Rohani Abdul Karim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mohd iqbal (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 29: Baris 29:
| primeminister3 = [[Abdullah Ahmad Badawi]]
| primeminister3 = [[Abdullah Ahmad Badawi]]
| predecessor3 = Khamsiyah binti Yeop
| predecessor3 = Khamsiyah binti Yeop
| successor3 = Wira Johari Baharom
| successor3 = [[Johari Baharom]]
| constituency_MP4 = P201 Batang Lupar
| constituency_MP4 = P201 Batang Lupar
| term_start4 = 5 Mei 2013
| term_start4 = 5 Mei 2013

Semakan pada 02:46, 30 November 2016

Yang Berhormat Datuk

Hajah Rohani binti Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – kini
Didahului olehDatuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak (pemangku)
Perdana MenteriNajib Razak
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Dalam jawatan
9 April 2009 – 1 April 2013
Perdana MenteriNajib Razak
Didahului olehTan Lian Hoe
Digantikan olehAhmad Bashah Md Hanipah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Dalam jawatan
19 Mac 2008 – 3 April 2009
Perdana MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Didahului olehKhamsiyah binti Yeop
Digantikan olehJohari Baharom
Anggota Parlimen
untuk P201 Batang Lupar
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – kini
Majoriti10,964 (PRU-13)
Butiran peribadi
Lahir3 Januari 1955
Sri Aman, Sarawak
Parti politik Barisan Nasional
Tinggi310px
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

Datuk Rohani Abdul Karim merupakan seorang ahli politik Malaysia. Pada masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Batang Lupar di Sarawak, mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Barisan Nasional. Beliau merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013 di Wisma Putra. Beliau turut menyertai jemaah menteri baru dalam majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara pada 16 Mei 2013.

Sebelum ini, beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013).

Beliau merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh,iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.

Kehidupan awal

Dato' Rohani Abdul Karim dilahirkan pada tanggal 3 Januari 1955 di Simanggang (kini dikenali sebagai Sri Aman), Sarawak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu. Beliau telah meneruskan pendidikan atasan di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang perusahaan agro. Beliau kemudiannya kembali melanjutkan pengajian beliau sehingga memperolehi Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Ohio University, Athens, Amerika Syarikat. Beliau mempunyai tiga orang cahaya mata.

Rohani Abdul Karim (tengah) bersama dengan timbalan beliau, Azizah (kanan) serta Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur selaku Ketua Sekretari (kiri) di pejabat rasmi Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat

Penglibatan di dalam politik

Menjadi Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet

Pada pilihan raya umum 1990, YB. Dato' Rohani telah dipilih sebagai calon dan telah memenangi kerusi Parlimen Santubong.

Pada pilihan raya umum 1994 dan 1999, beliau masih mampu untuk mempertahan Kerusi Parlimen Santubong. Pada pilihan raya umum 2004 pula, beliau telah bertukar kawasan bertanding ke Batang Lupar,Sri Aman Sarawak, iaitu tempat beliau dilahirkan, dan menang tanpa bertanding.

Sekali lagi beliau berjaya memenangi kerusi parlimen Batang Lupar menentang wakil dari parti PAS pada pilihan raya umum 2008 dengan 70 peratus undi memihak kepada beliau. Kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani oleh Perdana Menteri ke-5 Malaysia, iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 9 April 2009, Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baharu saja memegang pucuk pimpinan negara ketika itu telah mengamanahkan beliau untuk mengambil alih tugas Tan Lian Hoe selaku Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pada 15 Mei 2013,beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau memulakan tugas rasmi sebagai Menteri pada 17 Mei 2013.

Ahli Parlimen Batang Lupar

Beliau terkenal dengan personaliti mesra rakyat di kawasan Batang Lupar. Walaupun sentiasa berada di Semenanjung Malaysia demi melaksanakan tugas beliau sebagai Timbalan Menteri sebelum ini, namun itu tidak memberikan alasan kepada beliau untuk sentiasa menziarah rakyat - rakyat di kawasan Batang Lupar. Beliau juga seorang yang mesra IT kerana sering mengemaskini laman twitter[1] serta laman facebook[2].


Keputusan Pilihanraya

Parliament of Malaysia: Santubong, Sarawak[3]
Year Barisan Nasional Undi % Pembangkang Undi %
1990 Rohani Abdul Karim (PBB) 10,200 77% Wan Zainal Abidin Wan Sanusi (PERMAS) 2,832 21%
1995 Rohani Abdul Karim (PBB) 11,702 83% Paruwadi Musa (Bebas) 1,791 13%
1999 Rohani Abdul Karim (PBB) 7,955 56% Hussaini Hamdan (PKR) 6,060 43%
Parliament of Malaysia: Batang Lupar, Sarawak[3]
Tahun Barisan Nasional Undi % Pembangkang Undi % Bebas Undi %
2004 Rohani Abdul Karim (PBB) Menang tanpa bertanding
2008 Rohani Abdul Karim (PBB) 11,015 77% Abang Eddy Allyanni (PAS) 2,923 20% Ali Semsu (Bebas) 250 2%
2013 Rohani Abdul Karim (PBB) 15,625 75% Abang Zulkifli bin Abang Engkeh (PKR) 4,661 23%

Pilihan raya Malaysia 2013

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Rohani Binti Abdul Karim bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Batang Lupar , negeri Sarawak. Rohani Binti Abdul Karim telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15, 625.

Calon lawan ialah Abang Zulkifli bin Abang Engkeh dari Parti Keadilan Rakyat Pakatan Rakyat yang hanya mendapat 4, 661 undi - Kalah.

Rujukan

  1. ^ "Rohani Abdul Karim Official Twitter". Dicapai pada 17 Mei 2013.
  2. ^ "Rohani Abdul Karim official facebook". Dicapai pada 17 Mei 2013.
  3. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 13 April 2010. Percentage figures based on total turnout.

Lihat juga