S. M. Salim: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kemaskini.
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 37: Baris 37:
S.M. Salim diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu.
S.M. Salim diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu.
<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130410/hi_06/SM-Salim-terima-Anugerah-Biduan-Negara#ixzz2QE82jGZ3 SM Salim terima Anugerah Biduan Negara © Utusan Melayu (M) Bhd] </ref><ref>[http://www.abpbh.com.my/blog/2015/04/air-mata-seniman Air mata seniman]</ref>
<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130410/hi_06/SM-Salim-terima-Anugerah-Biduan-Negara#ixzz2QE82jGZ3 SM Salim terima Anugerah Biduan Negara © Utusan Melayu (M) Bhd] </ref><ref>[http://www.abpbh.com.my/blog/2015/04/air-mata-seniman Air mata seniman]</ref>

Pada 1998, beliau disahkan menghidap penyakit saraf yang menyebabkannya berkerusi roda.


==Album==
==Album==

Semakan pada 11:56, 29 Disember 2016


S. M. Salim
Fail:S. M. Salim.png
Gambar potret Tan Sri S. M. Salim
Kelahiran
Sheikh Salim bin Sheikh Muhammad Al Mahros

(1928-07-30)30 Julai 1928
Meninggal dunia29 Disember 2016(2016-12-29) (umur 88)
Sebab kematianSakit tua
Warganegara Malaysia
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1948-2016
Pangkat1) Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat (DPMT) dari Terengganu
2) Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) dari Selangor
3) Darjah Setia Mahkota Malaysia oleh YDPA Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
4) Ahli Mangku Negara

Tan Sri Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros (30 Julai 1928 - 29 Disember 2016) atau lebih dikenali sebagai S.M. Salim merupakan penyanyi dari Malaysia. Beliau dianugerahkan pingat Darjah Setia Mahkota oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena harijadi baginda ke-75 pada 2 Jun 2001.

Beliau merupakan seniman kedua selepas Allahyarham P. Ramlee bergelar Tan Sri. S.M. Salim mula bekerja sebagai juruhebah Radio Malaya (sekarang RTM) secara sambilan semenjak 1957. Pada masa sama dia dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu Melayu klasik (tradisional).Pada tahun 50-an, dia menganggotai kumpulan Irama Melayu (pimpinan Awalaudin), sebelum menyertai Orkestra Puspati (diketuai mendiang Alfonso Soliano). Tan Sri P. Ramlee (Allahyarham) adalah antara orang yang banyak mempengaruhi kerjayanya sebagai anak seni.

Yusni Hamid adalah orang yang kerap berduet dengannya. Namun S. M. Salim pernah berduet dengan Zainal Abidin untuk lagu 'Satu', dan terbaru bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu 'Pandang Pandang, Jeling Jeling' yang dinyanyikannya ketika mengadakan konsert Orkestra Filharmonik Malaysia di Dewan Filharmonik Petronas pada 31 Mac dan 1 April lalu.

Beliau merupakan antara artis yang diundang untuk menghiburkan tentera dari pelbagai negara ketika tentera Malaysia ditugaskan di Congo di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960. S. M. Salim juga pernah melaksanakan tugas yang sama ketika era Konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960. Beliau menerima pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari kerajaan selepas kembali dari Congo bersama-sama dengan penggesek biola, Allahyarham Hamzah Dolmat dan pelawak, Ismail Bontak.

S. M. Salim turut dianugerahkan pingat Darjah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) oleh Sultan Selangor dan Datuk Paduka Mahkota Terengganu Yang Kehormat’ (DPMT) dari Sultan Terengganu. Kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Pada 1991, beliau dianugerahkan 'Tokoh Seni' oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 'Anugerah Seri Wirama' di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIMM) pada 1997.

S.M. Salim diberikan Anugerah Biduan Negara oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.Anugerah tersebut diberi berdasarkan sumbangan beliau yang memperjuangkan lagu-lagu asli Melayu. [1][2]

Pada 1998, beliau disahkan menghidap penyakit saraf yang menyebabkannya berkerusi roda.

Album

  • Janganlah Marah Marah bersama Norma Salim (1953)
  • Hiboran Bintang2 Malaya (1955)
  • OST Sri Mersing (1965)
  • SM Salim (1979)
  • Joget Kasih Bermula (1980)
  • Kong Kong Kak (1980)
  • Cempakasari (1989)
  • Apa Dah Jadi (1991)
  • Satu (1992)
  • Nanti Dulu (1994)
  • Jeling Menjeling - bersama Yusni Hamid (1995)
  • Album Sekarang Dah Jadi (2003)
  • Nostalgia Abadi (2008)
  • Biografi (2011)
  • 4 Bintang Popular Vol 2 (2011)
  • Tan Sri P Ramlee & Tan Sri SM Salim (2012)



Rujukan