Storan data komputer: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 05:15, 26 Julai 2005

Istilah storan dan ingatan merujuk kepada bahagian komputer yang mengekalkan keadaan fisikalnya (data) untuk suatu jangka masa tertentu, walaupun jika kuasa elektrik ke komputer tersebut dimatikan. Biasanya istilah "ingatan" (memory) digunakan untuk peranti yang lebih laju, manakala "storan" (storage) untuk yang lebih perlahan.

Di dalam komputer rumah, jenis storan selalunya terdiri daripada:

  • Cakera keras, yang menyimpan program dan fail pengguna. Ia boleh menyimpan data walaupun tanpa bekalan kuasa, dan mempunyai muatan yang besar.
  • RAM, digunakan untuk menyimpan program atau data untuk sementara semasa komputer sedang menggunakannya. Ia boleh berfungsi dengan laju, namun segala maklumat yang ada di dalamnya akan hilang apabila komputer dimatikan.
  • Ingatan cache, biasanya dipasang terus pada mikropemproses, cakera keras atau peranti lain. Ia merupakan satu ingatan kecil berkelajuan tinggi yang menyimpan salinan data supaya pemproses boleh bekerja dengan pantas tanpa perlu menunggu peranti lain yang perlahan.

Satu analogi yang sesuai ialah ingatan manusia, di mana cakera keras merupakan ingatan jangka panjang dan RAM merupakan ingatan jangka pendek.