Shima (penyanyi): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33: Baris 33:
===Kemuncak karier===
===Kemuncak karier===
[[Imej: Shima n deboys.JPG|thumb|300px|Shima ketika bersama The Boys. Dibelakangnya (berdiri 3 dari kiri) ialah bekas suaminya, keyboardist Satiman]]
[[Imej: Shima n deboys.JPG|thumb|300px|Shima ketika bersama The Boys. Dibelakangnya (berdiri 3 dari kiri) ialah bekas suaminya, keyboardist Satiman]]
Karier nyanyian Shima mencapai puncak kegemilangan apabila berjaya memenangai tempat kedua di [[Anugerah Juara Lagu]] edisi 1991 menerusi lagu ''Setelah Aku Kau Miliki'' petikan album kedua beliau. Lagu ciptaan Saari Amri itu juga berjaya memberi tuah kepada Shima apabila turut memenangi anugerah persembahan terbaik. Sejak itu, Shima menerusi syarikat rakaman Sony Music merencana projek untuk album ketiga yang lebih baik. Ternyata album [[Shima 3: Teringin]] itu berjaya meledak di pasaran dan lagu ''Teringin'' menjadi siulan anak muda. Lagu itu layak ke Anugerah Juara Lagu 1993, biarpun tewas di tangan [[Fauziah Latiff]], Shima menebus kekecewaan apabila memenangi anugerah [[Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM)|Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)]] di [[Anugerah Industri Muzik]] yang pertama kali diadakan.
Karier nyanyian Shima mencapai puncak kegemilangan apabila berjaya memenangai tempat kedua di [[Anugerah Juara Lagu]] edisi 1991 menerusi lagu ''Setelah Aku Kau Miliki'' petikan album kedua beliau. Lagu ciptaan Saari Amri itu juga berjaya memberi tuah kepada Shima apabila turut memenangi anugerah persembahan terbaik. Sejak itu, Shima menerusi syarikat rakaman Sony Music merencana projek untuk album ketiga yang lebih baik. Ternyata album [[Shima 3: Teringin]] itu berjaya meledak di pasaran dan lagu ''Teringin'' menjadi siulan anak muda. Lagu itu layak ke Anugerah Juara Lagu 1993, biarpun tewas di tangan [[Fauziah Latiff]], Shima menebus kekecewaan apabila memenangi anugerah [[Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM)|Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)]] di [[Anugerah Industri Muzik]] yang pertama kali diadakan juga memenangi pertandingan Pujaan 10 Nescafe 1993 kategori persembahan solo terbaik dengan lagu Teringin.



Sony Music memberi peluang untuk Shima mencuba pelbagai jenis genre muzik menerusi penerbitan album ''[[More Than Your Girl]]'' pada hujung tahun 1993. Album berbahasa Inggeris itu berjaya meletakkan Shima sebagai penyanyi versatil. Tidak cukup dengan itu, Shima mencuba bakat dalam lakonan menerusi filem ''Sutera Putih''. Ini bukan kali pertama beliau berlakon kerana sebelum itu pernah mencuba bakat dalam filem ''Red Hair Tumble in Malaya'' dan ''Kelisa''.
Sony Music memberi peluang untuk Shima mencuba pelbagai jenis genre muzik menerusi penerbitan album ''[[More Than Your Girl]]'' pada hujung tahun 1993. Album berbahasa Inggeris itu berjaya meletakkan Shima sebagai penyanyi versatil. Tidak cukup dengan itu, Shima mencuba bakat dalam lakonan menerusi filem ''Sutera Putih''. Ini bukan kali pertama beliau berlakon kerana sebelum itu pernah mencuba bakat dalam filem ''Red Hair Tumble in Malaya'' dan ''Kelisa''.

