Kapal induk pesawat udara: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Zamwan (bincang | sumb.)
Baris 40: Baris 40:
===Australia===
===Australia===
[[File:HMAS Canberra (LHD 02) at berth prior to commissioning.jpg|thumb|right|{{HMAS|Canberra|L02|6}}, sebuah [[kapal pembawa helikopter kelas Canberra]]]]
[[File:HMAS Canberra (LHD 02) at berth prior to commissioning.jpg|thumb|right|{{HMAS|Canberra|L02|6}}, sebuah [[kapal pembawa helikopter kelas Canberra]]]]

====Kini====
[[Kapal pembawa helikopter kelas Canberra]] dibina berdasarkan kapal [[kapal serangan amfibia]] [[kapal serangan amfibia kelas Juan Carlos I|kelas Juan Carlos I]], yang mana terdiri daripada dua buah kapal. Kapal kelas ini dibina oleh [[Navantia]] dan [[BAE Systems Australia]]. Canberra merupakan kapal terbesar yang telah dibina untuk [[Tentera Laut Diraja Australia]].<ref name="Naval-technology.com">{{cite web |url=http://www.naval-technology.com/projects/canberra-class-landing-helicopter-docks-lhds/ |title=Canberra Class Landing Helicopter Docks (LHDs), Australia |publisher=Naval-technology.com |accessdate=26 October 2013}}</ref> ''Canberra'' melakukan ujian dilaut pada akhir tahun 2013 dan ditauliahkan pada tahun 2014.
[[Kapal pembawa helikopter kelas Canberra]] dibina berdasarkan kapal [[kapal serangan amfibia]] [[kapal serangan amfibia kelas Juan Carlos I|kelas Juan Carlos I]], yang mana terdiri daripada dua buah kapal. Kapal kelas ini dibina oleh [[Navantia]] dan [[BAE Systems Australia]]. Canberra merupakan kapal terbesar yang telah dibina untuk [[Tentera Laut Diraja Australia]].<ref name="Naval-technology.com">{{cite web |url=http://www.naval-technology.com/projects/canberra-class-landing-helicopter-docks-lhds/ |title=Canberra Class Landing Helicopter Docks (LHDs), Australia |publisher=Naval-technology.com |accessdate=26 October 2013}}</ref> ''Canberra'' melakukan ujian dilaut pada akhir tahun 2013 dan ditauliahkan pada tahun 2014.


Kapal kedua dari kelas ''Canberra'', {{HMAS|Adelaide|L01|6}}, telah ditauliahkan pada bulan Disember 2015. Versi milik Australia mengekalkan lompatan ski daripada rekabentuk ''Juan Carlos I'', meskipun Australia tidak membeli sebarang pesawat kepak kaku yang berpangkalan di atas kapal pengangkut.
Kapal kedua dari kelas ''Canberra'', {{HMAS|Adelaide|L01|6}}, telah ditauliahkan pada bulan Disember 2015. Versi milik Australia mengekalkan lompatan ski daripada rekabentuk ''Juan Carlos I'', meskipun Australia tidak membeli sebarang pesawat kepak kaku yang berpangkalan di atas kapal pengangkut.

===Brazil===
[[File:Sao Paulo carrier.jpg|thumb|right|[[Kapal pengangkut pesawat kelas São Paulo]] milik [[Tentera Laut Brazil]] ]]
Sebuah kapal pengangkut jenis [[CATOBAR]] kelas São Paulo asalnya adalah kapal [[kapal pengangkut pesawat kelas Clemenceau|kelas Clemenceau]] yang kini berkhidmat dengan [[Tentera Laut Brazil]]. ''São Paulo'' telah ditauliahkan pada tahun 1963 oleh [[Tentera Laut Perancis]] sebagai {{ship|kapal pengangkut pesawat Perancis|Foch|R99|2}} dan dijual kepada Brazil pada tahun 2000, di mana is menjadi kapal induk baru bagi Tentera Laut Brazil. Semasa tempoh 2005–2010, ''São Paulo'' menjalani pemodenan ekstensif.<ref name= "Alide">{{citation |trans_title= NAe São Paulo’s second docking |url= http://www.alide.com.br/joomla/index.php/component/content/article/34-ed33/44-sp-docagem2 |title= A segunda docagem do NAe São Paulo |publisher= Alide |place= BR |language= Portuguese |accessdate= 24 June 2009}}</ref> Pada akhir tahun 2010, ujian laut dimulakan, dan {{as of|2011|lc=y}} ''São Paulo'' telah dinilai oleh CIASA (Inspection Commission and Training Advisory). Ia dijangka akan memasuki armada pada akhir tahun 2013, tetapi terlibat di dalam kebakaran besar pada tahun 2012.<ref>{{Citation |url= http://agenciabrasil.ebc.com.br/noticia/2012-02-23/militar-ferido-em-incendio-no-porta-avioes-sao-paulo-permanece-em-observacao |language= Portuguese |title= Militar ferido em incêndio no porta-aviões São Paulo permanece em observação |trans_title= Military blessed in fire at the aircraft carrier São Paulo continues under observation |newspaper= Agência Brasil |publisher= EBC}}.</ref>


