Sayang Si Buta: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 55: Baris 55:
* Keronchong dari Zainab Huri
* Keronchong dari Zainab Huri
* Lagu dari Rahimah Simin
* Lagu dari Rahimah Simin

==Pencapaian==
#


==Lihat juga==
==Lihat juga==

Semakan pada 07:01, 21 September 2016

Sayang Si Buta
PengarahOmar Rojik
Dihasilkan olehMerdeka Film Productions
DibintangiJins Shamsudin, Sarimah, Dayang Sofia, Aziz Jaafar
SinematografiHitam-putih
Tarikh tayangan
1965
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Sayang Si Buta merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1965.[1] Filem Sayang Si Buta diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Sayang Si Buta mula ditayangkan pada 1965 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsudin, Sarimah Ahmad, Dayang Sofia, Aziz Jaafar dan ramai lagi.

Pengarah

Filem Sayang Si Buta diarah oleh pengarah Omar Rojik pada 1965.

Ringkasan

Mengisahkan dua orang adik beradik perempuan, dimana adiknya seorang yang buta. Asmah (Sarimah) seorang kakak berkenalan dengan Dr Rashid (Jins Shamsuddin) seorang doktor perubatan. Asmah ingin membantu untuk memulihkan penglihatan adiknya, Ani (Dayang Sofia). Pada suatu hari, Asmah membeli senaskah buku braille dan Dr Rashid ingin sangat mengetahui mengapa Asmah membeli buku tersebut. Asmah akhirnya membawa Dr Rashid pulang ke rumah untuk menjelaskan perkara selanjutnya. Dr Rashid teruja sangat untuk berkenalan dengan Ani. Dr Rashid memulakan pemeriksaan mata terhadap Ani.

Selang beberapa bulan kemudian, Ani telah menjalani pembedahan kedua dua belah matanya oleh Dr Rashid. Matanya Ani telah pulih. Ani teruja sangat kerana dia sudah mampu melihat buat pertama kali dalam hidupnya. Jamil (Aziz Jaafar) seorang pemandu teksi yang menaruh perasaan terhadap Asmah. Tetapi dia telah salah faham dan cemburu kerana Asmah berkawan lebih rapat dengan Dr Rashid. Dr Rashid sering membawa Ani bersiar-siar atas arahan Asmah. Walaupun Dr Rashid agak keberatan kerana berasa agak kekok. Ani telah menaruh perasaan pada Dr Rashid dan dia sering menggoda Dr Rashid secara peribadi.

Dr Rashid telah menghantar surat kepada ibu bapanya bahawa dia akan berkahwin dengan gadis pilihannya. Ibu Dr Rashid bersetuju lalu dia pergi merisik keluarga Asmah di kampung. Asmah sungguh gembira. Akan tetapi, Ani terus menangis dan kecewa kerana cintanya tidak berbalas oleh Dr Rashid. Asmah telah mengorbankan jiwa laranya untuk adiknya buat kali kedua. Dr Rashid akhirnya berkahwin juga dengan Ani.

Asmah telah diberhentikan kerja ekoran kerap tidak hadir ke pejabat. Ibunya sangat kecewa akan Asmah. Jamil telah berjumpa Asmah dan ingin meneruskan perhubungan cintanya semula. Jamil berjanji akan memasuk meminang Asmah. Ibu Asmah kali ini kecewa lagi dengan Asmah, kerana tidak dapat menumpang kesenangan terhadap Asmah ekoran Asmah berkahwin dengan pemandu teksi. Ibunya berpindah ke rumah Ani kerana ingin sangat untuk hidup lebih senang tetapi sangkaannya meleset, Ani melayan ibunya seperti seorang hamba abdi. Ani menyuruh ibunya tidur di dapur sehingga ibunya jatuh sakit. Ani tidak mengendahkan rayuan ibunya.

Pelakon

Lagu

  • Si Manis 17 - Ahmad Daud & The Swallows
  • Di Antara Aku Dan Bintang - Aziz Jaafar
  • Keronchong dari Zainab Huri
  • Lagu dari Rahimah Simin

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar