dan persaingan ini telah wujud sejak Inter berpecah daripada Milan pada tahun 1908.[28] Nama pertembungan ini merujuk kepada Virgin Mary yang terdapat dalam tarikan utama kota Milan, Katedral Milan. Perlawanan ini kadang-kadang terdapat rusuhan, tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan lain-lain. Bunga api juga dibawa oleh kedua-dua pasukan ini dan salah satu contohnya ketika perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara 2004-05 antara Milan dan Inter pada 12 April apabila bunga api dibaling oleh peminat ke Inter tepat ke bahu pemain Milan, Dida.[29]

Selain Milan, Juventus juga pesaing ketat bagi Inter dan perlawanan kedua-dua pasukan ini disebut sebagai Derby d'Italia (Pertembungan Itali). Sehingga skandal Calciopoli 2006 yang menyaksikan Juventus tersingkir ke Serie B, Inter hanyalah satu-satunya kelab Itali yang tidak pernah tersingkir dari Serie A. Selepas peristiwa Calciopoli, Roma pula menjadi pesaing Inter apabila hanya Roma menjadi naib juara pada setiap musim Inter mendominasi scudetto pada 2006 hingga 2010. Kedua-dua pasukan ini juga bertemu dalam 5 perlawanan akhir Coppa Italia dan empat Supercoppa Italiana sejak 2006. Selain itu, Atalanta dan Napoli antara pesaing kuat Inter.[30]

Pemain

Skuad semasa

Sehingga 29 Januari 2016.[31]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Slovenia Samir Handanović
5 DF Brazil Juan Jesus
7 MF Perancis Geoffrey Kondogbia
8 FW Argentina Rodrigo Palacio
9 FW Argentina Mauro Icardi (kapten)
10 FW Montenegro Stevan Jovetić
11 FW Perancis Jonathan Biabiany
12 DF Brazil Alex Telles (pinjaman dari Galatasaray)
17 MF Chile Gary Medel
21 DF Itali Davide Santon
22 MF Serbia Adem Ljajić (pinjaman dari Roma)
23 FW Itali Éder (pinjaman dari Sampdoria)
No. Pos. Negara Pemain
24 DF Colombia Jeison Murillo
25 DF Brazil Miranda
27 MF Côte d'Ivoire Assane Demoya Gnoukouri
30 GK Argentina Juan Pablo Carrizo
33 DF Itali Danilo D'Ambrosio
44 MF Croatia Ivan Perišić
46 GK Itali Tommaso Berni
55 DF Jepun Yuto Nagatomo
77 MF Croatia Marcelo Brozović (pinjaman dari Dinamo Zagreb)
83 MF Brazil Felipe Melo
97 FW Albania Rey Manaj
DF Turki Caner Erkin

Dipinjam keluar

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
GK Itali Raffaele Di Gennaro (di Latina)
DF Itali Federico Dimarco (di Ascoli)
DF Ghana Isaac Donkor (di Bari)
DF Itali Simone Pasa (di Pordenone)
No. Pos. Negara Pemain
DF Itali Andrea Pinton (di Vicenza)
MF Guinea Gaston Camara (di Modena)
FW Romania George Pușcaș (di Bari)

Pemain satu kelab

No. Pemain Warganegara Posisi Debut Inter Perlawanan terakhir
1 Piero Campelli  Itali Penjaga gol 30 Januari 1910 9 November 1924
2 Ermanno Aebi  Itali Penyerang 10 April 1910 12 November 1922
3 Armando Castellazzi  Itali Pemain tengah 24 Februari 1924 8 Mac 1936
4 Giacinto Facchetti  Itali Bek kiri 3 Mei 1961 7 Mei 1978
5 Sandro Mazzola  Itali Pemain tengah menyerang 10 Jun 1961 8 November 1977
6 Giuseppe Bergomi  Itali Pertahanan 30 Januari 1980 23 Mei 1999

Nombor disimpan

3 – Itali Giacinto Facchetti, bek kiri, 1960–1978 (penghormatan selepas kematian). Nombor ini mula tidak digunakan pada 8 September 2006. Pemain terakhir yang menggunakan nombor ini adalah Nicolás Burdisso, dan akhirnya dia memilih nombor 16 untuk penghujung musim.[32]