== Pautan luar ==
== Pautan luar ==

Semakan pada 02:38, 23 Jun 2016

USS Nimitz (CVN-68) dari Tentera Laut Amerika Syarikat.
Kapal pengangkut pesawat Admiral Kuznetsov dari Tentera Laut Rusia.

Kapal Pengangkut Pesawat (aircraft carrier) adalah kapal perang terbesar yang memainkan peranan untuk melancar dan mendaratkan jet-jet pejuang. Kapal pengangkut pesawat mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa udara di jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk kapal terbang berlepas/mendarat. Tentera laut moden, yang mengendalikan kapal sedemikian menganggap kapal pengangkut pesawat sebagai unit pusat angkatan, peranan yang sebelumnya dimainkan oleh kapal tempur. Pertukaran, sebahagian dari pertumbuhan kuasa udara sebagai sebahagian kuasa penting dalam perperangan, berlaku ketika Perang Dunia II. Kapal pengangkut pesawat tanpa kapal pengiring dianggap lemah terhadap serangan peluru berpandu dan dengan itu bergerak sebagai sebahagian pasukan tempur kapal induk.

Kapal pengangkut pesawat biasanya merupakan kapal terbesar dikendalikan oleh tentera laut; kapal pengangkut pesawat Kelas Nimitz digerakkan dengan menggunakan dua reaktor nuklear dan empat reaktor turbin stim. Ia sepanjang 333 meter (1092 kaki) dan berharga sekitar AS$ 5 bilion. Amerika Syarikat memiliki kebanyakan dari kapal induk dengan lebih sedozen dalam perkhidmatan, dan kapal pengangkut pesawatnya merupakan batu asas (cornerstone) untuk menunjukkan keupayaan penonjolan kuasa Amerika Syarikat.

Sembilan negara memiliki kapal pengangkut pesawat: Amerika Syarikat, Perancis, India, Rusia, Sepanyol, Brazil, Itali, Thailand, dan United Kingdom. Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat China memiliki kapal pengangkut pesawat bekas Kesatuan Soviet Varyag, tetapi kebanyakan pakar analisa percaya mereka tidak berminat mengendalikannya, tetapi menggunakan Varyag untuk mempelajari operasi kapal pengangkut pesawat bagi kapal pengangkut pesawat masa depan China.

Tatarajah asas

Carta perbandingan kapal pengangkut pesawat dan helikopter di seluruh dunia

Kapal induk memiliki dua tatarajah. Yang paling biasa mempunyai bahagian atas yang rata untuk kawasan pelancaran dan pendaratan kapal terbang. Manjanik kapal terbang berkuasa wap, memecut kapal terbang dengan pecutan penuh, daripada 0 kepada 265 kilometer sejam (165 bsj) dalam tempoh 2 saat semasa berlepas bagi membantu ia mencecah kelajuan berlepas. Untuk mendarat di atas kapal induk, kapal terbang yang mendarat yang bergerak pada kelajuan 240 kilometer sejam (150 bsj) dilengkapkan dengan pencangkuk ekor akan menangkap salah satu dari empat kabel penahan yang dipasang merentangi dek dan akan menghentikan kapal terbang dalam jarak 100 meter (320 kaki) selepas menangkap kabel tersebut.

Tatarajah kedua dan yang terkini, dimajukan untuk Tentera Laut Diraja British, mempunyai "loncatan ski" di hujung dek rata, yang membantu melancarkan kapal terbang. Susunan ini direka untuk kegunaan dengan pesawat VTOL atau STOVL yang mampu berlepas dan mendarat tanpa pergerakan hadapan atau hanya sedikit. Pesawat ini tidak memerlukan kemudahan manjanik atau kabel penahan untuk direntangkan merentasi dek penerbangan.

