Perancis: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 157: Baris 157:
* [[Hubungan Luar Perancis]]
* [[Hubungan Luar Perancis]]
kebudayaan masyarakat perancis
kebudayaan masyarakat perancis

==Nota dan rujukan==
{{reflist}}


== Pautan luar ==
== Pautan luar ==

Semakan pada 11:23, 26 Oktober 2007

Republik Perancis
République française
Bendera Perancis
Bendera Jata
Cogan kataLiberté, Égalité, Fraternité
Kebebasan, Kesaksamaan, Persaudaraan
Lagu kebangsaanLa Marseillaise
Ibu negara
dan bandar terbesar
Paris
Bahasa rasmiBahasa Perancis
KerajaanRepublik Semiberpresiden
• Presiden
Nicolas Sarkozy
François Fillon
Penubuhan
• Republik kelima
1958
• Perairan (%)
-
Penduduk
• Perkiraan 2007
64,102,140 (ke-20)
KDNK (PPP)2006
• Jumlah
$2.232 trilion (ke-6)
$35,404 (ke-18)
HDI (2004)0.942
sangat tinggi · ke-16
Mata wangEuro (€), CFP franc1
(EUR, XPF)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan33
Kod ISO 3166FR
DPT internet.fr
1di wilayah luar negeri sahaja

Perancis terletak di Eropah Barat, bersempadan dengan Teluk Biscay dan Selat Inggeris, antara Belgium dan Sepanyol, tenggara United Kingdom; bersempadan dengan Laut Mediterranean, antara Itali dan Sepanyol. Perancis adalah antara anggota pertama Kesatuan Eropah, ahli NATO, dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB.

Sejarah

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah Perancis

Sejarah awal

Semapadan Perancis moden lebih kurang sama seperti sempadan Gaul purba yang pernah diduduki oleh orang Gaul Celtic. Gaul ditakluki oleh Rom di bawah Julius Caesar pada abad pertama SM, maka orang Gaul mula bertutur dalam bahasa orang Rom (bahasa Latin, yang berevolusi menjadi bahasa Perancis) serta juga budaya Rom. Agama Kristian mual bertapak pada abad ke-2 dan ke-3 Masihi, lalu kuat bertapak pada abad ke-4 dan ke-5 sehingga St. Jerome pernah mencatat bahawa Gaul satu-satunya kawasan yang "bebas daripada kekafiran".

Pada abad ke-4 M, sempadan timur Gaul sepanjang Sungai Rhine dicerobohi puak-puak Jerman, terutamanya orang Frank, iaitu punca terhasilnya nama kuno "Francie". nama zaman sekarang "France" berasal daripada nama kawasan feudal Raja-Raja Capet di Perancis sekitar Paris. Orang Frank merupakan puak pertama antara penakluk Jermanik di Eropah setelah terjatuhnya Empayar Rom untuk memeluk mazhab Katolik dan bukan Arianisme (namun Raja Clovis memeluknya pada tahun 498); maka Perancis digelar "Saudari Tertua Gereja" (La Fille Ainée de l'Eglise), maka orang Perancis menerimanya sebagai justifikasi bagi menggelar diri mereka sebagai "Kerajaan Perancis Paling Beragama Kristian".

Kewujudan perancis sebagai entiti berasingan bermula dengan Perjanjian Verdun (tahun 843), dengan pembahagian Empayar Carolignian Charlemagne menjadi Francia Timur, Francia Tengah dan Francia Barat. Francia Barat hampir sama keluasannya dengan wilayah Perancis zaman kini, dan menjadi pelopor kepada Perancis moden dan juga negeri Perancis pertama.

