Malay Film Productions: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 226: Baris 226:
| ''[[Putera Bertopeng]]'' || 1957 || L. Krishnan || Latifah Omar, Normadiah, Ahmad Mahmud, Aziz Sattar
| ''[[Putera Bertopeng]]'' || 1957 || L. Krishnan || Latifah Omar, Normadiah, Ahmad Mahmud, Aziz Sattar
|-
|-
| ''[[Putera Sangkar Maut]]'' || 1960 || Jamil Sulong || Jins Shamsuddin, Saadiah
| ''[[Filem Putera Sangkar Maut|Putera Sangkar Maut]]'' || 1960 || Jamil Sulong || Jins Shamsuddin, Saadiah
|-
|-
| ''[[Puteri Gunong Banang]]'' || 1959 || S.Kadarisman || S. Kadarisman, Ahmad Mahmud, Kemat Hassan, Salleh Kamil, Siput Sarawak
| ''[[Filem Puteri Gunong Banang|Puteri Gunong Banang]]'' || 1959 || S.Kadarisman || S. Kadarisman, Ahmad Mahmud, Kemat Hassan, Salleh Kamil, Siput Sarawak
|-
|-
| ''[[Raja Laksamana Bentan]]'' || 1959 || Jamil Sulong || ''Tidak diketahui''
| ''[[Raja Laksamana Bentan]]'' || 1959 || Jamil Sulong || ''Tidak diketahui''

Semakan pada 01:56, 25 Oktober 2016

Malay Film Productions Ltd.
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPerfileman
DitubuhkanSingapura (1937)
Pengasas
Dibubarkan1967
NasibDitutup
Ibu pejabatNo. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura
Kawasan perkhidmatan
  • Malaysia
  • Singapura
Tokoh penting
Hasil pengeluaran159 buah filem
Perkhidmatan
Tapak webwww.shaw.sg
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Malay Film Productions Ltd. (atau MFP) merupakan sebuah syarikat dan studio perfileman yang terletak di Jalan Ampas, Singapura. Runme Shaw dan Run Run Shaw telah bertindak sebagai perancang utama bagi penubuhan studio ini. Syarikat ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem bermula daripada penubuhannya hinggalah tahun 1967.[1]

Sejarah penubuhan dan perkembangan

Runme Shaw dan Run Run Shaw telah membuat studio filem mereka sendiri pada tahun 1937. Mereka juga telah menghasilkan sebanyak empat filem berbahasa Melayu. Antara filem yang sempat dibuat sebelum peperangan bermula ialah Ibu Tiri, Mutiara, Bermadu, Tiga Kekaseh, Hanchor Hati, Terang Bulan di Malaya dan Mata Hantu.[1]

Pembikinan filem Toping Saitan telah terganggu berikutan Perang Dunia Kedua. Studio ini telah dirampas semasa pendudukan Jepun. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua pada tahun 1945, mereka telah membelanjakan sebanyak $1,000,000 untuk membina semula kemudahan studio. Studio filem yang terbaru telah dinamakan sebagai Malay Film Productions. Tempatnya beralamat No. 8, Jalan Ampas, Off Balestier Road, Singapura.[1]

Mereka telah menghasilkan filem pertama selepas perang Singapura di Waktu Malam pada tahun 1947. Filem berunsur komedi dan drama ini diarahkan oleh B. S. Rajhans dan menampilkan Siput Sarawak dan Bakhtiar Affendi sebagai pelakon utama. Filem ini telah ditayangkan di pawangam Alhambra di Singpura pada 15 November 1947.[1]

Pengarahan filem

Pada mulanya, mereka menggunakan orang Cina untuk menjadi pengarah dalam pembuatan filem-filem Melayu. Kemudian, mereka menggantikan pengarah Cina dengan pengarah India kerana gaya pengarahan dari mereka cenderung kepada orang Melayu. Orang Melayu juga menggemari filem-filem India kerana kedua-dua bangsa tersebut boleh dihubung kaitkan dengan plot serta budaya masing-masing. Selain itu, lagu Bollywood dan gaya tarian dalam filem Melayu bukan hanya dinikmati oleh orang Melayu bahkan kepada kebanyakan orang Cina dari Singapura. Mereka juga mempunyai beberapa barisan pengarah India yang kukuh untuk dua dekad seterusnya seperti yang dikenali dalam pengarahan filem Melayu antaranya : -