Dalam kedua-dua kes, kapal induk akan bergerak sehingga 35 knot (65 kilometer sejam) menghadap angin semasa operasi berlepas atau pendaratan agar meningkatkan kelajuan angin sebenar, dengan itu mengurangkan kelajuan yang diperlukan dibandingkan dengan kelajuan kapal.

Jenis asas

Terdapat beberapa jenis asas kapal induk, sesetengahnya telah lapuk:

Kapal pengangkut biasanya disertai oleh beberapa kapal lain, bertujuan memberikan perlindungan untuk kapal induk yang sukar dikendali, untuk membawa bekalan, dan memberikan keupayaan menyerang tambahan. Ia sering diistilah sebagai kumpulan perang (battle group) atau kumpulan kapal induk (carrier group), kadang kala sebagai kumpulan tempur kapal induk (carrier battle group).

Penjajap dan kapal perang utama semasa tahun-tahun antara-perang sering membawa manjanik bagi melancarkan kapal terbang laut bagi tujuan peninjauan. Ia dilancarkan menggunakan manjanik dan diambil dengan menggunakan kren selepas mendarat. Ini kebanyakannya dibuang semasa Perang Dunia II.

Kebanyakan kapal tempur moden mempunyai keupayaan mengendalikan helikopter dan helikopter penyerang sebagai mewakili bentuk baru kapal pengangkut.

Armada-armada negara di dunia

Sejumlah 20 buah kapal pengangkut pesawat berada dalam khidmat aktif dengan 10 buah tentera laut di dunia. Selain itu, tentera laut Australia, Brazil, China, Perancis, India, Itali, Jepun, Korea Selatan, Sepanyol, Thailand dan Amerika Syarikat juga mengoperasikan kapal-kapal yang boleh membawa dan mengoperasikan helikopter dan pesawat STOVL.

Australia

HMAS Canberra, sebuah kapal pembawa helikopter kelas Canberra

Kapal pembawa helikopter kelas Canberra dibina berdasarkan kapal kapal serangan amfibia kelas Juan Carlos I, yang mana terdiri daripada dua buah kapal. Kapal kelas ini dibina oleh Navantia dan BAE Systems Australia. Canberra merupakan kapal terbesar yang telah dibina untuk Tentera Laut Diraja Australia.[1] Canberra melakukan ujian dilaut pada akhir tahun 2013 dan ditauliahkan pada tahun 2014.

Kapal kedua dari kelas Canberra, HMAS Adelaide, telah ditauliahkan pada bulan Disember 2015. Versi milik Australia mengekalkan lompatan ski daripada rekabentuk Juan Carlos I, meskipun Australia tidak membeli sebarang pesawat kepak kaku yang berpangkalan di atas kapal pengangkut.

Brazil

Kapal pengangkut pesawat kelas São Paulo milik Tentera Laut Brazil

Sebuah kapal pengangkut jenis CATOBAR kelas São Paulo asalnya adalah kapal kelas Clemenceau yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Brazil. São Paulo telah ditauliahkan pada tahun 1963 oleh Tentera Laut Perancis sebagai Foch dan dijual kepada Brazil pada tahun 2000, di mana is menjadi kapal induk baru bagi Tentera Laut Brazil. Semasa tempoh 2005–2010, São Paulo menjalani pemodenan ekstensif.[2] Pada akhir tahun 2010, ujian laut dimulakan, dan setakat 2011 São Paulo telah dinilai oleh CIASA (Inspection Commission and Training Advisory). Ia dijangka akan memasuki armada pada akhir tahun 2013, tetapi terlibat di dalam kebakaran besar pada tahun 2012.[3]

Pautan luar

  1. ^ "Canberra Class Landing Helicopter Docks (LHDs), Australia". Naval-technology.com. Dicapai pada 26 October 2013.
  2. ^ A segunda docagem do NAe São Paulo (dalam bahasa Portuguese), BR: Alide, dicapai pada 24 June 2009 Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Militar ferido em incêndio no porta-aviões São Paulo permanece em observação", Agência Brasil (dalam bahasa Portuguese), EBC Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link).