Raja-raja Carolingian memerintah Perancis sehingga tahun 987, apabila Hugh Capet, Duke Perancis dan Count of Paris, dinobatkan sebagai Raja Perancis. Keturunannya, iaitu Capetian Terus, Cabang Valois dan Cabang Bourbon, secara progresifnya menyatukan negara melalui beberapa peperangan dan pewarisan dinastik. Kerajaan ini mencapai kemuncaknya ketika abad ke-17 di bawah pemerintahan Louis XIV. Kewtika masa itu Perancis memiliki bilangan penduduk terbesar di Eropah (lihat Demographik Perancis) dan mempunyai pengaruh amat besar terhadap dasar kerajaan, ekonomi dan budaya Eropah. Sehinggalah berakhirnya era ini, Perancis memainkan peranan penting dalam Revolusi Amerika dengan memberi aset modal dan ketenteraan kepada pemberontak anti-British. Kemenangan Perancis yang amat penting terhadap Britain di Pertempuran Chesapeake disusuli Pengepungan Yorktown pada tahun 1781 menamatkan Perang Revolusi Amerika lalu membolehkan Amerika Syarikat mencapai kemerdekaan daripada British.

Penubuhan republik

Perancis diketuai raja-raja sehingga Revolusi Perancis pada tahun 1789. Raja Louis XVI dan ratu baginda, Marie Antoinette, dihukum mati, bersama beribu-ribu warga Perancis yang lain. Setelah berlalunya serantai skim kerajaan yang singkat tempoh hayatnya, Napoleon Bonaparte mengambil alih pemerintahan Republik pada tahun 1799, menjadikan diri beliau Konsul Pertama, dan kemudiannya Maharaja Empayar Perancis Pertama (18041814). Melalui peperangan, tentera beliau menakluki kebanyakan tanah besar Eropah, serta ahli-ahli keluarga Bonaparte dilantik sebagai r aja-raja kerajaan baru.

Setelah kekalahan terakhir Napoleon pada tahun 1815 sewaktu Perang Waterloo, pemerintahan beraja Perancis dipulihkan, namun dengan batasan perlembagaan baru. Pada tahun 1830, pemberontakan sivil menubuhkan Kerajaan July berpelembagaan yang bertahan sehingga tahun 1848. Republik Kedua yang juga singkat hayatnya tamat pada tahun 1852 apabila Louis-Napoléon Bonaparte mengisytiharkan Empayar Perancis Kedua. Louis-Napoléon diturunkan dari takhta setelah kalah dalam Perang Perancis-Prussia pada tahun 1870 dan rejimnya digantikan oleh Republik Ketiga.

Perancis mempunyai milikan penjajahan dalam pelbagai bentuk, sejak awal abad ke-17 sehingga 1960-an. Pada abad ke-19 dan ke-20, empayar jajahannya di seluruh dunia merupakan yang kedua terbesar selepas Empayar British. Pada zaman kemuncaknya, antara tahun 1919 dan 1939, empayar jajahan Perancis kedua mencapai tanah seluas 12,347,000 kilometer persegi. Termasuk Perancis metropolitan, jumlah keluasan wilayah di bawah kedaulatan Perancis mencapai 12,898,000 kilometer persegi pada 1920-an dan 1930-an, iaitu 8.6% daripada jumlah tanah di Bumi.

Meskipun menang di Perang Dunia I, Perancis dengan teruknya kehilangan nyawa manusia dan harta benda, menjadikannya kian lemah dalam dekad-dekad seterusnya. Era 1930-an menyaksikan banyak pembaharuan sosial yang diperkenalkan kerajaan Barisan Popular. Apabila Perang Dunia II terletus, Perancis melaksanakan saut siri kempen penyelamatan yang kurang berjaya di Norway, Belgium dan Belanda dari tahun 1939 hingga 1940. Menjelang pencerobohan tiba-tiba pada pertengahan tahun 1940 oleh Jerman Nazi yang disokong Itali Fasis sejak 10 Jun 1940, kepimpinan politik Perancis menolak cadangan Winston Churchill mengenai Kesatuan Perancis-British lalu menandatangani penyerahan Gencatan Senjata Kedua di Compiègne pada 22 Jun 1940. Dasar berpakat dengan musuh yang dibangkang sesetengah pihak, mencetuskan pembentukan Angkatan Pembebasan Perancis di luar Perancis serta penentangan Perancis dalam negara. France dibebaskan dengan usaha bersama Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Angkatan Pembebasan Perancis dan penentangan Perancis pada tahun 1944. Kemudian Nouvelle Armée Française ("tentera Perancis baru") ditubuhkan dengan bantuan bahan dan kelengkapan buatan Amerika Syarikat secara besar-besaran, lalu menyertai perjuangan bersama pihak Berikat dalam pelbagai pertempuran termasuk kempen Itali.

