Semerah Padi: Perbezaan antara semakan
Baris 56: | Baris 56: | ||
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan Teruna ([[Nordin Ahmad]]) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara ([[Saadiah]]), anak ketua kampong ([[Daeng Idris]]) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya. |
Dua sahabat akrab, Aduka ([[P. Ramlee]]) dan Teruna ([[Nordin Ahmad]]) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara ([[Saadiah]]), anak ketua kampong ([[Daeng Idris]]) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya. |
||
Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina. |
Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek ([[Salleh Kamil]]) dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina. |
||
==Pelakon== |
==Pelakon== |
Semakan pada 15:14, 7 Julai 2016
Semerah Padi | |
---|---|
Pengarah |
|
Lakon layar | P. Ramlee |
Cerita oleh | Omar Rojik |
Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
Dibintangi |
|
Sinematografi |
|
Disunting oleh |
|
Muzik oleh | P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | Malay Film Productions Ltd. |
Diedarkan oleh | Shaw Brothers Ltd. |
Tarikh tayangan | 14 Julai 1956 |
Masa tayangan | 1 jam 40 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Semerah Padi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 14 Julai 1956. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk hitam putih tanpa warna. Filem yang diarahkan oleh P. Ramlee ini telah mengetengahkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran melalui penceritaannya. Latar belakang filem ini berkonsepkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional serta mempunyai pemahaman agama yang tinggi. Filem ini juga dikatakan yang terbaik pernah diarahkan serta dilakonkan oleh P. Ramlee.[1]
Sinopsis
Dua sahabat akrab, Aduka (P. Ramlee) dan Teruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara (Saadiah), anak ketua kampong (Daeng Idris) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.
Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek (Salleh Kamil) dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.
Pelakon
- Nordin Ahmad sebagai Teruna
- Saadiah sebagai Dara
- P. Ramlee sebagai Aduka
- Daeng Idris sebagai Penghulu Hitam
- Salleh Kamil sebagai Borek
- Normadiah sebagai Galak
- A. Rahim sebagai Jejaka
Lagu
- Semerah Padi oleh P. Ramlee & beramai-beramai
- Makan Sireh di Semerah Padi oleh P. Ramlee
- Sekapur Sireh Seulas Pinang oleh Saloma
- Putus Kasih di Semerah Padi oleh Momo
- Lenggang Kangkong Baru oleh Saloma
- Penyusun lagu - P. Ramlee
- Lirik - Jamil Sulong
- Skor muzik - Fred Libio
- Muzik iringan - Malay Film Productions Studio Orchestra
Lihat juga
- Sumpah Semerah Padi (filem pada tahun 1978 dengan tema yang sama)
Rujukan
- ^ "Semerah Padi (1956): The Best Film Directed by Tan Sri P. Ramlee". 3 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2012. Dicapai pada 5 Disember 2012.