Momen inersia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Baris 40: Baris 40:


==Lihat Juga==
==Lihat Juga==
*[[senarai inersia angular|Senarai Momen Inersia Untuk Beberapa Objek]]
*[[Senarai momen inersia|Senarai Momen Inersia Untuk Beberapa Objek]]
*[[Kinematik angular|Kinematik Sudut]]
*[[Kinematik angular|Kinematik Sudut]]



Semakan pada 15:12, 1 November 2007

Momen Inersia, atau , juga dikenali sebagai jisim sudut ialah keupayaan sesuatu objek menentang Pecutan sudutnya, dalam erti kata lain, analog putaran bagi jisim. Ianya adalah kuantiti skalar.

Momen inersia memainkan peranan yang sama dalam dinamik putaran memandangkan jisim memainkan peranan dana dinamik asas, menentukan hubungan antara momentum sudut dan halaju sudut, tork dan pecutan sudut, dan beberapa kuantiti lain.

Unit

Unit SI bagi momen inersia ialah kilogram-meter persegi kgm².

Skalar momen inersia

Takrifan

(Skalar) momen inersia bagi jisim titik yang berputar pada paksi yang diketahui ditakrifkan sebagai

iaitu

m ialah jisim,
r is jarak (berserenjang) dari jisim titik ke paksi putaran.

Momen inersia adalah hasil campuran. Maka, bagi satu jasad tegar yang mengandungi jisim titik dengan jarak ke paksi putaran, jumlah momen inersia adalah bersamaan jumlah momen inersia bagi jisim titik:

Bagi jasad pejal yang ditakifkan sebagai fungsi ketumpatan jisim selanjar ρ(x,y,z), momen inersia pada paksi yang diketahui boleh diketahui dengan mengkamirkan kuasa dua bagi jarak (yang diberatkan dengan ketumpatan jisim) dari titik dalam jasad ke paksi putaran:

iaitu

V ialah isi padu yang diisi objek. (Manakala kamiran tigaan mungkin boleh digunakan bagi semua ruang, hanya kawasan ρ(x,y,z) ≠ 0 yang menyumbang).
ρ ialah fungsi ketumpatan ruang bagi objek, dan
x, y, z adalah koordinat cartesian bagi satu titik dalam jasad.
Rajah bagi pengiraan momen inersia bagi cakera. Di sini, k adalah 1/2 dan r adalah jejari yang digunakan untuk menentukan momen.

Momen inersia bagi banyak objek bukan titik juga boleh ditakrifkan atau dianggarkan sebagai hasil darab tiga sebutan:

iaitu

k ialah pemalar inersia,
M ialah jisim, dan
R ialah jejari objek dari pusat jisim (dalam sesetengah kes, panjang objek digunakan.)

Lihat Juga