Senarai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Polar (bincang | sumb.)
Baris 118: Baris 118:
* [[Senarai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia]]
* [[Senarai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia]]


{{British dependencies governors|state=collapsed}}


[[Kategori:Persekutuan Tanah Melayu]]
[[Category:Federation of Malaya]]
[[Category:Lists of High Commissioners of the United Kingdom|Malaya]]
[[Kategori:Senarai Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom|Tanah Melayu]]
[[Category:High Commissioners of the United Kingdom to Malaysia| ]]
[[Kategori:Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom ke Malaysia | ]]
[[Category:1896 introductions]]

Semakan pada 02:41, 14 September 2016

Pada tahun 1896, jawatan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dicipta; Pesuruhjaya Tinggi itu mewakili Kerajaan British dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sebuah persekutuan empat buah ngeri naungan British di Tanah Melayu. Kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi adalah King's House (kini sebahagian daripada sebuah hotel, Carcosa Seri Negara), terletak di Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, ibu negara Negeri-negeri Melayu Bersekutu. King's House berfungsi sebagai tempat yang penting untuk orang kenamaan diraja dan tetamu kehormat.

Gabenor Negeri-negeri Selat sentiasa menjadi ex-officio Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu; kediaman rasmi Gabenor adalah di Singapura, ibu negeri Negeri-negeri Selat, dan dikenali sebagai Rumah Kerajaan (kini Istana, kediaman rasmi Presiden Singapura).

Dalam setiap lima buah negeri yang dilindungi Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor (biasanya dirujuk sebagai 'Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu'), kerajaan British diwakili oleh Penasihat: Penasihat kepada Kerajaan Perlis; Penasihat kepada Sultan Kedah; Penasihat kepada Kerajaan Kelantan; Penasihat, Trengganu; dan Ketua Penasihat kepada Kerajaan Johor.

Negeri-negeri Selat telah dibubarkan pada tahun 1946. Singapura menjadi tanah jajahan mahkota dalam hak sendiri. Negeri-negeri Selat yang (iaitu Pulau Pinang dan Melaka) telah digabungkan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor untuk membentuk Malayan Union, tanah jajahan mahkota lain. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, dan Johor harus menyerahkan kuasa mereka ke United Kingdom, sekali gus menjadikan wilayah ini menjadi tanah jajahan British. Tanah jajahan mahkota baru Malayan Union diketuai oleh Gabenor – Gabenor Malayan Union.

Pada tahun 1948, kerajaan British mengembalikan kuasa kepada raja-raja, dan Malayan Union telah berubah menjadi Persekutuan Tanah Melayu – sebuah persekutuan negeri-negeri naungan dan jajahan mahkota (Pulau Pinang dan Melaka kekal jajahan mahkota sepanjang era Malayan Union). Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu.

Apabila Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada United Kingdom, kedudukan Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu sebagai ketua negeri de facto telah digantikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Tanah Melayu, yang dilantik oleh raja-raja daripada sembilan negeri-negeri Melayu. Gelaran 'Pesuruhjaya Tinggi' menjadi diplomat British kanan di Tanah Melayu yang merdeka (dan kemudian di Malaysia), perkara biasa di negara-negara Komanwel.

Senarai Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896–1946)

Gambar Nama Dari Sehingga
Leftenan Kolonel Sir Charles Bullen Hugh Mitchell 1896 7 Disember 1899
James Alexander Swettenham 8 Disember 1899 18 Februari 1901
Sir Frank Athelstane Swettenham 26 September 1901 12 Oktober 1901
Sir John Anderson 15 April 1904 9 April 1911
Sir Arthur Henderson Young 9 September 1911 24 Ogos 1920
Sir Laurence Nunns Guillemard 3 Februari 1920 5 Mei 1927
Sir Hugh Charles Clifford 3 Jun 1927 20 Oktober 1930
Sir Cecil Clementi 5 Februari 1930 16 Februari 1934
Sir Shenton Whitelegge Thomas 9 November 1934 15 Ogos 1945
Pentadbiran Tentera British 15 Ogos 1945 30 Mac 1946

Senarai Gabenor Malayan Union (1946–1948)

Gambar Nama Dari Sehingga
Sir Gerard Edward James Gent 1 April 1946 30 Januari 1948

Senarai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu (1948–1957)

Gambar Nama Dari Sehingga
Sir Gerard Edward James Gent 1 Februari 1948 4 Julai 1948
Sir Henry Lowell Goldsworthy Gurney 1 Oktober 1948 6 Oktober 1951
Jeneral Sir Gerald Walter Robert Templer 15 Januari 1952 31 Mei 1954
Sir Donald Charles MacGillivray 31 Mei 1954 31 Ogos 1957

Lihat juga