Hari Deepavali: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 3883880 oleh Msms.sankhla (Perbincangan)
Dekoelie (bincang | sumb.)
Baris 23: Baris 23:


== Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar ==
== Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar ==
*[http://www.rkalert.com/category/deepawali/ '''Deepawali - दीपावली''']

*[http://www.rkalert.com/deepawali-dewali-pujan-vidhi-katha-kahani-sms-wish-muhurat/?src=msms '''Happy Deepawali SMS Wishes Messages Shayari Funny Pictures Images HD Wallpapers Graphics Photos for Facebook Whatsapp ''']
[[Fail:DiwaliSwastika.jpg|250px|right|thumbnail|Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk [[swastika]] sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.]]
[[Fail:DiwaliSwastika.jpg|250px|right|thumbnail|Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk [[swastika]] sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.]]
Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan [[kalendar Gregorian|Gregorian]] yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat.
Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan [[kalendar Gregorian|Gregorian]] yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat.

Semakan pada 10:48, 25 Oktober 2016

Diwali/Deepavali
Juga dikenali sebagai
Terjemahan: Deretan pelita; Deepavali, Pesta Cahaya
Diraikan oleh/di
Secara keagamaan oleh penganut agam Hindu, dan Jain. Orang India lain meraikan aspek-aspek budayanya.
JenisKegamaan, India
KepentinganMeraikan kemenangan terhadap kejahatan, dan penanggalan kegelapan rohani
SambutanMenghiasi rumah dengan pelita, mercun, mengagihan gula-gula dan hadiah.
UpacaraUpacara sembahyang dan keagamaan (lihat puja, prasad)
TarikhHari anak bulan Kartika, tetapi perayaan bermula dua hari sebelumnya dan tamat dua hari selepas hari itu
Tarikh 2024date missing (please add)

Hari Deepavali (Hindi: दिपावली, Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) Tamil Nadu dan Malaysia, [1] dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Narakasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Dewa Krishnan. Sebelum mati, Raja Narakasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versi Purnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalam kalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.

Kepentingan dalam agama Hindu

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalam Ramayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:

  • Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
  • Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
  • Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukan kalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
  • Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
  • Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

Kepentingan esoterik

Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang lain.

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari segalanya (Brahman).

Lima hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.

  1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[2]
  2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
    Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?".
    Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu. Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana (penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi
  3. Lakshmi Pujae: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
  4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
  5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij; Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

  • Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada subuh.
  • Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di rumah.

Sambutan Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" atau juga dikenali sebagai "Rangoli" ini bukan sekadar hiasan sahaja, tetapi memiliki maksud sosial, kerohanian, dan simbolik padanya. Ia merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. [3], [4]

Melakar "Kolam" merupakan cara bagi wanita Tamil bagi berdoa pada Lakshmi, dewi kekayaan, kecantikan dan tuah dan merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu[5].

Rujukan

Pautan luar