Semakan pada 14:58, 25 Julai 2016

Shima
Latar belakang
Nama lahirKu Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman
Kelahiran (1969-09-12) 12 September 1969 (umur 54)
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock, Pop
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif1990-1999, 2007-2008
Syarikat rakaman
CBS Music (1989-1990)
Sony Music (1991-1999)
EMI Music (2006-2008)

Ku Nazhatulshima Kamarazzaman atau lebih dikenali dengan gelaran Shima merupakan seorang penyanyi rock Malaysia sekitar awal tahun 90'an dahulu. Pun begitu, keupayaan beliau menyampaikan lagu pop yang bernada tinggi sangat memukau peminat muzik rock tanahair suatu masa dahulu. Lagu Setelah Aku Kau Miliki dan Teringin membariskan nama Shima sebagai antara penyanyi yang popular pada era 90an.

Biografi

Shima dilahirkan di Sungai Ara, Banting, Selangor pada 12 September 1969. Shima mendapat pendididikan awal di Sekolah Rendah Convent, Pelabuhan Klang, Selangor dan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Banting, Selangor.

Perjalanan Seni

Sejarah awal

Kerjaya Shima sebagai seorang penyanyi bermula dengan kumpulan Shima and The Boys menggantikan penyanyi asal kumpulan itu iaitu Ella, sebelum mengorak langkah sebagai penyanyi solo dengan album Shima. Album sulung Shima yang diterbitkan oleh Sani, Usop dan Siso pada tahun 1990 itu telah menaikkan nama Shima sebaris dengan dengan puteri-puteri rock yang lain. Lagu Di Sebalik Sejuta Wajah ciptaan Umarul (Iklim) ini sebenarnya begitu popular pada masa itu hingga menaikkan nama Shima antara sebagai penyanyi wanita baru yang popular waktu itu.

Kisah Shima bukan habis setakat itu, malah selepas kemunculan pertamanya bersama kumpulan itu, muncul pula gosip kononnya Shima bergaduh dengan Ella gara-gara The Boys. Populariti yang dikecapi bukan sahaja telah mencatatkan sejarah dalam diari Shima sebagai anak seni, malah ia juga telah mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan peminat Ella & The Boys ketika itu.

Sedari awal Shima tahu apabila muncul bersama The Boys ramai yang menganggap dia merampas kumpulan itu daripada Ella. Tetapi sebenarnya, The Boys menawarkan beliau yang ketika itu menyanyi di sebuah kelab di Kelang untuk menjadi penyanyi utama. Selain Shima, Bibiyana Layola Lee juga pernah menjadi penyanyi The Boys ketika itu.

Hakikatnya, jodoh Shima bersama The Boys hanya bertahan untuk satu album sahaja. Shima kemudian meninggalkan The Boys untuk meneruskan karier secara solo dan masih mendapat sokongan daripada The Boys sendiri.

Kemuncak karier

Shima ketika bersama The Boys. Dibelakangnya (berdiri 3 dari kiri) ialah bekas suaminya, keyboardist Satiman

Karier nyanyian Shima mencapai puncak kegemilangan apabila berjaya memenangai tempat kedua di Anugerah Juara Lagu edisi 1991 menerusi lagu Setelah Aku Kau Miliki petikan album kedua beliau. Lagu ciptaan Saari Amri itu juga berjaya memberi tuah kepada Shima apabila turut memenangi anugerah persembahan terbaik. Sejak itu, Shima menerusi syarikat rakaman Sony Music merencana projek untuk album ketiga yang lebih baik. Ternyata album Shima 3: Teringin itu berjaya meledak di pasaran dan lagu Teringin menjadi siulan anak muda. Lagu itu layak ke Anugerah Juara Lagu 1993, biarpun tewas di tangan Fauziah Latiff, Shima menebus kekecewaan apabila memenangi anugerah Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik yang pertama kali diadakan juga memenangi pertandingan Pujaan 10 Nescafe 1993 kategori persembahan solo terbaik dengan lagu Teringin.