4 – Argentina Javier Zanetti, pemain tengah, bermain sebanyak 858 perlawanan untuk Inter dari tahun 1995 hingga persaraannya pada musim panas 2014. Presiden Inter Erick Thohir mengesahkan nombor 4 tidak digunakan untuk memperingati Zanetti.[33][34]

Kakitangan pengurusan

Roberto Mancini, jurulatih Inter yang terkini.
Sehingga 1 September 2015[35]
Posisi Nama
Ketua jurulatih Roberto Mancini
Pembantu jurulatih Giulio Nuciari
Pembantu teknikal Fausto Salsano
Pembantu teknikal Sylvinho
Pembantu teknikal José Duqué
Jurulatih penjaga gol Adriano Bonaiuti
Penganalisis perlawanan Michele Salzarulo
Ketua staf perubatan Piero Volpi
Doktor Daniele Casalini
Ketua jurulatih kecergaasan Ivan Carminati
Jurulatih kecergasan Andrea Scanavino
Jurulatih pemulihan Massimiliano Marchesi
Ketua fisioterapi Marco Dellacasa
Pakar fisioterapi Massimo Dellacasa
Pakar fisioterapi Andrea Belli
Pakar fisioterapi Marco Frigerio
Pakar fisioterapi Matteo Perasso
Pakar fisioterapi Agostino Alessio
Pengurus kelab pasukan pertama[36] Dejan Stanković

Senarai presiden dan pengurus

Presiden

Berikut senarai presiden Inter dari tahun 1908 hingga sekarang.

 
Nama Tahun
Giovanni Paramithiotti 1908–1909
Ettore Strauss 1909–1910
Carlo de Medici 1910–1912
Emilio Hirzel 1912–1914
Luigi Ansbacher 1914
Giuseppe Visconti di Modrone 1914–1919
Giorgio Hulss 1919–1920
 
Nama Tahun
Francesco Mauro 1920–1923
Enrico Olivetti 1923–1926
Senatore Borletti 1926–1929
Ernesto Torrusio 1929–1930
Oreste Simonotti 1930–1932
Ferdinando Pozzani 1932–1942
Carlo Masseroni 1942–1955
 
Nama Tahun
Angelo Moratti 1955–1968
Ivanoe Fraizzoli 1968–1984
Ernesto Pellegrini 1984–1995
Massimo Moratti 1995–2004
Giacinto Facchetti 2004–2006
Massimo Moratti 2006–2013
Erick Thohir 2013–

Pengurus

Berikut merupakan senarai pengurus Inter dari tahun 1908 hingga sekarang.[37]

 
Nama Warganegara Tahun
Virgilio Fossati Itali 1909–1915
Nino Resegotti
Francesco Mauro
Itali 1919–1920
Bob Spotishwood England 1922–1924
Paolo Schiedler Itali 1924–1926
Árpád Weisz Hungary 1926–1928
József Viola Hungary 1928–1929
Árpád Weisz Hungary 1929–1931
István Tóth Hungary 1931–1932
Árpád Weisz Hungary 1932–1934
Gyula Feldmann Hungary 1934–1936
Albino Carraro Itali 1936
Armando Castellazzi Itali 1936–1938
Tony Cargnelli Austria 1938–1940
Giuseppe Peruchetti Itali 1940
Italo Zamberletti Itali 1941
Ivo Fiorentini Itali 1941–1942
Giovanni Ferrari Itali 1942–1945
Carlo Carcano Itali 1945–1946
Nino Nutrizio Itali 1946
Giuseppe Meazza Itali 1947–1948
Carlo Carcano Itali 1948
Dai Astley Wales 1948
Giulio Cappelli Itali 1949–1950
Aldo Olivieri Itali 1950–1952
Alfredo Foni Itali 1952–1955
Aldo Campatelli Itali 1955
Giuseppe Meazza Itali 1955–1956
Annibale Frossi Itali 1956
Luigi Ferrero Itali 1957
Giuseppe Meazza Itali 1957
Jesse Carver England 1957–1958
Giuseppe Bigogno Itali 1958
Aldo Campatelli Itali 1959–1960
Camillo Achilli Itali 1960
Giulio Cappelli Itali 1960
Helenio Herrera Argentina 1960–1968
Alfredo Foni Itali 1968–1969
Heriberto Herrera Paraguay 1969–1971
Giovanni Invernizzi Itali 1971–1973
 