B. S. Rajhans telah meneruskan kejayaannya dengan filem-filem hit untuk empat tahun seterusnya. Antara filem tersebut termasuklah Chempaka (1947), Pisau Berachun (1948) dan Chinta (1948). Dalam filem Chinta, beliau telah memberikan watak penjahat kepada seorang pemuda yang tidak dikenali yang ditemui pada festival muzik di Bukit Mertajam. Seorang penyanyi latar belakang yang berusia 19 tahun ini telah menyediakan vokal untuk watak utama S. Roomai Noor yang pada akhirnya menjadi legenda pada zamannya. Pemuda tersebut adalah P. Ramlee.[2]

Zaman kejatuhan

Malay Film Productions Ltd. hanya bertahan untuk 20 tahun selepas penghasilan filemnya yang pertama pada tahun 1947. Faktor utama yang membawa kepada kegagalan industri filem Melayu bermula pada lewat 1960-an. Antaranya ialah kemunculan televisyen hitam dan putih sebagai hiburan alternatif. Selain itu, kemasukan filem asing yang berwarna Indonesia, Hong Kong dan Hollywood juga telah menjadi penyumbang utama kepada kejatuhan studio ini. Di samping itu, perpindahan P. Ramlee dari Jalan Ampas untuk menyertai Merdeka Film Productions telah mengurangkan peranan Singapura sebagai sebuah pusat perfileman.[1]

Studio tersebut yang terletak di Jalan Ampas telah ditutup pada tahun 1967. Semasa zaman kegemilangannya, studio ini telah menghasilkan sebanyak 159 buah filem. Filem terakhir yang dikeluarkan oleh studio tersebut ialah Raja Bersiong yang dikeluarkan pada tahun 1968 hasil arahan Jamil Sulong.[1]

Senarai filem terbitan MFP

Fail:Jalan Ampas Studios March 2015.jpg
Malay Film Productions Ltd di Jalan Ampas pada Mac 2015

Berikut merupakan senarai filem terbitan MFP yang tidak lengkap dan akan ditambah dari semasa ke semasa.[3]