Sony Music memberi peluang untuk Shima mencuba pelbagai jenis genre muzik menerusi penerbitan album More Than Your Girl pada hujung tahun 1993. Album berbahasa Inggeris itu berjaya meletakkan Shima sebagai penyanyi versatil. Tidak cukup dengan itu, Shima mencuba bakat dalam lakonan menerusi filem Sutera Putih. Ini bukan kali pertama beliau berlakon kerana sebelum itu pernah mencuba bakat dalam filem Red Hair Tumble in Malaya dan Kelisa.

Selepas itu Shima muncul semula dengan album Luka Dilukai pada tahun 1994. Album ini terus mengembalikan Shima sebagai seorang penyanyi wanita yang sangat popular di era 90an sebaris dengan nama-nama besar lain seperti Ziana Zain, Fauziah Latiff, Ella, Noraniza Idris, Aishah, Mas Idayu, Sheila Majid, Amelina, Amy Mastura dan Ramlah Ram. Disamping itu, Shima turut mewakili Malaysia bagi program Asia Live Special di Shanghai pada tahun 1996, anjuran NHK dan OTV.

Rasa & Aku Tetap Aku

Wajah-wajah Shima di zaman kemuncaknya

Album kelima berjudul Rasa diterbitkan hampir 2 tahun setelah kejayaan Luka Dilukai. Pada tahun 1997 ketika itu, Shima terpaksa bersaing dengan ramai penyanyi baru yang mula menonjol seperti Nora, Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Biarpun sedikit tenggelam, jualan album Shima masih memberangsangkan malahan lagu Apaku Rasa berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 1997.

Sejak itu, karier nyanyian Shima menjadi sedikit 'low profile' setelah berumahtangga buat kali kedua. Shima bekerjasama dengan Hattan dan Fauzi Marzuki untuk album keenamnya yang berjudul Aku Tetap Aku. Kemunculan album ini disambut baik peminat, lagu Aku Tetap Aku berjaya menjuarai carta radio biarpun album kali ini berkonsepkan pop yang mana Shima menghilangkan terus bunyian rock dalam nyanyian beliau.

Bersara dari arena mainstream & Ke Pangkuanmu

Sejak membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu 1999 untuk lagu Aku Tetap Aku, Shima mengambil keputusan untuk berehat seketika dari arena nyanyian mainstream. Shima bercuti agak lama tanpa album terbaru. Sepanjang tempoh itu Shima banyak menyanyi di hotel-hotel. Lagu Mohon Diri yang diterbitkan dalam album kompilasi beliau sementara menanti buah tangan baharu.

Pada tahun 2006, Shima menerima pelawaan dari lagenda rock Ramli Sarip untuk menyumbangkan suara dalam album Ruh Zaman. Dalam album itu mereka tampil berduet dalam lagu nyanyian asal Jay Jay dan Dayangku Intan yang berjudul Kita Insan Biasa. Hanya pada tahun 2007, Shima menerima lamaran EMI Music (M) untuk kembali merakamkan suara. Album Ke Pangkuanmu menjadi album terakhir Shima setakat ini. Album ini bagaimanapun tidak mendapat publisiti meluas biarpun beberapa single nya popular menerusi program drama TV (sebagai lagu tema). Shima dikatakan kecewa kerana stesen radio mengamalkan sikap pilih bulu dalam menyiarkan lagu-lagu penyanyi lama sepertinya.

Hingga kini, Shima telah melahirkan 8 buah album solo (tidak termasuk 1 buah album bersama The Boys), 4 buah album kompilasi dan sebuah album runut bunyi. Beliau menjadi salah seorang penyanyi wanita yang sangat masyhur pada era 90an dan berbekalkan bakat, personaliti dan auranya sebagai diva, Shima ternyata menjadi best kept secret dalam industri muzik Malaysia.

