Salamiah Hassan: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 79: Baris 79:


==Lagu-lagu==
==Lagu-lagu==
[[Senarai lagu-lagu nyanyian oleh Salamiah Hassan]]
[[Senarai lagu-lagu nyanyian oleh Salamiah Hassan]] di suatu persimpanggan



==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 01:01, 19 Julai 2016

Salamiah Hassan
Kulit album "Selamat Tinggal" (1973)
Latar belakang
Nama lahirSalamiah binti Hassan
Berasal dariKuala Lumpur,  Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1971 - 2005
Syarikat rakaman
The Life Records Ltd.
Warnada Records
CBS Records
Betarecs Records Sdn. Bhd.
Eight Tones

Salamiah Hassan merupakan salah seorang penyanyi wanita di Malaysia. Beliau pernah menyertai pertandingan Bakat TV 1971 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dalam pertandingan itu, beliau telah mendendangkan lagu "If You Go Away". Tetapi, beliau tidak berjaya untuk mendapat tempat tiga teratas apabila sekadar menduduki tempat yang kelapan di dalam pertandingan tersebut.[1]


Penglibatan Awal Dalam Dunia Seni

Pada masa dahulu, beliau pernah bercita-cita untuk menjadi seorang jururawat, tetapi akhirnya beliau menceburi bidang seni. Namun, kegagalan dalam pertandingan tersebut tidak mematahkan semangat beliau. Datuk Ahmad Nawab yang ketika itu pemuzik bersama Orkestra RTM telah melihat bakat besar yang dimiliki oleh beliau dan bersetuju untuk menerbitkan album sulungnya bersama Life Records. Ahmad Nawab pada masa itu adalah seorang komposer dan penerbit album yang popular dan banyak menghasilkan lagu hit. Pada tahun 1973, beliau membuat kemunculan pertama dalam dunia rakaman dengan album EP, "Surat Terakhir" dengan iringan Fina Orkestra. Lagu "Surat Terakhir" ciptaan Ahmad Nawab dan lirik oleh Din Osman benar-benar melonjakkan nama beliau dalam arena seni suara tanah air. Lagu tersebut dirakamkan semula oleh beberapa penyanyi seperti Anita Sarawak, Flora Santos, Khatijah Ibrahim, Syafinaz dan Dia Fadila. Tiga lagu lain di dalam album itu ialah "Tetap Menanti", "Hanya Sekali" dan "Terima Lah". Semua lagu tersebut merupakan saduran daripada lagu Inggeris dan liriknya ditulis sendiri oleh beliau. Populariti beliau pada masa itu telah menambahkan keyakinan Life Records untuk terus menerbitkan albumnya dari tahun 1973 - 1976. Beliau telah berjaya merakamkan 8 EP (setiap satu mengandungi 4 lagu) yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab dan M. Daud. Beliau mempunyai sebuah album hari raya yang bertajuk "Aidil Fitri" ketika bersama Life Records. Di samping itu, beliau mempunyai empat album studio (setiap satu mengandungi 8-12 lagu).


Penerusan Karier Sebagai Artis Rakaman

Salah satu album beliau ialah album runut bunyi (OST) yang bertajuk "Cinta dan Lagu" untuk filem Cinta dan Lagu. Filem ini dibintangi oleh Noor Azizah dan Hail Amir yang keluaran 1976. Pada tahun yang sama, beliau muncul dengan satu lagi album runut bunyi iaitu "Jiwa Remaja" untuk filem "Jiwa Remaja". Filem ini pula dilakonkan oleh Uji Rashid dan Hail Amir. Bagaimanapun, album ini dikeluarkan oleh Shaw Brothers iaitu penerbit filem tersebut. Pada tahun 1976, beliau beralih angin dengan menyertai Warnada Records bersama nama-nama besar yang lain pada ketika itu iaitu Zulkiflee, Sudirman Haji Arshad dan Dahlan Zainuddin. Beliau telah menghasilkan EP yang bertajuk "Masa Berlalu" terbitan Ooi Eow Jin dan seorang lagi pemuzik di RTM. Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi muncul dengan album runut bunyi iaitu "Tiada Esok Bagimu" untuk filem Tiada Esok Bagimu. Filem ini dilakonkan oleh Jins Shamsuddin, Noorkumalasari dan Sarimah Ahmad. Lagu "Gelombang" merupakan ciptaan komposer veteran iaitu Kassim Masdor dan lirik oleh wartawan terkenal, Bahyah Mahmood. Perkara ini telah meletakkan nama beliau kukuh dalam persada seni tanah air. Kassim Masdor telah bertindak sebagai penerbit album terbitan Senada Records ini. Pada awal era 1980-an, beliau terus merakamkan suaranya dengan syarikat rakaman antarabangsa yang baru bertapak di Malaysia iaitu CBS Records (kini Sony-BMG). Di bawah label CBS Records yang menaungi artis generasi baru dan muzik dengan gaya baru, beliau telah menghasilkan dua album iaitu "Suatu Penantian" (1982) terbitan Kassim Masdor dan "Kembali" (1984) yang diterbitkan oleh Ahmad Shariff. Selepas kontraknya dengan CBS Records berakhir, beliau menyepi daripada membuat rakaman album kerana menumpukan perhatian kepada pembikinan lagu untuk iklan. Beliau juga menghiasi iklan produk popular pada zaman 1980-an sehingga beliau digelar "Ratu Jinggles". Pada tahun 1987, beliau kembali merakamkan album iaitu "Menghitung Hari" bersama Betarecs Records Sdn. Bhd. Lagu "Menghitung Hari" ciptaan Freddie Fernandez dan lirik oleh Habsah Hassan telah menjadi pujaan ramai ketika itu bahkan sehingga kini.


