Astro SuperSport: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kcl2006ch (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kcl2006ch (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 99: Baris 99:
{{Infobox TV channel
{{Infobox TV channel
| name = Astro SuperSport 4
| name = Astro SuperSport 4
| logofile =
| logofile =Astro-supersport-4-lvie.jpg
| logosize =
| logosize =
| logoalt =
| logoalt =

Semakan pada 15:37, 20 Julai 2016

Fail:Astro supersport.jpg
Logo asal Astro Supersport
Logo asal Astro Supersport

Astro Supersport adalah rangkaian televisyen satelit rumah di Malaysia dan mengkhusus dalam menyiarkan kandungan berkaitan sukan selama 24 jam sehari. Rangkaian ini boleh didapati di platform Astro melalui Saluran 810 dan 831 (HD) khas untuk pelanggan pakej "sukan" sahaja.[1] Saluran ini dilancarkan pada tahun 1996 sebagai salah satu saluran sukan Astro yang asal serta menawarkan pelbagai acara sukan tahunan bertaraf antarabangsa termasuklah bola sepak, badminton, sukan permotoran, ragbi, bola tampar dan golf.[2] Saluran ini mempunyai dua saluran bersekutu, Astro SuperSport 2 dan Astro SuperSport 3 melalui Saluran 816 dan 817, bersama-sama penyiaran spontan definisi tinggi Astro SuperSport (Astro SuperSport HD melalui Siaran 831).

Telekom Malaysia Berhad telah mengikat perjanjian dengan Astro Malaysia Holdings Berhad untuk menyiarkan Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD melalui rangkaian perkhidmatan HyppTV selama tiga tahun. Kandungan kejohanan sukan yang disiarkan melalui saluran ini termasuklah beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris.[3]

Apabila kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij dijalankan, akan berlaku penambahan saluran untuk membolehkan liputan khas secara langsung disiarkan.

Saluran ini menjadi peneraju kepada kaedah penyiaran di Asia Tenggara melalui Saluran 831. Rangkaian ini telah menyiarkan program studio berkaitan kejohanan sukan terbesar dalam versi HD seperti Liga Perdana Inggeris dan Piala Dunia FIFA sejak 2010 dan program sukan daripada majalah iaitu FourFourTwo sejak 2011.

Astro SuperSport 2, 3

Fail:Astro supersport 2.gif

Astro SuperSport 2 merupakan saluran bersekutu pertama Astro SuperSport. Sejak dilancarkan pada 18 November 2009, saluran ini disiar melalui Saluran 811 dan Saluran 833 untuk versi HD. Kejohanan sukan yang disiarkan termasuklah BWF Super Series, ATP World Tour Finals, Bundesliga, Ligue 1, juga kejohanan di Jerman iaitu ADAC Zurich 24h-Rennen, juga kejohanan di Amerika iaitu NFL, NHL dan Petit Le Mans dan juga kejohanan di Mexico iaitu Liga MX.

Astro SuperSport 3 merupakan saluran bersekutu kedua Astro SuperSport. Saluran ini dilancarkan pada tahun 2010 dan bersiaran melalui Saluran 816 dan Saluran 834 untuk versi HD.

Astro SuperSport 4

Fail:Astro-supersport-4-lvie.jpg

Astro Supersport 4 merupakan satu saluran eksklusif yang hanya ditawarkan kepada pelanggan saluran televisen berbayar Astro dari Malaysia. Saluran ini terdapat dalam saluran 817 sukan Astro selain Astro Arena, Astro SuperSport, Fox Sports, Star Sports, Eurosport, The Golf Channel, Astro SuperSport 2 dan Astro SuperSport 3 serta Fox Sports News.

Antara acara sukan menarik bakal dimuatkan di saluran ini adalah Liga Premier Barclays (BPL) serta sukan yang berkaitan dengan bola sepak.

Apabila terdapat sebuah kejohanan sukan antarabangsa yang berprestij, akan berlaku penambahan saluran mengenai liputan khas atau siaran langsung berkaitan sesuatu kejohanan kepada penonton.

Rujukan

  1. ^ "Astro SuperSport". Dicapai pada 16 Ogos 2010. [pautan mati]
  2. ^ "Astro SuperSport". Dicapai pada 16 Ogos 2010. [pautan mati]
  3. ^ "TM's HyppTV to carry Astro sports channels". Digital News Asia. 2 Ogos 2013. Dicapai pada 2 Ogos 2013.

Lihat juga