Razali Ibrahim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 46: Baris 46:
}}
}}


YB Dato' '''Razali Ibrahim''' (lahir 14 Oktober 1970 - ) merupakan ahli politik [[Malaysia]] berketurunan [[Melayu]] dan Ahli Parlimen [[Muar]], [[Johor]] merangkap [[Kementerian Belia dan Sukan Malaysia|Timbalan Menteri Belia dan Sukan]] dari [[Barisan Nasional]] - [[UMNO]].
YB Dato' '''Razali Ibrahim''' (lahir 14 Oktober 1970 - ) merupakan ahli politik [[Malaysia]] berketurunan [[Melayu]] dan Ahli Parlimen [[Muar]], [[Johor]] merangkap [[Kementerian Belia dan Sukan Malaysia|Timbalan Menteri Belia dan Sukan]] dari [[Barisan Nasional]] - [[UMNO]]. Beliau juga merupakan Ketua [[Pemuda UMNO Johor]]<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0201&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm Razali serah nasib kepada pengundi, Utusan Malaysia. 1 Februari 2008.]</ref>


==Pendidikan==
==Pendidikan==

Semakan pada 02:34, 13 Disember 2016

Yang Berhormat Dato'

Razali Ibrahim
Fail:Razaliedit.jpg
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Memegang jawatan
16 Mei 2013
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
10 April 2009 – 3 April 2013
Didahului olehLiow Tiong Lai
Digantikan olehDato' M. Saravanan
Timbalan Menteri Pelajaran
Dalam jawatan
13 Mac 2008 – 9 April 2009
Didahului olehNoh Omar
Digantikan olehPuad Zarkashi
Anggota Parlimen
untuk P146 Muar, Johor
Memegang jawatan
8 Mac 2008
Didahului olehDr Robia Kosai
Majoriti13,415(2004)
4,661(2008)
Butiran peribadi
Lahir14 Oktober 1970
Seri Menanti, Muar, kini Tangkak, Johor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Melissa Shireen Munshir
PekerjaanPeguam, Ahli Parlimen
Laman web rasmihttp://www.razali-ibrahim.my Blog YB Razali

YB Dato' Razali Ibrahim (lahir 14 Oktober 1970 - ) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan Ahli Parlimen Muar, Johor merangkap Timbalan Menteri Belia dan Sukan dari Barisan Nasional - UMNO. Beliau juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Johor[1]

Pendidikan

YB mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Kebun Teh, Johor Bahru dan kemudian di Sekolah Kebangsaan TLDM Lumut, Perak Darul Ridzuan. Beliau kemudiannya meneruskan persekolahan menengahnya di Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Kem Terendak, Melaka. Selepas Peperiksaan SPM yang cemerlang, beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya memperolehi Ijazah (Sarjana muda Undang-Undang) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1994.

Bekas aktivis pelajar dan pernah dilantik memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) selama dua penggal iaitu dari 1991-1992 dan 1992-1993. Aktif Bermain Ragbi semasa zaman pelajar dan pernah menjadi Kapten Bangi Bandit dari tahun 1990-1993. Beliau sekarang aktif bermain badminton. Beliau telah berkahwin dengan seorang peguam iaitu Datin Melissa Shireen Munshir dan telah mendapat dua orang cahaya mata iaitu Razmel Razali (16 tahun) dan Myra Alissa Razali (14 tahun).

Politik

Pada tahun 1999, Datuk Razali menjawat jawatan Naib Ketua Pemuda dan Bendahari UMNO Cawangan Seri Impian, Bahagian UMNO Muar. Setelah itu pada tahun 2004, beliau menjadi Pengerusi Belia Dan Sukan UMNO Bahagian Muar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar dan Johor.

Setelah YB Khairy Jamaluddin memegang Ketua Pemuda UMNO, beliau dilantik menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2008.


Ahli Parlimen

Beliau menjadi ahli parlimen Muar di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 setelah mengalahkan Mohamad Taib dari PAS dengan majoriti ssebanyak 13,415 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi ahli parlimen Muar setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Nah Budin dengan majoriti sebanyak 4,661 undi. Beliau memperolehi 16,986 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 12,325 undi.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2013 beliau menjadi ahli parlimen Muar sekali lagi setelah mengalahkan calon dari Parti Keadilan Nasional, Norhizwan Ahmad dengan majoriti sebanyak 1,646 undi. Beliau memperolehi 20,867 undi berbanding dengan lawannya yang memperolehi hanya 19,221 undi.

Laman sesawang