Kehidupan peribadi

Shima mula menyanyi ketika berusia 18 tahun bersama The Boys. Pada tahun 1990, Shima mendirikan rumahtangga bersama pemain keyboard kumpulan itu iaitu Satiman. Perkahwinan pada usia muda ternyata tidak menjanjikan kebahagian buat Shima. Biarpun Satiman begitu menyokong karier Shima malahan terbabit dalam penerbitan album beliau, hubungan mereka berdua tidak kesampaian. Pada tahun 1994, Shima dan Satiman bercerai.

Seterusnya, Shima berkenalan dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996 dan seterusnya mendirikan rumahtangga. Namun panas tidak berpanjangan, jodoh Shima dan Khairun juga tidak panjang. Mereka berpisah pada tahun 1998.

Sejak berkahwin dengan jejaka berasal dari Kanada pada tahun 2003, Shima bersyukur kerana perkahwinan ketiga itu kekal sehingga hari ini. Menurut Shima, walaupun suaminya bukan orang Melayu tetapi seleranya yang lebih Melayu dan suka makan di rumah membuatkan Shima teruja menjadi suri rumah yang memasak pelbagai resepi Melayu dan Barat.Walaupun kadangkala dia ingin hidup seperti orang biasa tetapi sesekali dia akan memenuhi tawaran menyanyi untuk dinner show dan juga di hotel. Suaminya juga tidak pernah menghalang beliau menyanyi asalkan kontrak persembahan hanya hotel di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Menurut Shima, menyanyi di lounge bukanlah mudah. Setiap malam dia harus menyanyi selama 180 minit yang dibahagikan kepada empat segmen. Selain lagu-lagu permintaan pengunjung, antara lagu-lagu yang sering dinyanyikan Shima ialah lagu-lagu popular Frank Sinatra, Nat King Cole di samping lagu-lagu hitsnya.

Setelah album Ke Pangkuanmu tidak dapat membantunya meneruskan kerjaya dalam bidang seni, Shima lebih banyak menumpukan perhatian pada rumah tangga.

Album

Album bersama The Boys

  1. Kelkatu Gugur Sayapnya (1989)

Album Solo (Studio)

  1. Shima (1990)
  2. Shima Vol. 2 (1991)
  3. Shima 3: Teringin (1993)
  4. More Than Your Girl (1993)
  5. Luka Dilukai (1994)
  6. Rasa (1997)
  7. Aku Tetap Aku (1999)
  8. Ke Pangkuanmu (2007)

Album Kompilasi

  1. The Best of Shima (1994)
  2. The Best of Shima: Vol. 2 (1995)
  3. Best Ballads (2004)
  4. Keunggulan Shima (2006)

Album Runut Bunyi

  1. OST Sutera Putih (1995)

Filem

  1. Kelisa (1991)
  2. Red Haired Tumbler Di Malaya (1992)
  3. Sutera Putih (1995)

Pencapaian

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan
1993
  • (AIM pertama)
Lagu Terbaik Teringin Shima 3: Teringin Tercalon
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Artis: Shima Menang
1999
  • (AIM ke 7)
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) Artis: Shima Aku Tetap Aku Tercalon
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
1991 (AJL 6) Setelah Aku Kau Miliki Shima Vol. 2 Saari Amri Saari Amri -tiada- Menang
  • Naib Juara Keseluruhan
  • Persembahan Terbaik
1993 (AJL 8) Teringin Shima 3: Teringin Fauzi Marzuki Lukhman S. Balada Tercalon
1997(AJL 12) Apaku Rasa Rasa Loloq (Darwis) Pop Rock Tercalon
1999(AJL 14) Aku Tetap Aku Aku Tetap Aku Lan Laga Amran Omar Balada Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
1991 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
1993 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
1994 Penyanyi Wanita Popular Tercalon

Pujaan 10 Nescafe 1993 Persembahan solo terbaik lagu Teringin

Rujukan

Lihat juga

Pautan luar