Moliere: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zumalabe (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
EmausBot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:Q687
Baris 32: Baris 32:


[[Kategori:Penulis drama Perancis]]
[[Kategori:Penulis drama Perancis]]



[[ml:മോള്യേര്‍]]

Semakan pada 11:05, 1 November 2016

Molière, 1658.

Jean-Baptiste Poquelin, lebih dikenali sebagai Molière (15 Januari 162217 Februari 1673), ialah seorang penulis drama, pengarah teater, serta pelakon Perancis. Beliau merupakan salah satu penulis satira komedi yang terunggul.


Kehidupan

Kehidupan awal

Dilahirkan kepada seorang artisan dan pembuat upholsteri perabot, ibunya meninggal dunia ketika Poquelin masih kanak-kanak. Beliau menyertai Collège de Clermont Jesuit dan terdapat banyak cerita tentang masanya di kolej itu: cerita-cerita itu mengatakan bahawa ayahnya suka sangat mendesak, beliau bertemu dengan Putera dari Conti, serta beliau adalah murid kepada ahli falsafah Pierre Gassendi, tetapi kesemua ini kelihatan tidak berasas. Bagaimanapun, adalah pasti bahawa Poquelin merupakan kawan rapat kepada abbé (ketua paderi) La Mothe Le Vayer (anak lelaki kepada François de La Mothe-Le-Vayer), semasa abbé itu menyunting karya-karya ayahnya. Telah dicadangkan bahawa Poquelin mungkin dipengaruhi oleh karya-karya ayahnya itu. Antara karya-karyanya yang sulung ialah sebuah terjemahan (kini hilang) untuk karya Lucretius, ahli falsafah Rom, yang berjudul Mengenai Sifat Benda-benda.

Ketika Poquelin berumur 18 tahun, ayahnya mewarisi gelaran Tapissier du Roi, serta jawatan berkait, iaitu valet de chambre, kepadanya dan ini menyebabkannya kerap kali berhubungan dengan Raja Louis XIV. Terdapat tuntutan bahawa Poquelin mendapat ijazah dalam undang-undang di Orleans pada tahun 1642, tetapi terdapat setakat kesangsian tentang perkara ini.

Ketibaan di Paris

Pada Jun 1643, bersama-sama dengan kekasihnya, Madeleine Béjart, serta dua orang adik-beradik Madeleine, Poquelin mengasaskan sebuah troupe (syarikat teater) yang bernama L'Illustre Théâtre. Malangnya, syarikat itu jatuh bankrap pada tahun 1645. Adalah pada masa ini bahawa Poquelin bermula menggunakan nama samaran Molière, kemungkinannya diilhami oleh sebuah desa kecil dengan nama yang sama di Perancis Selatan, berhampiran dengan Le Vigan. Adalah mungkin juga bahawa beliau menukarkan namanya untuk melepaskan ayahnya daripada menanggung rasa malu kerana mempunyai seorang pelakon sebagai ahli keluarganya. Kegagalan syarikat itu menyebabkan Molière dipenjarakan selama beberapa minggu, akibat hutangnya.

Molière dibebaskan atas bantuan ayahnya, dan kemudian bertolak dengan Madeleine untuk kunjungan desa-desa sebagai pelakon komedi kembara. Cara hidup ini berlangsung selama empat belas tahun. Pada mula-mulanya, beliau berlakon untuk syarikat-syarikat Charles Dufresne tetapi kemudian, menubuhkan syarikat sendiri. Semasa perjalanan-perjalanannya, beliau bertemu dengan gabenor Languedoc, Putera Conti, yang menjadi penaungnya. Molière menamakan syarikatnya sempena penaungnya ini. Bagaimanapun, persahabatan itu tamat kemudian, ketika Conti bergabung dengan musuh-musuh Molière dalam Parti des Dévots.

Molière tiba di Paris pada tahun 1658 dan mempersembahkan tragedi Nicomède dan farsa Le docteur amoureux (Jatuh Cinta Doktor) dengan setakat kejayaan di Louvre (ketika itu disewa untuk teater). Beliau dianugerahkan dengan gelaran Troupe de Monsieur (Monsieur ialah adik lelaki kepada Raja Perancis) dan dengan bantuan Monsieur, menggabungkan syarikatnya dengan Commedia dell'arte, sebuah syarikat Itali yang termasyhur. Syarikat baru itu dinamakan Petit-Bourbon. Molière memantapkan kedudukannya dalam teater mereka itu dan pada 18 November 1659, beliau berlakon dalam pertunjukan perdana Les Précieuses Ridicules (Wanita-wanita Muda yang Mengada-ada), salah satu mahakaryanya.

Les Précieuses Ridicules merupakan percubaan Molière yang sulung untuk mentertawai sesetengah gaya, tabiat dan kepura-puraan yang biasa berlaku di Perancis pada masa itu. Beliau mencipta frasa castigat ridendo mores, iaitu satira "mengkritik adat resam melalui kelucuan", yang kekadang disalah anggap sebagai sepatah peribahasa bahasa Latin. Kejayaan sulungnya tidak lama kemudian menjadi tumpuan perdebatan kesusasteraan yang meluas tentang gaya dan kandungan karyanya itu.

Pautan luar

Wikisource
Wikisource