Thailand: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 16: Baris 16:
|leader_title2 = [[Perdana Menteri]]
|leader_title2 = [[Perdana Menteri]]
|leader_title3 =
|leader_title3 =
|leader_name1 = [[Prem Tinsulanonda]] <br><small>(Pemangku Raja)</small>
|leader_name1 = [[Maha Vajiralongkorn]]
|leader_name2 = [[Prayuth Chan-ocha]]
|leader_name2 = [[Prayuth Chan-ocha]]
|leader_name3 =
|leader_name3 =

Semakan pada 13:31, 2 Disember 2016

Kerajaan Negara Thai
كراجان نڬارا تاي
Kingdom of Thailand
ราชอาณาจักรไทย
Ratcha Anachak Thai
Bendera Thailand
Jata Thailand
Bendera Jata
Lagu kebangsaanLagu Kebangsaan Negara Thai (Phleng Chat Thai) (Instrumental)
Lagu dirajaSansoen Phra Barami
Lagu Diraja Thai (Instrumental)
Lokasi Thailand
Ibu negaraBangkok (Krung Thep)
Bandar terbesarBangkok
Bahasa rasmiBahasa Thai
KerajaanRaja Berperlembagaan
• Raja
Maha Vajiralongkorn
Prayuth Chan-ocha
Kemerdekaan
1238–1368
1350–1767
1767 ke 7 April 1782
7 April 1782
Keluasan
• Jumlah
513,115 km2 (198,115 bt2) (ke-49)
• Perairan (%)
0.4
Populasi
• Perkiraan Julai 2006
64,631, 5951 (19)
• Bancian Penduduk 2000
60,916,441
KDNK (PPP)2005
• Jumlah
$560.7 bilion (21)
$8,300 (69)
HDI (2004)0.784
tinggi · ke-72
Mata wangBaht (฿)
(THB)
Zon waktu()
• Musim panas (DST)
UTC+7
Kod panggilan66
Kod ISO 3166TH
DPT internet.th
1Anggaran bagi negara ini dengan jelas mengambil kira kadar kematian disebabkan oleh AIDS; ini boleh mengakibatkan turunnya jangka hayat, dan meningkatnya kadar kematian, kadar pertumbuhan lebih rendah, dan pertukaran dalam taburan penduduk dari segi umur dan seks.
2 Berdasarkan Julai 2005.

Kerajaan Negara Thai atau nama rasminya Prathēt Thai ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang bersempadankan Laos dan Kemboja di timur, Malaysia dan Teluk Siam di selatan, dan Myanmar dan Laut Andaman di barat. Negara Thai dahulunya dikenali sebagai Siam sehinggalah 11 Mei 1949. Perkataan Thai (ไทย) bermaksud "bebas" dalam bahasa Thai. Nama Siam masih digunakan di kalangan orang Thai terutama sekali minoriti Cina.

Thailand merupakan negara yang ke-51 terbesar di dunia di dalam bentuk jumlah keluasan, anggarannya kira-kira sama besar dengan negara Sepanyol, dengan anggaran keluarsan 513,000 km2 (198,000 batu per.), dan ke-20 negara di dunia paling banyak penduduk, dengan anggaran 63 juta orang. Lebih kurang 75% daripada populasi adalah dari kaum Thai, 14% daripadanya adalah berketurunan Cina, dan 3% daripadanya adalah dari orang Melayu Thai;[1] dan selebihnya adalah daripada kumpulan minoriti termasuklah orang Mon, orang Khmer dan pelbagai kaum orang asli . Bahasa rasmi negara ini adalah bahasa Thai. Lebih kurang 95% daripada populasi adalah orang-orang beragama Buddha.

