AME dilihat sebagai bayangan [[Anugerah Era]] yang telah terkubur namun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak Astro. Terdapat juga sesetengah pihak yang mendakwa bahawa AME lebih bersifat "syok sendiri" kerana kebanyakan kategori yang dipertandingkan didominasi oleh pihak yang terlibat dengan stesen berbayar itu sahaja. [http://www.gua.com.my/berita-artis/Lambakan_Anugerah_Hiburan_Ketahui_Fakta_Penganjurannya.html]
Klik '''[[Anugerah Era]]''' untuk laman induk penganjuran program [[Astro]]
Anugerah MeleTOP Era (AME) merupakan anugerah sulung anjuran rancangan hiburan MeleTOP dan radio Era FM yang merupakan kesinambungan kepada Anugerah Era yang tidak dianjurkan sejak 2008. Anugerah ini mengiktiraf pemenang menerusi undian peminat-peminat. Anugerah ini diilhamkan daripada Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan menggunakan tema "Yang Hit, Yang MeleTOP".[1] Terdapat sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan. Peminat boleh mengundi secara dalam talian melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi android.