Masih aktif hingga sekarang

Hampir 18 tahun tidak merakamkam suara, beliau kembali merakamkan suara melalui album "Tirai Terakhir" pada tahun 2005. Album ini diterbitkan oleh adiknya, Hadi Hassan melalui syarikat rakaman Eight Tones. Album ini merupakan edaran Power Records. Pada bulan Januari 2014 beliau telah mengadakan konsert solo pertama beliau di Istana Budaya dengan persembahan yang sangat hebat. Konsert ini diterbitkan oleh Raja Azmi dan semasa konsert ini, beliau telah melancarkan album terbaru beliau berjudul 'Aku' yang diterbitkan oleh Aubrey Suwito mengandungi lagu lagu Melayu Klasik dan juga terdapat sebuah lagu baru bertajuk Aku. Beliau masih kekal aktif sehingga kini dengan mengadakan persembahan untuk majlis majlis koprat, TV serta sekali sekala mengadakan persembahan di kelab kelab jazz.

Menyertai MasterChef Selebriti Malaysia

Beliau juga pernah belajar memasak daripada Chef Florence Tan, seorang individu yang menjadikannya sumber inspirasi dalam bidang masakan. Segala kemahiran yang diajar oleh Chef Florence sangat mudah difahami oleh beliau dan berasakan seperti diajar oleh seorang ibu ketika belajar memasak daripadanya.

Beliau juga menceritakan peristiwa apabila beliau hanya dibenarkan untuk masuk ke dapur dan belajar memasak semenjak ibunya sakit. Walaupun mendapat peluang untuk mula belajar memasak dalam keadaan yang agak sukar, namun perkara ini diambilnya dengan penuh semangat agar dapat membantu ibunya yang sedang sakit.

Untuk mendapatkan badan yang segar, beliau memilih hidangan Sup Tulang sebagai hidangan pilihannya. Selain daripada fungsinya untuk menyegarkan badan, rasanya yang enak telah membuatkan beliau memilih hidangan ini untuk dihidangkan. Beliau amat menggemari guru masakannya iaitu Chef Florence Tan yang juga seorang Chef Selebriti. Setiap ilmu yang diberikan kepadanya sangat mudah untuk difahami serta dihidangkan di meja.

Beliau juga pernah melahirkan hasrat untuk menyediakan hidangan yang istimewa buat Chef Wan. Beliau juga ingin mendengar sendiri komen daripada Chef Wan tentang hidangan yang akan diberikan olehnya kerana perkara ini akan dapat meningkatkan lagi kemahiran memasak beliau pada masa yang akan datang.

Beliau juga ingin meneruskan minat dalam bidang masakan terutamanya apabila dapat mengacara rancangan masakannya sendiri apabila dinobatkan sebagai Juara MasterChef Selebriti Malaysia. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya kerana beliau tersingkir pada episod yang ke-2.[2]


Album

Album EP


Album Studio

Album Runut Bunyi


Album Lain

  • Bakat TV 1971 (1971)


Lagu-lagu

Senarai lagu-lagu nyanyian oleh Salamiah Hassan di suatu persimpanggan

Rujukan


Pautan luar