Sejarah

Semenjak pembaharuan politik dari negara raja mutlak pada tahun 1932, Thailand telah mengalami 17 perlembagaan dan piagam.[2][3] Selama ini, bentuk kerajaan sering berubah-ubah dari diktator tentera ke demokrasi berpilihan raya, namun semua kerajaan ini mengiktiraf raja turun-temurun sebagai ketua negara.[4][5]

1997 hingga 2006

Perlembagaan 1997 adalah perlembagaan pertama yang digubal oleh Perhimpunan Mendraf Perlembagaan yang dipilih orang ramai, maka itu digelarnya "Perlembagaan Rakyat".[6]

Perlembagaan 1997 mewujudkan satu perundangan dwidewan yang terdiri daripada Dewan Rakyat (สภาผู้แทนราษฎร, Sapha Phutan Ratsadon) 500 kerusi dan Senat (วุฒิสภา, Wuthisapha) 200 kerusi. Buat julung kalinya dalam sejarah Thai, kedua-dua dewan ini dipilih melalui undian orang ramai. Banyak hak asasi manusia yang diakui dengan jelas sekali, dan langkah-langkah diambil untuk meningkatkan kestabilan kerajaan terpilih. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih melalui sistem first-past-the-post, iaitu hanya seorang calon dengan majoriti mudah boleh dipilih dalam satu kawasan undian. Ahli-ahlu Senat pula dipilih berdeasarkan sistem wilayah, iaitu satu wilayah boleh memberikan lebih daripada seorang Senator bergantung kepada bilangan penduduknya. Ahil-ahli Dewan Rakyat berkhidmat dalam penggal empat tahun, smeentara ahli Senat pula penggal enam tahun.

Sistem mahkamah (ศาล, saan) merangkumi sebuah mahkamah perlembagaan yang bidang kuasanya meliputi keperlembagaan akta-akta parlimen, titah diraja, dan hal-hal politik.

Pilihan raya umum Januari 2001, iaitu pilihan raya pertama di bawah Perlembagaan 1997, disifatkan sebagai pilihan raya yang paling terbuka dan paling bebas rasuah dalam sejarah Thai.[7] Kerajaan yang terpilih pula ialah kerajaaan pertama dalam sejarah Thai yang melengkapkan penggal empat tahun. Pilihan raya 2005 menyaksikan kehadiran pengundi tertinggi dalam sejarah Thai dan diingati kerana pengurangan pembelian undi yang nyata berbanding pilihan raya sebelumnya.[8][9][10]

Pada tahun 2006, tekanan besar yang timbul daripada tuduhan-tuduhan rasuah menyebabkan Thaksin Shinawatra mengadakan pilihan raya kilat. Pihak pembangkang memulaukan pilihan raya ini maka Thaksin dipilih semula. Tekanan masih semakin banyak, hingga menyebabkan rampasan kuasa oleh tentera pada 19 September 2006.

Selepas rampasan kuasa 2006

Dengan sokongan padu rakyat, sebuah junta tentera menggulingkan kerajaan Thaksin Shinawatra pada 19 September 2006. Junta ini memansuhkan perlembagaan, membubarkan Parlimen dan Mahkamah Perlembagaan, menahan dan kemudian memecat beberapa ahli kerajaan, mengisytiharkan pemerintahan tentera, dan melantik seorang ahli Majlis Rahsia Raja, Jeneral Surayud Chulanont, sebagai Perdana Menteri. Junta ini kemudian menulis satu perlembagaan sementara yang amat singkat dan melantik sebarisan panel untuk menggubal satu perlembagaan yang kekal. Junta juga melantik sebuah perundangan 250 ahli, yang dikritik sebagai "bilik jeneral-jeneral" dan ketiadaan wakil-wakil daripada majoriti yang miskin.[11][12] Dalam rang perlembagaan sementara ini, ketua junta dibenarkan melucut jawatan Perdana Menteri bila-bila masa. Perundangan tidak dibenarkan mengadakan undian percaya menentang Kabinet dan orang awam dilarang memfailkan koman pada rang undang-undang.[13] Perlembagaan sementara ini kemudian disusuli perlembagaan tetap pada 24 Ogos 2007.

Pemerintahan tentera ditarik barik separa pada Januari 2007. Junta masih menapis media dan dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia.

Larangan kegiatan politik ditarik balik pada Julai 2007,[14] berikutan pembubaran parti Thai Rak Thai pada 30 Mei. Perlembagaan baru telah diluluskan melalui pungutan suara pada 19 Ogos, yang bakal memulihkan pilihan raya demokratik pada 23 Disember 2007.

Thailand masih kekal sebagai ahli aktif ASEAN.

Politik

Provinsi

Thailand dibahagikan kepada 75 provinsi (changwat), di mana ia dibahagikan kepada 5 kumpulan. Terdapat juga dua daerah khas, termasuklah Bangkok. Segelintir orang Thai masih menganggap Bangkok sebagai satu provinsi tersendiri.

