Bierkeller-Putsch: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 20: Baris 20:
Ramai yang menyangka rampasan kuasa yang gagal itu telah menamatkan riwayat parti Nazi. Tetapi Hitler telah menggunakan kesempatan tersebut untuk menyebarkan ideologinya kepada rakyat jelata.
Ramai yang menyangka rampasan kuasa yang gagal itu telah menamatkan riwayat parti Nazi. Tetapi Hitler telah menggunakan kesempatan tersebut untuk menyebarkan ideologinya kepada rakyat jelata.

Dalam masa yang singkat, Hitler telah menjadi seorang terkenal disebabkan liputan media yang meluas. Para hakim dalam perbicaraannya telah dipilih oleh seorang yang pro-Nazi dalam kerajaan Bavaria. Mereka membenarkan beliau menggunakan mahkamah sebagai pentas untuk menyebarkan propagandanya kepada rakyat.
Sewaktu perbicaraan dijalankan, beliau yang bijak berpidato telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai inspirasi parti Nazi. Rakyat yang pada waktu itu tidak mengenali Hitler, mula sedar tentang beliau dan partinya.

Sewaktu perbicaraan dijalankan, beliau yang bijak berpidato telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai inspirasi parti Nazi. Rakyat yang pada waktu itu tidak mengenali Hitler, mula sedar tentang beliau dan partinya. Malah mereka suka dengan personalitinya dan juga ideologi yang ingin disebarkan. Antara lain mereka bersetuju dengannya bahawa kerajaan yang "menikam mereka dari belakang" harus dijatuhkan. Mereka juga terpengaruh dengah kata-katanya yang penuh semangat.

Ahkirnya, Hitler telah dijatuhkan hukuman lima tahun dengan 6 bulan parol. Manakala pegawai-pegawai lain telah mendapoat hukuman yang ringan. Selepas peristiwa tersebut, beliau telah berikrar untuk mendapat kuasa dengan cara yang lebih demokratik.

Semakan pada 11:12, 25 Julai 2005

Beer Hall Putsch (atau juga dikenali sebagai Munich Putsch) merupakan suatu percubaan nekad parti Nazi untuk menjatuhkan kerajaan demokratik dan mengambilalih kuasa melalui cara pemberontakan. "Putsch" bermakna rampasan kuasa di dalam bahasa Jerman, manakala Beer Hall ialah dewan perjumpaan dimana minuman bir biasanya dihidangkan kepada orangramai. Ia bermula pada 8 November 1923 di Bürgerbräu Keller sebuah Beer Hall yang terbesar di Munich dan berakhir sehari kemudiannya di pusat bandaraya Munich.

Latarbelakang

Selepas Perang Dunia I, kerajaan Jerman telah dipaksa untuk membayar kerajaan Perancis sejumlah wang yang besar tetapi mereka enggan membayarnya. Akibatnya nilai matawang Jerman telah jatuh degan teruk dan negara telah dilanda inflasi. Namun, rakyatnya tetap menyokong kerajaannya dan memuji ketahanan Jerman menentang Perancis. Malangnya pada September 1923, kerajaan Jerman terpaksa akur dengan kehendak Perancis dan mula membayar balik hutang mereka. Ini telah membangkitkan kemarahan orangramai terutamanya puak pelampau di wilayah Bavaria.

Parti Nazi dan kumpulan politik yang lain telah mengambil kesempatan dengan kekacauan yang telah berlaku. Hitler yang semakin terdesak untuk memegang pucuk pimpinan parti sedar bahawa beliau perlu mengambil tindakan segera. Semasa itu parti Nazi, yang mempunyai 55,000 ahli, merupakan parti politik yang terbesar di Jerman dan mempunyai sistem organisasi terbaik berbanding dengan parti-parti lain.

