Falling in Love (lagu Siti Nurhaliza): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 24: Baris 24:
| this_track = '''"Falling in Love"'''
| this_track = '''"Falling in Love"'''
| track_no = Trek 6
| track_no = Trek 6
| next_track = '''"I Cry Out"'''
| next_track = "I Cry Out"
| next_no = Trek 7
| next_no = Trek 7
}}
}}

Semakan pada 09:31, 29 Oktober 2016

"Falling in Love"
Single oleh Siti Nurhaliza
daripada album All Your Love
Dilancarkan pada9 Julai 2011
Dirakamkan padaJanuari 2011
FormatMuat turun digital[1]
GenrePop
Panjang3:00
SyarikatWhat's Up Entertainment
PenulisBryan Bouro
Christian Alexanda
PenerbitBryan Bouro
Kronologi single Siti Nurhaliza
""Amarah"
(2009)"
"Falling in Love" ""Muara Hati"
(2012)

|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:

  1. B0C4DE;" | Senarai runut All Your Love

|- | colspan="3" |

"I'll Wait Forever"
(Trek 5)
"Falling in Love"
(Trek 6)
"I Cry Out"
(Trek 7)
Siti Nurhaliza - Falling in Love (muzik video) di YouTube

"

sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Falling in Love" ialah single pertama Datuk Siti Nurhaliza dari album bahasa Inggerisnya yang pertama iaitu All Your Love. Lagu ciptaan Bryan Bouro dan lirik ditulis oleh Christian Alexanda ini telah dilancarkan dan dipromosikan pada 9 Julai 2011, di mana beliau menyanyikan lagu ini untuk salah satu konsert promosinya untuk rangkaian kosmetik dan produk kecantikannya, SimplySiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia juga dipersembahkan secara langsung sekali lagi seminggu kemudian di Anugerah Industri Muzik ke-10.

Latar belakang

Datuk Siti Nurhaliza mempunyai kerjaya 16 tahun dalam industri muzik Malaysia, bermula dengan menyertai Bintang HMI, seterusnya melancarkan kerjaya muziknya bersama Suria Records dan kini membina nama bersama syarikat miliknya, Siti Nurhaliza Productions dan syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Beliau telah merakamkan 15 album studio dengan 14 daripadanya ialah album bahasa Melayu. Pada Februari 2011, Siti mengumumkan bakal menembusi pasaran muzik antarabagsa apabila beliau akan melancarkan album bahasa Inggeris pertamanya yang memuatkan 10 lagu yang telah disiapkan pada awal tahun yang dijangka akan menjengah pasaran selewat-lewatnya pada pertengahan atau akhir 2011. Lagu “Falling in Love” telah diperkenalkan sebagai single pertama Siti untuk album bahasa Inggeris sulungnya, All Your Love yang diterbitkan oleh What’s Up? Entertainment milik anak tirinya, Adib Khalid. Ini bukanlah kali pertama Siti menyanyikan lagu Inggeris, sebelum ini, Siti juga banyak kali memerdendangkan lagu Inggeris termasuk “The Colour Of My Love” (nyanyian asal Celine Dion), “We’ll Be As One” (versi bahasa Inggeris lagu Satu Cinta Dua Jiwa) dan “Don’t Put My Heart On Hold” (versi bahasa Inggeris daripada lagu Beradu di Khayalan).

Komposisi dan lirik

Menerusi lagu yang berdurasi selama 3 minit, “Falling in Love” ialah sebuah lagu dengan temponya yang rancak dan mudah dihayati, diadun dengan pengaruh muzik Flamenco dan Eurodance. Lagu ini dicipta oleh Bryan Bouro dan lirik ditulis oleh Christian Alexanda, ia berkisarkan tentang seorang insan yang jatuh cinta dengan seseorang yang dicintainya.

Muzik video

Muzik video “Falling in Love” telah dirakamkan selama 5 jam pada 12 September 2011, di sekitar ruang masuk ke Pavilion Kuala Lumpur.[2] Muzik video ini diarahkan oleh Khairul Azmi dengan konsep flash mob yang mengambil seramai 200 penari yang kebanyakannya ialah pemninat-peminatnya. [2] Muzik video Falling In Love telah disiarkan pada 13 Oktober 2011 di laman web rasmi MTV Asia.[3] Konsep sama juga digunakan oleh kumpulan Wonder Girls untuk muzik video lagu “Like This”.