Setiap provinsi pula dibahagikan kepada daerah-daerah yang kecil. Sehingga tahun 2000, Thailand mempunyai 796 daerah, 80 sub-daerah, dan 50 daerah Bangkok (khet). 75 provinsi adalah seperti berikut:

Utara

Chiang Mai, Chiang Rai, Kamphaeng Phet, Lampang, Lamphun, Mae Hong Son, Nakhon Sawan, Nan, Phayao, Phetchabun, Phichit, Phitsanulok, Phrae, Sukhothai, Tak, Uthai Thani, Uttaradit

Timur Laut

Amnat Charoen, Buriram, Chaiyaphum, Kalasin, Khon Kaen, Loei, Maha Sarakham, Mukdahan, Nakhon Phanom, Nakhon Ratchasima, Nongbua Lamphu, Nong Khai, Roi Et, Sakhon Nakhon, Sisaket, Surin, Ubon Ratchathani, Udon Thani, Yasothon.

Timur

Chanthaburi, Chonburi, Prachinburi, Rayong, Sa Kaeo, Trat

Tengah

Ang Thong, Ayutthaya, Chachoengsao, Chainat, Kanchanaburi, Lopburi, Nakhon Nayok, Nakhon Pathom, Nonthaburi, Pathum Thani, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan, Ratchaburi, Samut Prakan, Samut Sakhon, Samut Songkhram, Saraburi, Sing Buri, Suphan Buri

Selatan

Chumphon, Krabi, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Pattani, Phang Nga, Phattalung, Phuket, Ranong, Satun, Songkhla, Surat Thani, Trang, Yala

Kerajaan Daerah Khas

Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Mueang Pattaya (Pattaya)

Geografi

Sebuah air terjun di Sai Yok National Park.

Pada 513,000 km², Thailand adalah negara yang ke ke-49 terbesar didunia. Saiz negara Thai boleh disamakan dengan negara Sepanyol, dan dikatakan lebih besar dari negeri California, Amerika Syarikat.

Ekonomi

Demografi

Majoriti penduduk Thailand ialah etnik Thai dan Laos yang beragama Buddha.

Manakala di 4 wilayah di selatan Thailand, majoriti penduduknya adalah Melayu Muslim.

Budaya

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ CIA World Factbook Thailand, CIA World Factbook.
  2. ^ The Council of State, Constitutions of Thailand. Senarai ini ada 2 kesilapan: perlembagaan ke-6 diisytiharkan pada tahun 1912 (sebetulnya 1952); perlembagaan ke-11 diisytiharkan pada tahun 1976 (sebetulnya 1974).
  3. ^ Thanet Aphornsuvan, The Search for Order: Constitutions and Human Rights in Thai Political HistoryPDF (152 KiB), 2001 Symposium: Constitutions and Human Rights in a Global Age: An Asia Pacific perspective
  4. ^ A list of previous coups in Thailand
  5. ^ A list of recent coups in Thailand's history
  6. ^ Kittipong Kittayarak, The Thai Constitution of 1997 and its Implication on Criminal Justice ReformPDF (221 KiB)
  7. ^ Robert B. Albritton and Thawilwadee Bureekul, Developing Democracy under a New Constitution in ThailandPDF (319 KiB), National Taiwan University and Academia Sinica Asian Barometer Project Office Working Paper Series No. 28, 2004
  8. ^ Pongsudhirak Thitinan, "Victory places Thaksin at crossroads", Bangkok Post, 9 Februari 2005
  9. ^ "Unprecedented 72% turnout for latest poll". The Nation. 10 Februari 2005.
  10. ^ Aurel Croissant and Daniel J. Pojar, Jr., Quo Vadis Thailand? Thai Politics after the 2005 Parliamentary Election, Strategic Insights, Volume IV, Issue 6 (Jun 2005)
  11. ^ The Nation, NLA 'doesn't represent' all of the people, 14 Oktober 2006
  12. ^ The Nation, Assembly will not play a major role, 14 Oktober 2006
  13. ^ The Nation, Interim charter draft, 27 September 2006
  14. ^ "Ban on political activities lifted". The Nation. 18 July 2007.