Rampasan kuasa yang gagal

Rancangan awal Hitler ialah untuk menculik Perdana Menteri Bavaria dan ahli tertinggi kerajaan disana dan memaksa mereka untuk menyertai pemberontakan terhadap kerajaan demokratik Jerman. Beliau tahu bahawa seramai 3,000 ahli kerajaan Bavarian akan mengadakan perjumpaan di beer hall. Oleh itu, beliau mengarahkan tentera storm troopersnya (SA) untuk mengepung beer hall tersebut. Sewaktu Gustav von Kahr, perdana menteri Bavaria sedang berucap, Adolf Hitler dan stormtroopersnya yang bersenjata menceroboh kedalam bangunan itu. Kemudian Hitler memaksa Gustav von Kahr, Otto von Lossow, iaitu panglima tentera Bavaria dan Hans von Lossow, ketua Polis negeri Bavaria kepada bilik yang berlainan.

Selepas itu Hitler memberitahu mereka bertiga bahawa beliau akan menjadi pemimpin baru Jerman dan menawarkan mereka jawatan tertinggi dalam kerajaannya. Pada mulanya mereka enggan bekerjasama kerana tidak mahu khianat kepada negara. Selepas itu Eric Ludendorff, seorang perwira Perang Dunia I cuba memujuk mereka. Akhirnya mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Hitler dan dihadapan para pegawai kerajaan yang lain mereka memberi sokongan yang penuh kepada puak pemberontak. Hitler amat gembira apabila mendapat sokongan mereka dan mula percaya rancangannya untuk menjadi pemimpin Jerman akan menjadi kenyataan. Tetapi telah diberitahu bahawa rancangan mengepung berek tentera Jerman menemui kesulitan. Oleh itu beliaupun bergegas kesana.

Tindakannya itu ternyata merupakan satu kesilapan. Tanpa kehadirannya pemberontak di dewan itu telah menjadi kucar-kacir. Ketiga-tiga pegawai tertinggi itu berjaya melepaskan diri setelah berjanji untuk setia kepada kerajaan Hitler. Hitler pula gagal menawan berek tentera Jerman dan pulang kembali kepada Beer Hall dan mendapati orang tebusannya telah berjaya melarikan diri. Beliau mula sedar rancangannya telah gagal tetapi Eric Ludendorff meyakinkan beliau bahawa jika mereka bersama-sama berarak ke Munich, mereka akan berjaya merampas kuasa kerajaan. Eric begitu yakin tiada siapa yang akan menembaknya, malah pihak polis atau tentera disana mungkin juga turut serta dengan pihak Nazi.

Adolf Hitler yang hampir berputus asa itu terpaksa bersetuju dengan rancangan Eric. Lalu dengan bala tenteranya seramai 3,000 orang mereka berarak menuju ibu negara Jerman iaitu Berlin untuk menumbangkan kerajaan kebangsaan. Walaupun begitu, Perdana Menteri Bavaria serta pegawai kerajaan yang lain telah berpaling tadah dan berusaha untuk menumpaskan rampasan kuasa tersebut. Hitler telah tersilap strategi kerana tidak mengarahkan tenteranya untuk menawan pusat komunikasi utama seperti stesyen radio dan pejabat telegraf. Pada keesokan harinya, kerajaan Bavaria dengan pantasnya telah memberi amaran kepada kerajaan pusat mengenai rancangan Hitler. Oleh itu, pihak berkuasa disana telah bersedia untuk menumpaskan rampasan kuasa tersebut.

Apabila penyokong Hitler tiba di Munich mereka telah bertembung dengan angkatan polis disana. Pertempuran sengit kemudiannya berlaku antara pihak Nazi dengan pihak berkuasa Munich dan dalam beberapa minit 21 orang (termasuk 16 ahli Nazi) terbunuh dan beberapa ratus orang tercedera. Hitler berjaya melepaskan diri tetapi akhirnya beliau bersama pegawai teringginya telah ditangkap.

Nazi selepas peristiwa Beer Hall Putsch