Bekaba: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafizyunos95 (bincang | sumb.)
bekaba
Hafizyunos95 (bincang | sumb.)
bbbbbb
Baris 8: Baris 8:
| Length =57: 44
| Length =57: 44
| Label = Suria Records
| Label = Suria Records
| Producer = Pak Ngah, Rosli Selasih, To' Ki
| Producer = Pak Ngah, Rosli Selasih,
To' Ki
| Reviews =
| Reviews =
| Last album = ''[[Seri Balas]]''<br/>(1999)
| Last album = ''[[Seri Balas]]''<br/>(1999)

Semakan pada 15:50, 13 Oktober 2016

Bekaba
Album studio oleh
Dilancarkan pada23 Ogos 1999[1]
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenreIrama Malaysia, Etnik Kreatif
Panjang57: 44
BahasaBahasa Melayu Edit the value on Wikidata
SyarikatSuria Records
PenerbitPak Ngah, Rosli Selasih, To' Ki
Kronologi Noraniza Idris
Seri Balas
(1999)
Bekaba
(1999)
Iktiraf
(2000)
Single daripada Bekaba
  1. "Tinting"
    Dikeluarkan: 23 Ogos 1999 (1999-08-23)
  2. "Ngajat Tampi"
    Dikeluarkan: 18 Oktober 1999 (1999-10-18)
  3. "Si Nara"
    Dikeluarkan: 5 Januari 2000 (2000-01-05)
  4. "Panji Sumandak"
    Dikeluarkan: 7 Mac 2000 (2000-03-07)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bekaba merupakan sebuah album studio ke-9 nyanyian Noraniza Idris yang diterbitkan pada 23 Ogos 1999. Menerusi album ini, Noraniza memperkenalkan muzik-muzik daerah dan etnik yang mana trend ini diteruskan olehnya untuk album-album seterusnya. Menerusi album ini, Noraniza bekerjasama bersama Pak Ngah, Rosli Selasih, Manan Ngah dan ramai lagi komposer-komposer yang terlibat menjayakan album ini.

Bekaba mempertaruhkan single Tinting sebagai single pertama untuk album ini. Lagu hasil ciptaan Pak Ngah. Lagu yang berkonsepkan hadrah itu berjaya menambat hati pendengar muzik tanah air. Sekaligus Noraniza berjaya mengumpul peminatnya lebih ramai. Lagu Tinting membawa tuah apabila layak bertanding di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 2000.

Ringkasan mengenai album

Noraniza Idris masih menggunakan konsep lagu yang sama. Kata Noraniza, dia tetap dengan irama Melayu tradisional. Mungkin kerana jiwa dia sudah sebati dengan alunan irama tersebut.

Ketika ditemui sesi fotografi di studio Utusan, Noraniza menyatakan bahawa dia tidak akan merasa bosan dengan irama tersebut.

Bagi dirinya, perkataan bosan itu tidak pernah timbul tetapi apa yang diinginkan adalah memastikan lagu-lagu Melayu tradisional terus popular.

Noraniza berkata, masih banyak irama Melayu tradisional yang belum diterokai. Dia ingin menerokai dan seterusnya mempopularkan irama tersebut. Dalam album terbaru ini Noraniza berpeluang meluahkan apa yang diingininya sebelum ini, khususnya dalam memartabatkan irama tersebut.

Peluang ini memberikan dia keyakinan. Apa tidaknya, dia berkesempatan meluahkan apa yang dia inginkan dalam mengangkat irama tradisional.

Malah dengan peluang ini juga Noraniza turut berkeyakinan album ini lebih memuaskan hati peminatnya. Bukan hanya kerana penerbitnya mempunyai pengalaman yang luas tetapi juga materialnya yang sememangnya cukup bagus,

Oleh itu tidak hairanlah jika untuk album kali ini ia tampilkan irama ngajat, zapin hanuman dan hadrah yang diselitkan dengan rentak masa kini. Noraniza tetap menyelitkan dengan rentak moden. Tetapi keasliannya tetap terpelihara. Penyelitan itu cuma untuk menyedapkan lagi bila didengar.

Senarai Lagu

  1. "Kisah Barat (Introduksi)" (Tradisional Makyong / Hairul Anuar Harun)
  2. "Tinting" (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)
  3. "Ngajat Tampi" (Rosli Selasih / Siso)
  4. "Panji Sumandak" (To' Ki / Tok Wan)
  5. "Sapta" (Manan Ngah / Hairul Anuar Harun)
  6. "Selat Tebrau" (Ahmad Jusoh / Ahmad Jusoh)
  7. "Joget Si Kaduk Junjung" (Raja Kobat / Raja Kobat)
  8. "Laksana Dikata" (Shireen Jasin Mokhtar / Megamutiara)
  9. "Ya Kasih" (To' Ki, Jamal Abdillah / To' Ki)
  10. "Sang Puteri" (Rosli Selasih / Siso)
  11. "Si Nara" (Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)
  12. "Tinting (Minus One)"

Info

Bekaba berjaya dicalonkan dalam kelompok top 5 menerusi kategori Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2000 (AIM7) Tetapi Bekaba tewas kepada album Seri Balas yang dimenangi oleh Noraniza sendiri bersama Siti Nurhaliza.

Rujukan