Republik Perancis Keempat ditubuhkan selepas Perang Dunia II untuk cuba mengekalkan status ekonomi dan politiknya sebagai negara yang dominan. Perancis cuba menguatkan genggamannya pada empayar penjajahannya, tetapi kemudiannya menghadapi masalah. Cubaan mengawal semula Indochina secara tidak bersungguh-sungguh pada tahun 1946 mengakibatkan Perang Indochina Pertama, yang berakhir dengan kekalahan Perancis di Pertempuran Dien Bien Phu pada tahun 1954. Cuma beberapa bulan kemudian, Perancis menghadapi konflik terbaru yang kian ganas dalam jajahan terlamanya, Algeria.

Perdebatan mengenai sama ada terus mengawal atau tidak bumi Algeria yang dijadikan tempat tinggal lebih sejuta penduduk Eropah, merapuhkan lagi negara dan nyaris mencetuskan perang saudara. Pada tahun 1958, Republik Keempat yang lemah memberi laluan kepada Republik Kelima yang bercirikan kedudukan Presiden yang lebih kukuh. Selaku presiden Republik Kelima, Charles de Gaulle berupaya memastikan perpaduan negara sambil mengambil langkah menamatkan perang. Perang Algeri dan Perang Saudara Perancis-Perancis yang terletus di ibu kota Algiers, diakhiri dengan rundingan damai pada tahun 1962 yang membolehkan kemerdekaan Algeria.

Kebelakangan ini, pendamaian dan kerjasana Perancis dengan Jerman terbukti penting kepada persepaduan politik dan ekonomi untuk evolusi Kesatuan Eropah, termasuk pengenalan matawang euro pada bulan Januari 1999. Perancis telah menerajui negara-negara ahlu Kesatuan Eropah yang hendah memperoleh faedah daripada kekuatan kesatuan kewangan ini untuk mencipta sistem politik, pertahanan dan keselamatan Kesatuan Eropah yang lebih bersatu dan berkebolehan. Namun, para pengundi Perancis tidak merestui ratifikasi Perjanjian Perlembagaan Eropah pada Mei 2005.

Politik

Untuk rencana lanjutan, lihat Politik di Perancis

Daerah

Untuk rencana lanjutan, lihat Daerah di Perancis

Perancis terbahagi kepada 22 daerah dan 3 kawasan pemerintahan luar negara iaitu :-

Geografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Geografi Perancis

Ekonomi

Airbus A380 lengkap yang pertama di acara "A380 Reveal" di Toulouse pada 18 Januari 2005. Airbus ialah lambang globalisasi ekonomi Perancis dan Eropah

Ekonomi Perancis menggabungkan keusahawanan swasta berleluasa (hampir 2.5 juta syarikat berdaftar) dengan campur tangan kerajaan yang banyak (namun kian merosot) (lihat dirigisme). Kerajaan masih berpengaruh besar terhadap segmen-segmen penting dalam sektor prasarana, melalui milikan majoriti firma-firma kereta api, elektrik, pesawat, dan telekomunikasi. Kerajaan selama ini telah meringankan pegangannya terhadap sektor-sektor inis sejak awal 1990-an. Kerajaan sedang beransur-ansur menjual pegangannya dalam France Télécom, Air France, serta industri insuran, perbankan dan pertahanan.