Tajuk asal Tahun Pengarah Pelakon
A-Go-Go '67 1967 Omar Rojik Aziz Jaafar, Noor Azizah, Norma Zainal, Kuswadinata, S. Shamsuddin, Ibrahim Pendek
Abu Hassan Penchuri 1955 B.N. Rao P. Ramlee, Mariam Rahim, Mohd. Hamid, Nordin Ahmad, Daeng Idris, Malek Sutan Muda
Adek Ku 1956 B.N. Rao Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, Saloma, Haji Mahadi, Siti Tanjung Perak, Malik Sutan Muda, Omar Suwita, Mohd. Hamid
Ayer Mata 1953 K. M. Basker Ahmad Mahmud, Rosnani, Siti Tanjung Perak, Habibah
Aksi Kuching 1966 Omar Rojik Aziz Sattar, Zaiton Abdullah, Normadiah, M. Zain, S. Shamsuddin, Ahmad Daud
Ali Baba Bujang Lapok 1961 P. Ramlee P. Ramlee, Aziz Sattar, Normadiah, S. Shamsuddin, K. Fatimah, Ibrahim Pendek, M. Zain, Leng Hussein
Alladin 1952 B. S. Rajhans Ali Rahman, Mariam Rahim, Jaafar Shah
Aloha 1952 B. S. Rajhans Osman Gumanti, Mariam Rahim, P. Ramlee
Anak Buloh Betong 1966 S. Kadarisman Aziz Jaafar, Saadiah, Ahmad Mahmud, Rosnani, Normadiah, Haji Mahadi
Anak-ku Sazali 1956 Phani Majumdar P. Ramlee, Zaiton, Nordin Ahmad, Rosnani
Anak Pontianak 1958 Ramon A. Estella Jins Shamsuddin, Hashimah Yon, Dayang Sofia, S. Kadarisman
Anjoran Nasib 1952 B. S. Rajhans P. Ramlee, Mariam, Harun Omar, D. Harris, Saadiah, R. Azmi, Omar Rojik, Musalmah, Marliah, Saamah
Antara Dua Darjat 1960 P. Ramlee P. Ramlee, Saadiah, S. Kadarisman
Antara Senyum dan Tangis 1952 L. Krishnan P. Ramlee, Rokiah Jaafar, Musalmah, Siti Tanjong Perak, Harun Omar
Arjuna 1953 V. Girimaji Ahmad Mahmud, Rokiah Jaafar, Aziz Sattar, Aini Hayati, D. Harris, Mustarjo, Malik Sutan Muda, Raja Hamidah
Azimat 1958 Rolf Bayer Pancho Magalona, Saloma, Tita Doran, Ahmad Mahmud, Jins Shamsuddin, Salleh Kamil
Bakti 1960 L. Krishnan S. Roomai Noor, Kasma Booty, P. Ramlee, Siput Sarawak
Bapa Saya 1961 B. S. Rajhans A. R. Tompel, Neng Yatimah, Osman Gumanti, Rokiah Jaafar
Batu Belah Batu Bertangkup 1958 Jamil Sulong Aziz Jaafar, Zaiton, Neng Yatimah, Salleh Kamil, S. Kadarisman, Haji Mahadi, Rahmah Rahmat, Bat Latif, Hasnah Hassan
Filem Batu Durhaka 1962 Omar Rojik Jins Shamsuddin, Aziz Jaafar, Sarimah, S. Kadarisman, Rahmah Rahmat, Seri Dewi, Malik Sutan Muda
Belantara 1957 S. Ramanathan Nordin Ahmad, Normadiah, Salleh Kamil, S. Shamsuddin, D. Idris, A. Rahman, Musalmah
Berdosa 1951 S. Ramanathan S. Roomai Noor, Rokiah Jaafar, Siput Sarawak, Yem
Bermadu 1940-42*[nota 1] Tidak diketahui Aman Belon, Yem, Tina, Habsah
Bernoda 1956 S. Ramanathan Yusof Latiff, Normadiah, Latifah Omar, S. Kadarisman, Nordin Ahmad, Siti Tanjung Perak
Bidasari 1965 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Sarimah, S. Kadarisman, Malik Sutan Muda, Habsah, Saamah, S. Shamsuddin, H. M. Bosra, Md. Rafee, Zahara Ahmad
Budi dan Dosa 1963 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Zaiton, Hashimah Yon, Haji Mahadi, Zainon Fiji, Kuswadinata
Bujang Lapok 1957 P. Ramlee P. Ramlee, Normadiah, S. Shamssudin, Aziz Sattar, Zaiton, Dayang Sofia
