Abdul Gani Patail: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7: Baris 7:
|term_end = 1 Julai 2015
|term_end = 1 Julai 2015
|predecessor = Ainum Mohd Saaid
|predecessor = Ainum Mohd Saaid
|successor = [[Apandi Mohamed Ali]]
|successor = [[Mohamed Apandi Ali]]
|birth_date = {{bda|1955|10|6|df=y}}
|birth_date = {{bda|1955|10|6|df=y}}
|birth_place =
|birth_place =

Semakan pada 12:03, 12 Disember 2016

Yang Berbahagia Tan Sri

Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia
Dalam jawatan
1 Januari 2002 – 1 Julai 2015
Didahului olehAinum Mohd Saaid
Digantikan olehMohamed Apandi Ali
Butiran peribadi
Lahir (1955-10-06) 6 Oktober 1955 (umur 68)
PasanganPuan Sri Maimon Ariff
Alma materUniversiti Malaya
ProfesionProsecutor

Tan Sri Abdul Gani Patail (lahir 6 Oktober 1955) merupakan Peguam Negara Malaysia terkini. Dia mula memegang jawatan ini sejak 2002 apabila menggantikan Dato' Seri Ainum binti Mohd Saaid.Beliau adalah pendakwa utama dalam kes perbicaraan Kes liwat Anwar Ibrahim I pada 1998.

Latar belakang

Abdul Gani Patail lulusan Sarjana Muda Undang=Undang dari Universiti Malaya 1979. Kerjaya beliau bermula sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Kota Kinabalu, Sabah.Pada tahun 1985, beliau telah dinaikkan pangkat kepada Peguam Kanan Persekutuan di Sabah.

Pada Januari 1994, Abdul Gani berpindah ke Jabatan Peguam Negara di Kuala Lumpur . Di sana, beliau telah dilantik sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan (1994 dan sekali lagi pada tahun 2000), Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa (1995) dan Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang (1997) . Pada 1 Januari 2002, beliau dilantik sebagai Peguam Negara Malaysia.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)

Gani Patail menjelaskan Malaysia tidak perlukan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika sekadar di pinggiran. Beberapa undang-undang perlu dirombak.Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang berharap Malaysia menganggotai ICC kerana tidak rugi apa-apa.ICC ialah mahkamah tetap dan bebas antarabangsa pertama bagi menyiasat serta mengheret individu yang melakukan pencabulan serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan hak asasi manusia ke muka pengadilan.Sehingga Januari 2010, 114 negara menganggotai ICC termasuk Bosnia Herzegovina, Afghanistan, Kemboja dan Perancis.[1]

Perbicaraan kes liwat Anwar

Sebagai Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang ,Abdul Gani dipilih untuk menerajui pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes rasuah dan liwat tahun 1998. Anwar dijatuhi hukuman penjara 15 tahun kerana kesalahan rasuah dan liwat pada bulan April 1999 dan Ogos 2000. Disabitkan liwat adalah terbalik pada tahun 2004 oleh Mahkamah Persekutuan .

Anwar secara peribadi menuduh Abdul Gani dan kemudian Penolong Pesuruhjaya Polis Musa Hassan mereka-reka bukti terhadapnya semasa perbicaraan, khususnya laporan perubatan mata lebam kononnya memukul diri sendiri semasa di dalam penjara.Tuntutan Anwar itu disokong surat terbuka pegawai kanan polis CID Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berhubung isu insiden 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mat Zain adalah CID yang menyiasat kes mata lebam itu 12 tahun lalu.Surat terbuka II turut memperkatakan kes yang serupa.[2] Pada 24 November 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berjanji akan menjawab di Parlimen.[3][4]

Gambar percutian

Pada 11 Disember 2010, Pengerusi Yayasan Sosial Penyayang, Tan Sri Robert Phang menggesa Gani Patail menjelaskan hubungan baik dengan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli yang terbabit skandal kewangan sehingga MAS kerugian RM8 bilion pada 2001. Tajudin Ramli tidak didakwa sehingga beberapa lama.Gambar-gambar percutian Abdul Gani bersama Shahidan Shafie beredar di internet.Shahidan dikatakan proksi Tajudin .Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga was-was tatalaku peribadinya dan minta penjelasan.Portal berita Malaysia Today kendalian blogger Raja Petra Kamarudin turut mempertikaikan perkara yang sama.

Nafi disogok Ho Hup

Pada 27 Ogos 2011, Gani Patail menafikan dakwaan Raja Petra Kamarudin bahawa beliau disogok oleh bekas timbalan pengerusi eksekutif Ho Hup Bhd, Datuk Vincent Lye, atas sokonganya dalam pertikaian lembaga pengarah syarikat Ho Hup.Kononnya dana Ho Hup digunakan untuk membayar kerja-kerja pengubahsuaian rumah isteri kedua ketua pendakwa raya itu di Negeri Sembilan. [5]

RPK menyiarkan foto di blognya invois-invois bertarikh 13 Julai 2009, daripada sebuah syarikat di Petaling Jaya kepada Ho Hup berkaitan kerja-kerja pemasangan lampu atas nama “AG's Bangalow at Seremban 2Sri Carcosa”.Satu invois tulisan tangan juga bertarikh 13 Julai 2009 kepada Lye untuk kerja-kerja pengubahsaian bagi Sri Carcosa di Seremban 2, baucar daripada Ho Hup bertarikh 12 Ogos 2009 bagi kerja-kerja yang telah dijalankan bagi rumah “AG Tan Sri Ghani Patail Bangalow di Seremban 2 — Sri Carcosa” bernilai RM18,000 dan satu cek RM18,000 yang dikeluarkan kepada pihak yang menjalankan kerja-kerja pengubahsaian.

Lye mempunyai pegangan 28 dan Low 26 peratus ketika itu terlibat dalam pertikaian menguasai lembaga pengarah Ho Hup.Bagaimanapun Lye telah diundi keluar pada mesyuarat tergempar Ho Hup pada Mac 2011.Pada Mei 2011, SPRM telah membersihkan Gani daripada tuduhan rasuah berkaitan dengan urusan menunaikan haji tahun 2010.

Rujukan

Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.