Perancis selaku ahli kumpulan negara-negara berindustri peneraju G8 merupakan ekonomi keenam terbesar di dunia pada tahun 2005, mengekori Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, Republik Rakyat China dan United Kingdom. France menyertai 11 negara ahli Kesatuan Eropah yang lain untuk melancarkan matawang Euro pada 1 Januari 1999, manakala duit syiling dan wang kertas euro menggantikan franc Perancis (₣) sepenuhnya pada awal tahun 2002.

Menurut OECD, pada tahun 2004 Perancis adalah pengeksport kelima terbesar dan pengimport keempat terbesar barang buatan kilang. Pada tahun 2003, Perancis adalah penerima pelaburan langsung asing kedua terbesar di kalangan negara-negara OECD pada $47 bilion, mengekori Luxembourg (yang pelaburan langsung asingnya pokoknya merupakan pindahan kewangan ke bank-bank yang terletak di negara itu) tetapi mengatasi Amerika Syarikat ($39.9 bilion), United Kingdom ($14.6 bilion), Jerman ($12.9 bilion), atau Jepun ($6.3 bilion). pada tahun yanf sama, syarikat-syarikat Perancis melabur $57.3 bilion di luar Perancis, menjadikan Perancis pelabur langsung di luar negara kedua terpenting dalam OECD, mengekori Amerika Syarikat ($173.8 bilion), dan mendahului United Kingdom ($55.3 bilion), Jepun ($28.8 bilion) dan Jerman ($2.6 bilion).

Dengan 79.1 juta pelancong asing pada tahun 2006,[1] Perancis menduduki tempat destinasi pelancongan teratas di dunia, mengatasi Sepanyol (55.6 juta pada tahun 2005) dan Amerika Syarikat (49.4 juta pada tahun 2005). Perangkaan ini tidak termasuk sesiapa yang menetap selama kurang 24 jam di Perancis, seperti orang Eropah utara yang merentasi Perancis dalam perjalanan ke Sepanyol atau Itali pada musim panas. Perancis menampilkan bandaraya-bandaraya yang penuh dengan kepentingan kebudayaan (Paris sebagai peneraju), pantai-pantai dan resort-resort tepi laut, resort-resort ski, dan kawasan laur bandar di mana keindahan dan ketenangan boleh dinikmati (pelancongan hijau). Selain pelancongan kasual, Perancis menarik ramai jemaah-jemaah keagamaan ke Lourdes, sebuah bandar di département Hautes-Pyrénées, yang merumahkan beberapa juta pelancong setiap tahun.

Perancis mempunyai industri aeroangkasa penting yang diterajui konsortium Eropah Airbus, dan merupakan satu-satunya kuasa Eropah (tidak termasuk Rusia) yang mempunyai spaceport kebangsaan sendirinya (Centre Spatial Guyanais). Perancis juga merupakan negara barat yang paling kurang bergantung kepada tenaga kerana pelaburan besar-besaran dalam kuasa nuklear yang menjadikan Perancis penghasil karbon dioksida yang paling kurang di kalangan tujuh negara paling berindustri di dunia. Oleh sebab pelaburan besar-besaran dalam teknologi nuklear, kebanyakan tenaga elektrik yang dihasilkan dalam negara ini dijana oleh loji tenaga nuklear (78.1% pada tahun 2006,[2] iaitu meningkat dari cuma 8% pada tahun 1973, 24% pada tahun 1980, dan 75% pada tahun 1990).

Demografi

Untuk rencana lanjutan, lihat Demografi Perancis

Budaya

Untuk rencana lanjutan, lihat Budaya di Perancis

Lihat juga

kebudayaan masyarakat perancis

Nota dan rujukan

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan tourism.stat tidak disediakan
  2. ^ DGEMP / Observatoire de l'énergie (April 2007). "Électricité en France : les principaux résultats en 2006". Dicapai pada 2007-05-23.

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.