Ismail Hutson: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 1 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q6084735
Baris 19: Baris 19:
* Tujuh Biang Keladi (1984)
* Tujuh Biang Keladi (1984)
* Dayang Suhana (1978)
* Dayang Suhana (1978)
* Romeo & Juliet (2011)


== Rujukan ==
== Rujukan ==

Semakan pada 06:04, 30 November 2016

Dato' Ismail Bin Hj Omar atau lebih dikenali sebagai Ismail Hutson merupakan seorang pelakon filem Melayu di Malaysia. Dato' Ismail Bin Haji Omar dilahirkan di Selangor. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia yang sering berusaha untuk memulihkan imej Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

Beliau dianugerahkan pingat DPMS, KMN , PJK dan JP daripada kerajaan.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia

Selaku Presiden , beliau berjuang memperjuangkan lokasi Zoo Negara agar tidak dipindahkan ke lokasi lain.Usaha mendapatkan geran tapak Zoo Negara telah diusahakan sejak 40 tahun lalu tetapi masih tidak berhasil. Luas Zoo Negara itu hanya 48.5 hektar. Sebenarnya tapak itu dimiliki oleh syarikat HSBC (Malaysia) Trustee Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia dan kerajaan negeri Selangor. Zoo Negara perlu dikekalkan kerana ia cetusan Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman. [1] Geran tanah masih tidak diperolehi kerana nilai tanah di situ begitu tinggi. Perjanjian kerjasama telah diadakan pada 9 Disember 1977.

Perfileman

Beliau terlibat dalam dunia lakonan lebih 20 tahun , sejak 1970-an. Filem terakhirnya ialah Mr Cinderella (2003) yang dibintangi oleh Yusry Abdul Halim dan Erra Fazira. Filem lain ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986) dan Dayang Suhana (1978).[2] Beliau adalah Presiden Persatuan Artis Veteran yang memperjuangkan nasib dan kebajikan artis tempatan .

Meninggal dunia

Ismail Hutson meninggal dunia pada 21 Julai 2012 di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pada usia 73 tahun. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, Seksyen 9. Isteri keduanya, Hafidzah Khasbullah memaklumkan bahawa Ismail Hutson demam panas yang agak teruk dan komplikasi penyakit jantung dan dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikan. Isteri pertamanya Zaiton Osman mempunyai 7 orang anak.[3] Mereka menetap di Taman Nusa Subang Bistari, Shah Alam.

Filem lakonan

  • Mr. Cinderella 2 (2003)
  • Layar Lara (1997)
  • Cinta Kita (1995)
  • Hantu Siang (1986)
  • Tujuh Biang Keladi (1984)
  • Dayang Suhana (1978)
  • Romeo & Juliet (2011)

Rujukan