Ujian Pencapaian Sekolah Rendah: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 20: Baris 20:
| Bahasa Melayu
| Bahasa Melayu
| Bahasa Melayu (Malaysia)
| Bahasa Melayu (Malaysia)
| Pemahaman
| Objektif
| Penulisan
| Penulisan
|-
|-
| Bahasa Inggeris
| Bahasa Inggeris
| Bahasa Inggeris (English UK)
| Bahasa Inggeris (English UK)
| Pemahaman (Section A dan B)
| Objektif
| Penulisan
| Penulisan
|-
|-
|Sains
| Sains
| Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
| Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
| Objektif
| Objektif
Baris 37: Baris 37:
| Objektif
| Objektif
| Subjektif
| Subjektif
|-
| Bahasa Cina (SJKC)
| Bahasa Mandarin
| Pemahaman
| Penulisan
|-
| Bahasa Tamil (SJKT)
| Bahasa Tamil
| Pemahaman
| Penulisan
|}
|}



Semakan pada 11:27, 17 November 2016

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR, dahulunya Ujian Penilaian Sekolah Rendah) merupakan program pengujian untuk menilai pencapaian kognitif pelajar di akhir sekolah rendah di Malaysia dan diambil oleh pelajar-pelajar di akhir Tahun Enam pendidikan rendah.

UPSR diperkenalkan pada tahun 1987 bagi menggantikan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 1995, format Matematik diubah dengan memperkenalkan soalan subjektif. Pada tahun 2001, penilaian termasuk kerja sekolah calon. Pada tahun yang sama, subjek Sains telah diperkenalkan di dalam kertas peperiksaan UPSR, juga melibatkan amali Sains. Dan pada tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas berasingan, iaitu kertas Pemahaman (terdapat 2 bahagian, Section A (objektif) dan B (subjektif)) dan kertas Penulisan. Calon yang mengambil UPSR pada 2016 ialah kohort murid pertama yang mengaplikasi KSSR dan juga sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).

Ini menjadikan keputusan lulus penuh UPSR adalah 4A/6A (tambahan 2 kertas Pemahaman dan Penulisan untuk sekolah SJKC dan SJKT) (1988-2001), 5A/7A (2001-2015), dan 6A/8A (2016).

Pada awalnya, PBS dijangka akan digunapakai melibatkan 40% markah perolehan murid (bermula dari 2011, ketika murid-murid berada di Tahun 1, dan sehingga Tahun 6) dalam penilaian di sekolah, dan 60% adalah dari kertas peperiksaan UPSR itu sendiri. Namun pada saat akhir, pada 2016, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan bahawa keputusan UPSR adalah 100% dari kertas peperiksaan, sekaligus menidakkan penilaian PBS yang telah dibuat selama 6 tahun bermula pada 2011.

Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian pelajar sekolah rendah dalam kemahiran asas mereka di dalam Sains dan Matematik dan juga bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. UPSR dijalankan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Subjek Wajib

Subjek Bahasa Dalam Peperiksaan Kertas 1 Kertas 2
Bahasa Melayu Bahasa Melayu (Malaysia) Pemahaman Penulisan
Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris (English UK) Pemahaman (Section A dan B) Penulisan
Sains Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Objektif Subjektif
Matematik Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu Objektif Subjektif
Bahasa Cina (SJKC) Bahasa Mandarin Pemahaman Penulisan
Bahasa Tamil (SJKT) Bahasa Tamil Pemahaman Penulisan

Mungkin dimansuh

Pada 20 Jun 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia yang diwakili oleh menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya. PMR dan UPSR mungkin dijadikan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.[1]

Lihat Pula

Rujukan