Nama Warganegara Tahun
Enea Masiero Itali 1973
Helenio Herrera Argentina 1973
Enea Masiero Itali 1974
Luis Suárez Sepanyol 1974–1975
Giuseppe Chiappella Itali 1976–1977
Eugenio Bersellini Itali 1977–1982
Rino Marchesi Itali 1982–1983
Luigi Radice Itali 1983–1984
Ilario Castagner Itali 1984–1986
Mario Corso Itali 1986
Giovanni Trapattoni Itali 1986–1991
Corrado Orrico Itali 1991
Luis Suárez Sepanyol 1992
Osvaldo Bagnoli Itali 1992–1994
Giampiero Marini Itali 1994
Ottavio Bianchi Itali 1994–1995
Luis Suárez Sepanyol 1995
Roy Hodgson England 1995–1997
Luciano Castellini Itali 1997
Luigi Simoni Itali 1997–1998
Mircea Lucescu Romania 1998–1999
Luciano Castellini Itali 1999
Roy Hodgson England 1999
Marcello Lippi Itali 1999–2000
Marco Tardelli Itali 2000–2001
Héctor Cúper Argentina 2001–2003
Corrado Verdelli Itali 2003
Alberto Zaccheroni Itali 2003–2004
Roberto Mancini Itali 2004–2008
José Mourinho Portugal 2008–2010
Rafael Benítez Sepanyol 2010
Leonardo Brazil 2010–2011
Gian Piero Gasperini Itali 2011
Claudio Ranieri Itali 2011–2012
Andrea Stramaccioni Itali 2012–2013
Walter Mazzarri Itali 2013–2014
Roberto Mancini Itali 2014–

Kejayaan

Inter telah memenangi 30 kejuaraan domestik yang termasuk kejuaraan Serie A sebanyak 18 kali, Coppa Italia tujuh kali dan lima gelaran Supercoppa Italiana five. Dari tahun 2006 hingga 2010, kelab ini memenangi lima kejuaraan liga berturut-turut dan menjadi rekod kemenangan liga paling cemerlang sepanjang zaman.[38] Mereka juga memenangi Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1964, 1965 dan 2010. Selain itu, kejayaan terbesar Inter dalam bola sepak Itali ialah memperoleh gelaran "treble" apabila memenangi Liga Juara-Juara, scudetto dan Coppa Italia pada tahun 2010.[39] Kelab ini juga memenangi tiga Piala UEFA, dua Piala Antara Benua dan satu Piala Kelab Dunia FIFA.

Domestik

Kejuaraan liga
Piala

Eropah

Pasukan Inter yang menjuarai Piala Antara Benua pada 1965.

Dunia

Rekod dan statistik kelab

Javier Zanetti memegang rekod penampilan terbanyak Inter.

Javier Zanetti memegang rekod kemunculan Inter dengan bermain 838 perlawanan rasmi dan 600 perlawanan Serie A.[40] Giuseppe Meazza menjadi penjaring terbanyak Inter sepanjang zaman dengan menghasilkan 284 gol dalam 408 perlawanan.

Helenio Herrera merupakan penjawat jurulatih Inter paling lama iaitu selama sembilan tahun dan salah satu jurulatih cemerlang dalam sejarah Inter apabila memperoleh tiga gelaran Scudetti, dua Piala Eropah dan dua Piala Antara Benua. José Mourinho tidak kurang hebatnya apabila beliau membimbing Inter untuk menjadi kelab Itali pertama dalam sejarah meraih treble selepas menjulang trofi Serie A, Coppa Italia dan Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2009-10.

