Maha Vajiralongkorn: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Dekoelie (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 30: Baris 30:
{{Politik Thailand|Thai Garuda emblem.jpg}}
{{Politik Thailand|Thai Garuda emblem.jpg}}


'''Maha Vajiralongkorn''', lahir pada [[28 Julai]] [[1952]], ialah [Raja Thailand]] sejak 13 Oktober 2016. Sebagai raja ke-10 dalam [[Dinasti Chakri]], baginda digelar sebagai '''Rama X'''.
'''Maha Vajiralongkorn''', lahir pada [[28 Julai]] [[1952]], ialah [[Raja Thailand]] sejak 13 Oktober 2016. Sebagai raja ke-10 dalam [[Dinasti Chakri]], baginda digelar sebagai '''Rama X'''.


Pada usia 20 tahun, Vajiralongkorn telah menandatangani surat penerimaan warisan takhta. Maha Vajiralongkorn telah menamatkan pengajian di [[Kolej Tentera Diraja Duntroon]] , [[Canberra]], [[Australia]] . Baginda juga mendapat latihan ketenteraan di [[Amerika Syarikat]], [[United Kingdom]] dan [[Australia]].
Pada usia 20 tahun, Vajiralongkorn telah menandatangani surat penerimaan warisan takhta. Maha Vajiralongkorn telah menamatkan pengajian di [[Kolej Tentera Diraja Duntroon]] , [[Canberra]], [[Australia]] . Baginda juga mendapat latihan ketenteraan di [[Amerika Syarikat]], [[United Kingdom]] dan [[Australia]].
Baris 38: Baris 38:
Semasa tahun 1970-an, baginda turut terlibat dalam menentang kebangkitan [[pengganas komunis]] yang dicetuskan oleh [[Parti Komunis Thailand]] di sempadan [[Thailand]]-[[Kemboja]] yang ketika itu dikuasai oleh [[rejim]] [[Khmer Rouge]].
Semasa tahun 1970-an, baginda turut terlibat dalam menentang kebangkitan [[pengganas komunis]] yang dicetuskan oleh [[Parti Komunis Thailand]] di sempadan [[Thailand]]-[[Kemboja]] yang ketika itu dikuasai oleh [[rejim]] [[Khmer Rouge]].


Setelah kemangkatan ayahnya, Raja Bhumihol, pada 13 Oktober 2016, Vajiralongkorn akan ditabalkan sebagai Raja Thailand. Namun, Pejabat Perdana Menteri Thailand telah mengumumkan keinginan baginda untuk "diberikan masa untuk berkabung" sebelum menaiki takhta. <ref>Reuters twitter</ref> Vajiralongkorn akan ditabalkan setelah selesai tempoh berkabung untuk ayahnya. Vajiralongkorn menaiki takhta pada malam 1 Disember 2016 tetapi hanya akan ditabalkan setelah persemadian ayahnya.<ref>{{Cite news|url=http://www.bbc.com/news/world-asia-38168912|title=Thai Crown Prince Maha Vajiralongkorn to be proclaimed king|last=|first=|date=|work=|access-date=|via=}}</ref>
Setelah kemangkatan ayahnya, Raja Bhumihol, pada 13 Oktober 2016, Vajiralongkorn tidak mengambil alih jawatan ayahnya serta merta kerana ingin "diberikan masa untuk berkabung bersama rakyat Thai."<ref>Reuters twitter</ref> Vajiralongkorn menaiki takhta pada malam 1 Disember 2016 setelah menerima undangan rasmi daripada parlimen Thailand tetapi hanya akan ditabalkan setelah persemadian ayahnya.<ref>{{Cite news|url=http://www.bbc.com/news/world-asia-38168912|title=Thai Crown Prince Maha Vajiralongkorn to be proclaimed king|last=|first=|date=|work=|access-date=|via=}}</ref>


== Kehidupan awal ==
== Kehidupan awal ==

Semakan pada 13:42, 2 Disember 2016

Maha Vajiralongkorn
Raja Thailand
Raja Rama X
Pemerintahan 28 November 2016 – kini
Didahului olehBhumibol Adulyadej
PewarisDipangkorn Rasmijoti
Perdana MenteriPrayuth Chan-ocha
Keputeraan (1952-07-28) 28 Julai 1952 (umur 71)
Istana Dusit, Dusit, Bangkok, Thailand
PasanganSoamsawali Kitiyakara
(k. 1977; c. 1991)

Sujarinee Vivacharawongse
(k. 1994; c. 1996)

Srirasmi Suwadee
(k. 2001; c. 2014)
AnakandaPuteri Bajrakitiyabha
Putera Juthavachara Mahidol
Putera Vacharaesorn Mahidol
Putera Chakriwat Mahidol
Putera Vatchrawee Mahidol
Puteri Sirivannavari Nariratana
Putera Mahkota Dipangkorn Rasmijoti
KerabatDinasti Chakri
AyahandaRaja Bhumibol Adulyadej
BondaRatu Sirikit
AgamaBuddha Theravada
TandatanganTandatangan Maha Vajiralongkorn


Maha Vajiralongkorn, lahir pada 28 Julai 1952, ialah Raja Thailand sejak 13 Oktober 2016. Sebagai raja ke-10 dalam Dinasti Chakri, baginda digelar sebagai Rama X.