Sinopsis

Muzik video dimulakan dengan Siti berdiri di pintu ruang masuk pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur dan beliau kemudiannya melangkah keluar dari ruang legar, diiringi oleh dua lelaki dan seterusnya oleh orang ramai yang mengiringinya keluar sehingga ke perkarangan pusat beli-belah itu dan menari bersamanya. Seterusnya, ketika menyanyikan korus, Siti dan orang ramai menari bersamanya. Pada adegan seterusnya, Siti berjalan sambil membalas lambaian peminatnya. Seterusnya, beliau diiringi oleh peminat-peminatnya dan menari bersamanya. Siti kemudiannya menuju ke perkarangan Pavilion yang mana bendera Malaysia kelihatan dan beliau menerima solekan dari peminatnya, serta bersalaman dengan salah seorang peminatnya sambil bergambar bersama dan Siti bersama ribuan peminatnya menari sehingga ke penghujung muzik video. Pada penghujungnya, semua orang, termasuk Siti sendiri bersurai sebaik sahaja lagu tamat.

Koreografi

Koreografi untuk muzik video ini dikendalikan oleh Boojae Fadzil. [2]

Persembahan secara langsung

Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid dan anak tirinya, Adib Khalid pada majlis pelancaran album All Your Love.

Falling In Love telah dipersembahkan [4] dalam salah satu konsert promosi beliau untuk SimplySiti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 9 Julai 2011. [5] Seminggu kemudian, beliau membuat persembahan kepada penonton dari Malaysia, Singapura dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik ke-10. [6] Beliau kemudian mempersembahkan lagu ini untuk kali ketiga dalam program televisyen Aidilfitri bertemakan sendiri, Gegar Raya Kampung Pening Lalat, pada 2 September 2011. [7] Beliau juga menyanyikan "Falling in Love" secara langsung semasa Countdown Singapura 2012 di Marina Bay, Singapura pada 31 Disember 2011 [8]

Untuk mempromosikan All Your Love, Siti turut menyanyikan Falling in Love secara langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini di TV3, Bella di ntv7 dan Hello on Two di RTM TV2.

Versi lagu saduran

Falling in Love telah dinyanyikan dalam versi muzik rock oleh kumpulan Bunkface dan ia dimuatkan dalam album kompilasi ‘Baik Punya’ terbitan Indigital Sdn. Bhd. Lagu ini dipersembahkan secara langsung oleh mereka semasa persembahan mereka di Anugerah Blokbuster.[9] Siti Nurhaliza sendiri turut mendengar lagu Falling in Love versi rock oleh kumpulan ini.

Berbeza dengan versi asal nyanyian penyanyi nombor satu negara itu, Bunkface berjaya memberikan nafas baru kepada lagu ini malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka seperti membawakan lagu ciptaan sendiri.[9]

Kredit

Kredit diperoleh daripada sisipan buku kecil album All Your Love[10]

  • Siti Nurhaliza - vokal
  • Christian Alexanda - komposer
  • Bryan Bouro - penulis lirik
  • Bryan Bouro, Christian Alexanda - penerbit

Anugerah

Intuned Music Awards

Tahun Penerima/Karya tercalon Kategori Keputusan
2011 Falling in Love Muzik Video Terbaik Menang

Format runut

  • Muat turun digital[1]
  1. Falling in Love – 3:00

Radio dan tarikh terbitan

Negara Tarikh Format Label
Malaysia 9 Julai 2011 Diputarkan di radio Siti Nurhaliza Productions, Universal Music Group (Malaysia)
Muat turun digital[1]

Rujukan

  1. ^ a b c "Siti Nurhaliza All Your Love". iTunes (U.S.). Apple Inc. Dicapai pada 22 April 2012.
  2. ^ a b c Flashmob Dalam Klip Video Falling In Love Siti Muzaffar Mustafa. Gua.com.my. (13 September 2011). Diperoleh pada 18 Mac 2012.
  3. ^ Siti Nurhaliza MTV Asia Staff. MTV Asia. 18 Mac 2012.
  4. ^ Mohd. Rasdan Ahmad (24 July 2011). "Kerjasama dengan anak tiri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 September 2011.
  5. ^ Zubir Mohd Yunus (7 August 2011). "All Your Love Siti bakal jengah Eropah". Berita Minggu. Dicapai pada 21 September 2011.
  6. ^ Syafiqah Jalal (16 July 2011). "APM 2011: Kali Terakhir Buat Siti Nurhaliza Sertai?". Murai.com.my. Dicapai pada 21 September 2011.
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari (28 August 2011). "Jenaka raya". Metro Ahad. Dicapai pada 24 September 2011.
  8. ^ William Tan (27 December 2011). "Similarities of Singapore Wishing Sphere & Taiwan Sky Lantern". Marinabaycountdown.sg. Dicapai pada 9 March 2012.
  9. ^ a b Falling In Love versi Bunkface Media Hiburan. 8 Mei 2013.
  10. ^ All Your Love (liner notes). Siti Nurhaliza. What's Up Entertainment. 2011.CS1 maint: others (link)

Pautan luar