Erma Fatima: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Apipo1907 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox person
{{Infobox person
| name = Erma Fatima
| name = Erma Fatima
| image = Replace this image female.svg
| birth_name = Fatimah binti Rahmad
| birth_name = Fatimah binti Rahmad
| birth_date = {{birth date and age|1968|3|14}}
| birth_date = {{birth date and age|1968|3|14}}

Semakan pada 07:26, 21 September 2016

Erma Fatima
Kelahiran
Fatimah binti Rahmad

(1968-03-14) 14 Mac 1968 (umur 56)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelakon, pengarah filem, penerbit filem, penerbit televisyen, penulis skrip
Tahun aktif1987 - kini
PasanganBade Hj. Azmi

Erma Fatima (dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad; 14 Mac 1968) adalah seorang pelakon, pengarah filem, penerbit, dan penulis skrip di Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).

Beliau mula diperkenalkan menerusi filem Rozana Cinta ' 87 yang diterbitkan pada tahun 1987. Beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya. Filem pertama arahan beliau ialah Perempuan Melayu Terakhir, hasil lakonan Vanida Imran. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Beliau berkahwin dengan pengarah popular, Bade Hj. Azmi dan memiliki lima orang anak angkat.

Beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama di samping filem. Antara karya arahan beliau termasuklah Diva Popular, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.

Filemografi

Pencapaian

Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Pada tahun 2003, filem arahan beliau, Embun tewas kepada filem arahan suaminya, KL Menjerit dalam kedua-dua anugerah berprestij iaitu anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin masing-masing untuk kategori pengarah terbaik dan filem terbaik.

Filem

Tahun Filem Kategori/Anugerah Hasil
1987 Puteri Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1990 Hati Bukan Kristal Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
1992 Syahadat Pelakon Wanita Terbaik FFM Tercalon
Bintang Malam Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1994 Femina Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
Fantasi Pelakon Wanita Terbaik FFM Tercalon
Pemburu Bayang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Tercalon
2000 Perempuan Melayu Terakhir Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 Menang
2003 Embun Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon

Telefilem

Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil
1995 Ratu Jamu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Aku Anak Siapa Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
Masih Ada Harapan Aktres Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
2009 Tersasar Di Jalanmu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2011 Airmata Nur Salina Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2015 Sawadeeka Mak Cun

Drama Bersiri

Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil Ref
2011 Tahajjud Cinta Pengarah Terbaik Anugerah Profima[1] Menang
2016 Rumi & Jawi[2]

Rujukan