Pengeluar jersi dan penaja

Tempoh Pengeluar jersi Penaja
1979–1981 Puma
1981/1982 Inno-Hit
1982–1986 Mecsport Misura
1986–1988 Le Coq Sportif
1988–1991 Uhlsport
1991/1992 Umbro FitGar
1992–1995 Fiorucci
1995–1998 Pirelli
1998–2018 Nike

Rujukan

  1. ^ name=Inter2015bilancio
  2. ^ name=Inter2015bilancio
  3. ^ name=Pirelli2014bilancio
  4. ^ "Organization Chart". F.C. Internazionale Milano – Official website. Dicapai pada 6 July 2013.
  5. ^ "Inter Milan arrives in Jakarta to prepare for two friendlies". The Jakarta Post. 24 May 2012. Dicapai pada 25 July 2013.
  6. ^ name="Italy – List of Champions">"Italy – List of Champions". RSSSF.
  7. ^ name="treble">"Inter join exclusive treble club". uefa.com. Dicapai pada 9 August 2012.
  8. ^ "Is this the greatest derby in world sports?". Theroar.com.au. 26 January 2010. Dicapai pada 28 September 2011.
  9. ^ name="Football Team Valuations">"The World's Most Valuable Soccer Teams". Forbes. 17 April 2013. Dicapai pada 13 July 2013.
  10. ^ name="mancini_inter">"F.C. Internazionale statement". FC Internazionale Milano. 29 May 2008. Dicapai pada 29 May 2008.
  11. ^ "Bayern Munich 0–2 Inter Milan". BBC Sport. 22 May 2010. Dicapai pada 24 May 2010.
  12. ^ "Jose Mourinho's Treble-chasing Inter Milan win Serie A". BBC Sport. 16 May 2010. Dicapai pada 24 May 2010.
  13. ^ "Mourinho unveiled as boss of Real". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 31 May 2010.
  14. ^ "TP Mazembe 0–3 Internazionale". ESPN Soccernet. 18 December 2010. Dicapai pada 18 December 2010.
  15. ^ "Welcome Leonardo! Inter's new coach". inter.it. 24 December 2010.
  16. ^ name=Huang>"Press release: Internazionale Holding S.r.l". F.C. Internazaionale Milano. 1 August 2012. Dicapai pada 5 June 2015.
  17. ^ name=Huang
  18. ^ name=Inter2013bilancio>F.C. Internazionale Milano S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2013, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  19. ^ "Inter Milan Sells 70% Stake To Indonesia's Erick Thohir At $480M Valuation". 16 October 2013.
  20. ^ "F.C. Internazionale statement". F.C. Internazaionale Milano. 15 November 2013. Dicapai pada 5 June 2015.
  21. ^ "FC Internazionale Milano SpA signs an agreement to open capital to new investors". F.C. Internazaionale Milano. 15 October 2013. Dicapai pada 6 June 2015.
  22. ^ name=Inter2014bilancio>F.C. Internazionale Milano S.p.A. bilancio (financial report and accounts) on 30 June 2014, PDF purchased from Italian C.C.I.A.A.
  23. ^ name=ninteenzeroeight>"9 marzo 1908, 43 milanisti fondano l'Inter". ViviMilano.it. 24 June 2007.
  24. ^ name="autogenerated1">"AC Milan vs. Inter Milan". FootballDerbies.com. 25 July 2007.
  25. ^ "Emeroteca Coni". Emeroteca.coni.it. Dicapai pada 7 January 2013.
  26. ^ name="ambrosianacolours">"Ambrosiana S.S 1928". Toffs.com. 24 June 2007.
  27. ^ name="autogenerated1"
  28. ^ name="autogenerated1"
  29. ^ "Milan game ended by crowd trouble". BBC. 25 July 2007.
  30. ^ "INTER : gli Ultras avversari – Rangers 1976 Empoli Ultras". Rangers.it. Dicapai pada 7 January 2013.
  31. ^ "F.C. Internazionale squad".
  32. ^ "Inter withdraw the number 3 shirt". Inter.it. 8 September 2006.
  33. ^ "Internazionale retire No4 shirt in honour of Javier Zanetti", The Guardian, 30 June 2014
  34. ^ "Inter make Zanetti vice-president & retire No.4 jersey", Goal.com, 30 June 2014
  35. ^ "Technical staff 2015/16". inter.it. Dicapai pada 1 September 2015.
  36. ^ "Dejan Stankovic rejoins Inter". inter.it. Dicapai pada 1 September 2015.
  37. ^ "coaches". inter.it. 8 March 2013.
  38. ^ name="Italy – List of Champions"
  39. ^ name="treble"
  40. ^ name=recordholders>"record holders". inter.it. Dicapai pada 8 March 2013.

Pautan luar

Templat:Wikinews category


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "nb" ada tetapi tag <references group="nb"/> yang sepadan tidak disertakan