Chemburu 1953 S. Ramanathan Yusof Latiff, Rosnani, Mariani, Siti Tanjong Perak, Haji Mahadi
Chempaka 1948 B. S. Rajhans Salleh Ghani, Kasma Booty, Yem, Mariani, Suhara Effendi, Jaafar Wiryo
Chinta 1948 B. S. Rajhans S. Roomai Noor, Siput Sarawak, P. Ramlee
Dahaga 1966 Omar Rojik Aziz Jaafar, Sarimah, Norma Zainal, S. Shamsuddin, Malik Sutan Muda
Dandan Setia 1959 Dhiresh Ghosh Jins Shamsuddin, Saadiah, Aziz Jaafar, Normadiah, Rahmah Rahmat
Darah Muda 1963 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Sarimah, Salleh Kamil, Mariani, S. Kadarisman
Dayang Senandong 1965 Jamil Sulong Ahmad Mahmud, Sarimah, Haji Mahadi, Salleh Kamil, Habsah, Malek Sutan Muda, Ibrahim Pendek
Derita 1952 L. Krishnan Ali Rahman, Neng Yatimah, Mariam, A. Rahim
Dewi Murni 1950 B. S. Rajhans Osman Gumanti, Kasma Booty, D. Harris, A. R. Tompel
Doktor 1958 Phani Majumdar Aziz Jaafar, Zaiton, S. Kadarisman, Haji Mahadi
Dupa Cendana 1964 Ramon A. Estella Ahmad Mahmud, Saadiah, Mariani, Aziz Jaafar, S. Kadarisman
Empat Isteri 1955 B. S. Rajhans D. Idris, Normadiah, Saloma, Latifah Omar, Mariani, A. Rahim, Salleh Kamil
Gadis Peladang 1952 B. S. Rajhans Yusof Latiff, Neng Yatimah, Maria Menado, D. Harris, Omar Rojik, Salleh Kamil, Marliah
Gelora Hidup 1954 B.N. Rao Yusof Latiff, Rosnani, Muslamah, S. Kadarismah, Nordin Ahmad
Gerak Kilat 1966 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Sarimah, Salleh Kamil, Rahmah Rahmat, Ibrahim Bachik, Shariff Dol, Omar Suwita
Gergasi 1958 Dhiresh Ghosh Aziz Jaafar, Hashimah Yon, Rokiah Jaafar, Haji Mahadi, Aziz Sattar
Gerhana 1962 Jamil Sulong Ahmad Mahmud, Zaiton, Haji Mahadi, Rahmah Rahmat, Bat Latif, Saamah, Habsah
Hancur Hati 1940-42* Tidak diketahui Ahmad C. B., Rose Philipina, Habsah, Yem, Tina
Hantu Jerangkong 1957 Tidak diketahui Aziz Jaffar, S. Kadarisman
Hantu Kubor 1958 Tidak diketahui Aziz Jaffar, Hashimah Yon
Hati Iblis 1953 Tidak diketahui Tidak diketahui
Iman 1954 Tidak diketahui Saadiah, Ahmad Mahmud
Indera Bangsawan 1961 Dhiresh Ghosh Jins Shamsuddin, Kuswadinata, Saadiah, Sarimah, Haji Mahadi
Insan 1955 Tidak diketahui Tidak diketahui
Isi Neraka 1960 Tidak diketahui Tidak diketahui
Istana Impian 1953 Tidak diketahui Tidak diketahui
Jebak Maut 1967 Tidak diketahui Tidak diketahui
Jiwa Lara 1958 Tidak diketahui Tidak diketahui
Juwita 1951 S. Ramanathan P. Ramlee, Kasma Booty, A. Rahim, Daeng Harris, Salmah Ahmad
Kacha Permata 1966 Tidak diketahui Tidak diketahui
Kaki Kuda 1958 Tidak diketahui Tidak diketahui
Kaseh Sayang 1957 Tidak diketahui Tidak diketahui
Kaseh Tanpa Sayang 1963 Tidak diketahui Aziz Jaffar, Ahmad C
Kechewa 1954 Tidak diketahui Tidak diketahui
Kembali Sa-orang 1957 Tidak diketahui Tidak diketahui
Kembar 1950 Tidak diketahui Tidak diketahui
Kipas Hikmat 1955 Tidak diketahui Tidak diketahui
Lampong Karam 1967 Tidak diketahui Tidak diketahui
Lela Manja 1960 Jamil Sulong Aziz Jaffar, Normadiah, Saleh Kamil, Shariff Dol, Bad Latiff, Habibah
