Si Kolot Suamiku: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
CommonsDelinker (bincang | sumb.)
Fail Si_Kolot_Suamiku.jpg telah dibuang kerana ia telah dihapuskan di Commons oleh Morgankevinj
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 35: Baris 35:


==Pelakon==
==Pelakon==
[[Fail:AMAR_BAHARIN4.transformed.jpg|thumb|Amar Baharin memegang watak sebagai Kudin dalam drama ini.]]
{| class="wikitable"
{| class="wikitable"
! Pelakon
! Pelakon

Semakan pada 08:41, 24 Ogos 2016

Si Kolot Suamiku
GenreCinta
Komedi
FormatDrama
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Amar Baharin
Siti Elizad
Atikah Suhaime
Faizal Hussein
Sheila Mambo
Lagu pembukaanDua Dunia nyanyian W.a.r.i.s.
Lagu penutupDua Dunia nyanyian W.a.r.i.s.
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod16 Episode.
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Khamis, 10 malam (1jam per episode)
Syarikat penerbitan
(MiG Production Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria Slot Drama Ria
Siaran asal15 Ogos 2016
Kronologi
MengikutiLelaki Macam Dia

Drama adaptasi novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz.Drama ini mengantikan drama Lelaki Macam Dia.

Sinopsis

Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?

Pelakon

Amar Baharin memegang watak sebagai Kudin dalam drama ini.
Pelakon Watak
Amar Baharin Kudin
Siti Elizad Tengku Edrina
Atikah Suhaime Lisa
Faizal Hussein Tengku Ehsan
Kuza Puan Aisyah
Sheila Mambo Mak Cik Kunah
Fahmy Reza Badrul
W.a.r.i.s Mokhtar
Zila Bakarin Puan Sri Suria
Aizat Hassan Gabriel
Dania Azmi Sofea
Tengku Fiella Lara
Sya Nasir Farah