Teluki: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 16: Baris 16:
[[en:Carnation]]
[[en:Carnation]]
[[fr:Œillet]]
[[fr:Œillet]]
[[id:Bunga anyelir]]
[[it:Dianthus]]
[[it:Dianthus]]
[[ja:カーネーション]]
[[ja:カーネーション]]

Semakan pada 02:56, 31 Julai 2005

Pokok bunga teluki dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "Carnation", mempunyai nama saintifik Dianthus caryophyllus. Pokok bunga teluki adalah sejenis bunga iklim sederhana yang berasal dari kawasan Mediteranean.

Penanaman bunga teluki di Malaysia adalah tertumpu di kawasan dataran tinggi seperti di Cameron Highland. Di Cameron Highland iklimnya menyerupai iklim hawa sederhana (suhu maksimum sekitar 21oC) dan pokok bunga teluki boleh ditanam sepanjang tahun.

Oleh kerana pokok bunga teluki mempunyai bunga yang berwarna-warni dan terang, pokok bunga teluki menjadi kegemaran ramai. Pokok bunga teluki tergolong dalam famili Caryophllaceae. Terdapat dua jenis pokok bunga teluki iaitu jenis satu bunga bagi setiap tangkai dan jenis `spray', banyak bunga bagi setiap tangkai.

Pokok bunga teluki boleh hidup selama 18-20 bulan. Pokok bunga bunga teluki boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Pokok bunga teluki tumbuh menegak menjadikan pokok bunga teluki perlu diikat kepada penyokong. Garis pusat batang pokok bunga teluki boleh mencapai sehingga 1 cm. dan biasanya membengkak pada buku/ruas.

Pautan luar