Semerah Padi: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 63: Baris 63:
Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru harakan kampong Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, Teruna dan orang orang kampong bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, ([[Kemat Hassan]], [[Shariff Dol]], [[Ahmad C]] dan [[Omar Suwita]]) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dan 9 pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong berkhidmat dengan Baginda Sultan.
Negeri dilanda lanun dan Teruna serta 9 orang pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong untuk berkhidmat dengan Baginda Sultan. Aduka pula ditugaskan untuk menjaga keamanan kampong Semerah Padi. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek ([[Salleh Kamil]]) dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh.
Aduka ditugaskan untuk menjaga keamanan kampong. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek ([[Salleh Kamil]]) dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh.

Hujan lebat membasahi bumi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Dara tetap memujuk rayu Aduka, Aduka tetap tidak mempedulikan godaan si Dara. Akhirnya, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, Teruna dan rakan rakannya telah kembali ke Semerah Padi dan dianugerahkan sebidang tanah setiap seorang untuk tujuan bercucuk tanam. Aduka telah mengaku kesalahannya di hadapan Teruna dan kedua dua orang tuanya. Teruna sungguh kecewa. Teruna mengarahkan agar Aduka meninggalkan Semerah Padi keesokkan harinya.

Semakan pada 07:46, 22 Oktober 2016

Semerah Padi
Pengarah
Lakon layarP. Ramlee
Cerita olehOmar Rojik
Dihasilkan olehRun Run Shaw
Dibintangi
Sinematografi
  • C. Ramachandran
  • S. Jumari
Disunting oleh
  • H. R. Narayana
  • K. K. Raman
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers Ltd.
Tarikh tayangan
14 Julai 1956
Masa tayangan
1 jam 40 minit
NegaraTanah Melayu / Malaya
BahasaBahasa Melayu

Semerah Padi merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Tanah Melayu pada 14 Julai 1956. Filem ini dikeluarkan dalam bentuk hitam putih tanpa warna. Filem yang diarahkan oleh P. Ramlee ini telah mengetengahkan hukum Islam berdasarkan Al-Quran melalui penceritaannya. Latar belakang filem ini berkonsepkan kehidupan masyarakat Melayu tradisional serta mempunyai pemahaman agama yang tinggi.

Pengarah

Filem ini juga dikatakan yang terbaik pernah diarahkan serta dilakonkan oleh P. Ramlee.[1] Filem ini merupakan filem kedua yang diarahkan oleh P. Ramlee.

Ringkasan

Dua sahabat akrab, Aduka (P. Ramlee) dan Teruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara (Saadiah), anak ketua kampong (Daeng Idris) mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Di malam hari keramaian, penduduk kampong digemparkan dengan kematian Kachiwa. Atas arahan Tok Penghulu untuk keamanan kampong, Aduka dan Teruna berjaya menangkap Jejaka (A. Rahim) dan Galak (Normadiah) kerana telah berzina. Galak seorang janda yang kematian suaminya, Kachiwa. Jejaka telah membunuh Kachiwa. Mereka berdua didapati bersalah dan dihukum sula sebelum subuh menjelang tiba. Peristiwa ini telah disaksikan oleh salah seorang orang suruhan Borek. Borek mula memasang niat membalas dendam ke atas Semerah Padi di atas kematian adiknya, Jejaka.

Percubaan Borek dan kuncu-kuncunya buat kali pertama berjaya menghuru harakan kampong Semerah Padi. Banyak jiwa manusia yang terkorban dan rumah rumah telah dibakar. Aduka, Teruna dan orang orang kampong bekerjasama untuk melawan serangan musuh. Akhirnya 4 orang kuncu Borek, (Kemat Hassan, Shariff Dol, Ahmad C dan Omar Suwita) telah ditangkap dan dihukum bunuh sebelum subuh menjelang tiba.

Negeri dilanda lanun dan Teruna serta 9 orang pahlawan Semerah Padi dikerah oleh ketua kampong untuk berkhidmat dengan Baginda Sultan. Aduka pula ditugaskan untuk menjaga keamanan kampong Semerah Padi. Setelah satu purnama berlalu, Semerah Padi sekali lagi diserang oleh Borek (Salleh Kamil) dan dia berjaya menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Borek berjaya dibunuh.

Hujan lebat membasahi bumi Semerah Padi, cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Dara tetap memujuk rayu Aduka, Aduka tetap tidak mempedulikan godaan si Dara. Akhirnya, Aduka dan Dara terlanjur berzina. Keesokkan harinya, Teruna dan rakan rakannya telah kembali ke Semerah Padi dan dianugerahkan sebidang tanah setiap seorang untuk tujuan bercucuk tanam. Aduka telah mengaku kesalahannya di hadapan Teruna dan kedua dua orang tuanya. Teruna sungguh kecewa. Teruna mengarahkan agar Aduka meninggalkan Semerah Padi keesokkan harinya.

Teruna berjumpa Tok Penghulu untuk mempercepatkan nikah antara Dara dan Aduka. Keluarga Teruna pula memutuskan tali pertunangan antara Teruna dan Dara. Tok Penghulu kebingungan, Dara dan Aduka mengaku kesalahan di hadapan Tok Penghulu. Tok Penghulu sangat kecewa dan menjatuhkan hukuman sebat 100 kali keatas tubuh Aduka dan Dara mengikut perintah dari Al-Quran. Kedua-duanya selamat selepas hukuman selesai. Teruna tidak berdendam dengan Aduka. Aduka akhirnya bernikah dengan Dara setelah kedua duanya kembali sihat walafiat.

~TAMAT~

Pelakon

Lagu

  1. Semerah Padi oleh P. Ramlee & beramai-beramai
  2. Makan Sireh di Semerah Padi oleh P. Ramlee
  3. Sekapur Sireh Seulas Pinang oleh Saloma
  4. Putus Kasih di Semerah Padi oleh Momo Latif
  5. Lenggang Kangkong Baru oleh Saloma, menampilkan Hashimah Yon sebagai penari undangan.
  • Penyusun lagu - P. Ramlee
  • Lirik - Jamil Sulong
  • Skor muzik - Fred Libio
  • Muzik iringan - Malay Film Productions Studio Orchestra

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Semerah Padi (1956): The Best Film Directed by Tan Sri P. Ramlee". 3 April 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 December 2012. Dicapai pada 5 Disember 2012.