Lubalang Daik 1958 Tidak diketahui Tidak diketahui
Mambang Moden 1964 Tidak diketahui Tidak diketahui
Mas Merah 1961 Tidak diketahui Tidak diketahui
Masyarakat Pinchang 1958 Tidak diketahui Tidak diketahui
Matahari 1958 Ramon A. Estella Maria Menado, Ahmad Mahmud, Salleh Kamil, Omar Rojik
Megat Terawis 1958 S. Kadarisman S. Kadarisman, Ahmad Mahmud, Salleh Kamil, Kemat Hassan
Menyerah 1956 Tidak diketahui Tidak diketahui
Mogok 1957 K. M. Basker Salleh Kamil, Omar Rojik
Neracha 1963 Dhiresh Ghosh Jins Shamsuddin, Sarimah, Murni Sarawak
Norlela 1962 Tidak diketahui Tidak diketahui
Panji Semerang 1961 Omar Rojik Saadiah, Aziz Jaafar, Normadiah, S. Kadarisman
Pancha Delima 1957 P. Ramlee Jins Shamsuddin, Hashimah Yon, Udo Omar, Aini Hayati
Pembalasan 1950 L. Krishnan S. Roomai Noor, Siput Sarawak, Rokiah Jaafar
Penchuri 1956 Tidak diketahui Tidak diketahui
Permata Di Perlimbahan 1952 Haji Mahadi Nordin Ahmad, Maria Menado, Salmah Ibrahim
Pileh Menantu 1963 Omar Rojik M. Zain, Aziz Sattar, Sarimah, Salmah Ibrahim, Ahmad Nisfu, Udo Omar, Habsah
Pusaka Pontianak 1965 Ramon A. Estella Maria Menado
Putera Bertopeng 1957 L. Krishnan Latifah Omar, Normadiah, Ahmad Mahmud, Aziz Sattar
Putera Sangkar Maut 1960 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Saadiah
Puteri Gunong Banang 1959 S.Kadarisman S. Kadarisman, Ahmad Mahmud, Kemat Hassan, Salleh Kamil, Siput Sarawak
Raja Laksamana Bentan 1959 Jamil Sulong Tidak diketahui
Rayuan Sukma 1951 Tidak diketahui P. Ramlee, S. Roomai Noor
Ribut 1956 K. M. Basker Ahmad Mahmud, Rosnani, Saadiah, Haji Mahadi
Saudagar Minyak Urat 1959 Ramon A. Estella S. Kadarisman, Normadiah, Aziz Sattar, S. Shamsuddin, Aini Jasmin, Leng Hussain
Sengsara 1953 Tidak diketahui Tidak diketahui
Si Tanggang 1961 Jamil Sulong Jins Shamsuddin, Sarimah, Normadiah, A. Rahim
Siapa Besar 1964 Omar Rojik Aziz Sattar, Udo Omar, Zaiton, Noormadiah, Habsah
Singapura Di Langgar Todak 1962 Omar Rojik Shariff Dol, S. Kadarisman, Kemat Hassan, Kuswadinata, Hashimah Yon
Siti Muslihat 1962 Dhiresh Ghosh Ahmad Mahmud, Saadiah, Shariff Dol
Sri Andalas 1966 Tidak diketahui Tidak diketahui
Sumpah Wanita 1960 Omar Rojik Tidak diketahui
Tas Tangan Wanita 1952 L. Krishnan Osman Gumanti, M. Amin, Rokiah Jaafar, A. Rahim
Taufan 1957 T. C. Santos Ahmad Mahmud, Salleh Kamil, Zaiton, Mariani, Ibrahim Pendek, Aziz Sattar
Yatim Piatu 1952 B. S. Rajhans Saadiah, Rokiah Jaafar, Harun Salleh, Yusof Latiff
Labu Labi 1961 P. Ramlee P. Ramlee, M. Zain, Udo Omar, Mariani
Nasib Si Labu Labi 1962 P. Ramlee P. Ramlee, M. Zain, Udo Omar, Mariani

Nota

  1. ^ *Kekurangan data untuk menentukan tahun keluaran secara tepat.

Rujukan

  1. ^ a b c d e f "Malay Film Productions Ltd. (1947 - 1967)". Dicapai pada 9 Disember 2012.
  2. ^ a b "Malay Film Productions". Dicapai pada 9 Disember 2012.
  3. ^ Sharifah Zinjuaher H. M. Ariffin, Hang Tuah Arshad (1980). Sejarah Filem Melayu (The History of Malay Motion Pictures). Penerbitan Sri Sharifah.