Pada usia 20 tahun, Vajiralongkorn telah menandatangani surat penerimaan warisan takhta. Maha Vajiralongkorn telah menamatkan pengajian di Kolej Tentera Diraja Duntroon , Canberra, Australia . Baginda juga mendapat latihan ketenteraan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Baginda merupakan juruterbang jet tentera yang bertauliah dan juruterbang helikopter

Semasa tahun 1970-an, baginda turut terlibat dalam menentang kebangkitan pengganas komunis yang dicetuskan oleh Parti Komunis Thailand di sempadan Thailand-Kemboja yang ketika itu dikuasai oleh rejim Khmer Rouge.

Setelah kemangkatan ayahnya, Raja Bhumihol, pada 13 Oktober 2016, Vajiralongkorn tidak mengambil alih jawatan ayahnya serta merta kerana ingin "diberikan masa untuk berkabung bersama rakyat Thai."[1] Vajiralongkorn menaiki takhta pada malam 1 Disember 2016 setelah menerima undangan rasmi daripada parlimen Thailand tetapi hanya akan ditabalkan setelah persemadian ayahnya.[2]

Kehidupan awal

Vajiralongkorn dilahirkan pada 28 Julai 1952 pada pukul 5.45 petang [3] di Istana Dusit, Bangkok. Nama kelahiran baginda ialah "Vajiralongkorn Barommachakkrayadisonsantatiwongse Deveshrathamrongsubariban Abhikhunuprakarnmahittaladuladej Bhumibholnaresvarangkura Kittisirisomburana Savangavadhana Barommakhattiyarajakumara" (Bahasa Thai: วชิราลงกรณ บรมจักรยาดิศรสันตติวงศ เทเวศรธำรงสุบริบาล อภิคุณูประการมหิตลาดุลเดช ภูมิพลนเรศวรางกูร กิตติสิริสมบูรณ์สวางควัฒน์ บรมขัตติยราชกุมาร). Baginda seorang sahaja anak lelaki Raja Bhumibol Adulyadej dan Ratu Sirikit.

Baginda menerima pendidikan di Sekolah Rendah Chitlada School di Bangkok dan kemudian di beberapa kolej swasta di United Kingdom dan Australia.

Pada tahun 1972, baginda dikurniakan dengan gelaran Somdech Phra Boroma Orasadhiraj Chao Fah Maha Vajiralongkorn Sayam Makutrajakuman setelah dilantik sebagai putera mahkota negara itu.

Kehidupan dewasa

Vajiralongkorn menjalani latihan ketenteraan di Kolej Tentera Diraja Duntroon, Canberra, Australia dan juga telah meraih ijazah sarjana dalam sastera dari Universiti Sukhothai Thammatirat di Bangkok.

Sejak 1975 baginda berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Angkatan Tentera Diraja Thai. Baginda kemudian berkhidmat sebagai pegawai turus dalam Bahagian Perisikan Tentera Darat. Seterusnya pada 1978, baginda mengetuai Batalion Pengawal Diraja. Baginda kemudian berhenti dari perkhidmatan tentera untuk menjadi sami Buddha sebagaimana yang lazim dilakukan oleh raja-raja Thailand sebelum ini.

Vajiralongkorn mendapat latihan ketenteraan meluas di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia . Hal ini termasuk kursus latihan komando, taktik peperangan konvensional dan dalam air. Baginda juga ditauliah sebagai juruterbang kapal terbang dan helikopter tentera.

Keluarga

Pada 3 Januari 1977, Vajiralongkorn berumahtangga dengan Puteri Soamsavali Kitiyakara yang merupakan sepupu sebelah ibunya. Anak mereka, Puteri Bajrakitiyabha, dilahirkan pada 1978.

Vajiralongkorn berumahtangga sekali lagi pada 29 April 2005 dengan Mom Srirasmi Mahidol na Ayuthaya.

Rujukan

  1. ^ Reuters twitter
  2. ^ "Thai Crown Prince Maha Vajiralongkorn to be proclaimed king".
  3. ^ ราชกิจจานุเบกษา, ประกาศสำนักนายกรัฐมนตรี เรื่อง ให้หยุดราชการและชักธงชาติเนื่องในการที่พระราชกุมารประสูติ, เล่ม 69, ตอนที่ 49, 12 สิงหาคม พ.ศ. 2495, หน้า 2434