Kesan pemerhati: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
OrangMiri (bincang | sumb.)
OrangMiri (bincang | sumb.)
Baris 7: Baris 7:


==== Situasi kecemasan berlawan dengan situasi bukan kecemasan ====
==== Situasi kecemasan berlawan dengan situasi bukan kecemasan ====
Latané dan Darley melakukan tiga eksperimen untuk menguji kelakuan para pemerhati di dalam situasi bukan kecemasan. Keputusan mereka menunjukkan cara subjek meminta bantuan penting. Di dalam satu keadaan, subjek menanya pemerhati tentang nama mereka. Lebih banyak orang memberi jawapan apabila subjek memberitahu namanya dahulu. Dalam satu keadaan yang lain, subjek meminta 10 sen USD daripada golongan pemerhati. Apabila subjek menerangkan sebab (seperti "kehilangan dompet"), peratus orang yang memberi bantuan (72%) lebih tinggi berbanding keadaan di mana subjek terus meminta 10 sen tersebut. Secara asasnya, apabila meminta pertolongan, lebih banyak maklumat diberi kepada pemerhati, lebih tinggi kemungkinan mereka untuk membantu.


==== Ketidakpastian dan akibat ====
==== Ketidakpastian dan akibat ====

Semakan pada 12:25, 23 Julai 2016

Kesan pemerhati atau kesan sikap tidak peduli pemerhati merupakan fenomena psikologikal sosial yang merujuk kepada kes-kes di mana golongan-golongan individual yang tidak menawarkan bantuan kepada seseorang mangsa apabila orang lain turut hadir. Kebarangkalian untuk menolong adalah bertentangan dengan bilangan pemerhati yang hadir. Dalam kata lain, semakin ramai bilangan pemerhati, semakin kurang kebarangkalian untuk sesiapa dalam kalangan mereka untuk menolong. Beberapa pemboleh ubah telah dipastikan untuk menjelaskan sebab kesan pemerhati berlaku. Pemboleh-pemboleh ubah ini termasuklah: ketidakpastian, kesepaduan dan penyebaran tanggungjawab.

Penyelidikan psikologi sosial

Kesan pemerhati pertama kali didemonstrasikan di sebuah makmal oleh John Darley dan Bibb Latané pada tahun 1968 selepas mereka berminat dalam topik tersebut berikutan peristiwa pembunuhan Kitty Genovese pada tahun 1964. Penyelidik-penyelidik tersebut melancarkan satu siri eksperimen yang menghasilkan salah satu kesan yang paling kuat dan diulangi dalam psikologi sosial. Dalam satu eksperimen yang biasa, subjek sama ada dibiarkan secara berseorangan, berada di dalam satu kumpulan dengan subjek-subjek lain atau bertindak sebagai pelakon yang berfungsi sebagai subjek eksperimen tetapi sebenarnya berkerja dengan para penyelidik. Satu situasi kecemasan telah dipentaskan dan para penyelidik mengira masa yang diambil untuk campur tangan, sekiranya mereka mencampur tangan. Eksperimen-eksperimen tersebut mendapati bahawa kehadiran subjek yang lain menghalang pertolongan, selalunya dengan margin yang besar. Sebagai contohnya, Bibb Latané dan Judith Rodin (1969) melakonkan satu eksperimen yang melibatkan seorang wanita dalam kesusahan. 70 peratus daripada subjek yang dibiarkan perseorangan telah meminta bantuan atau keluar menolong wanita tersebut selepas mereka mempercayai dia telah terjatuh dan tercedera. Akan tetapi, hanya 40 peratus yang menawarkan bantuan apabila terdapat orang lain dalam bilik tersebut.

Pemboleh-pemboleh ubah yang mempengaruhi golongan pemerhati

Situasi kecemasan berlawan dengan situasi bukan kecemasan

Latané dan Darley melakukan tiga eksperimen untuk menguji kelakuan para pemerhati di dalam situasi bukan kecemasan. Keputusan mereka menunjukkan cara subjek meminta bantuan penting. Di dalam satu keadaan, subjek menanya pemerhati tentang nama mereka. Lebih banyak orang memberi jawapan apabila subjek memberitahu namanya dahulu. Dalam satu keadaan yang lain, subjek meminta 10 sen USD daripada golongan pemerhati. Apabila subjek menerangkan sebab (seperti "kehilangan dompet"), peratus orang yang memberi bantuan (72%) lebih tinggi berbanding keadaan di mana subjek terus meminta 10 sen tersebut. Secara asasnya, apabila meminta pertolongan, lebih banyak maklumat diberi kepada pemerhati, lebih tinggi kemungkinan mereka untuk membantu.

Ketidakpastian dan akibat

Pemahaman terhadap persekitaran

Rujukan

Bommel, M. V., Prooijen, J. V., Elffers, H., & Lange, P. A. (2012). Be aware to care: Public self-awareness leads to a reversal of the bystander effect. Journal of Experimental Social Psychology, 48(4), 926-930. doi:10.1016/j.jesp.2012.02.011