Parti Pribumi Bersatu Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox_Political_Party
{{Infobox_Political_Party
|party_name = ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
''Malaysian United Indigenous Party''
PPBM
|party_name = ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
''Malaysian United Indigenous Party''
马来西亚土著团结党
PPBM
|colorcode = red
|colorcode = red
|party_logo = [[Fail:MY_Logo_PPBM.png|100px|]]
|party_logo = [[Fail:MY_Logo_PPBM.png|100px|]]

Semakan pada 00:52, 14 Februari 2017

ڤرتي ڤريبومي برساتو مليسيا
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Malaysian United Indigenous Party
马来西亚土著团结党
PPBM
SingkatanPPBM/BERSATU
PengerusiTun Dr Mahathir Mohamad
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan PresidenDato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir
Naib PresidenTan Sri Ab Rashid Ab Rahman
Datuk Abdul Rashid Asari
Dato' Hamidah Osman
Setiausaha AgungDatuk Dr Shahruddin Md Salleh
DitubuhkanOgos 2016
Ibu pejabatPetaling Jaya
KeanggotaanBumiputera
Ideologi Nasionalisme Melayu, Konservatisme, Islamisme
WarnaMerah
SloganBersatu, Beramanah, Bermaruah
Lagu partiMaju, Adil, Makmur
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
2 / 222
Laman sesawang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) atau bahasa Inggerisnya "Malaysian United Indigenous Party" ialah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PPBM dianggap sebagai pendukung Mahathirisme, parti nasionalisme Melayu.

Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera berslogankan Maju, Adil dan Makmur. Selepas itu slogan tersebut ditukar kepada Bersatu, Beramanah, Bermaruah.

Sejarah penubuhan

Parti Pribumi Bersatu merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Seri Paduka Mukhriz Mahathir serta pergantungan Dato' Seri Mohd Shafie Apdal daripada UMNO pada 24 Jun 2016.

Borang pemohonan untuk mendaftarkan Parti PPBM telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 9 Ogos 2016 oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin serta AJK penaja parti.[1][2] Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah meluluskan penubuhan Parti PPBM pada 9 September 2016 [3]

Kepimpinan

Barisan Pemimpin Kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Nama Jawatan
Pengerusi Tun Dr. Mahathir Mohamad
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Presiden Dato' Seri Mukhriz Mahathir
Naib Presiden Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman
Datuk Abdul Rashid Asari
Dato' Hamidah Osman
Setiausaha Agung Datuk Dr Shahruddin Md Salleh
Bendahari Agung Dato’ Mohamed Salleh Bajuri
Ketua Penerangan Datuk Haji Kamarudin Md Nor
Ketua Srikandi Belum dilantik
Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Kamarulazman Habibur Rahman (Ahli MPT - dilantik)
Anina Saadudin (Ahli MPT - dilantik)
Akhramsyah Muammar Ubaidah Tan Sri Sanusi (Ahli MPT - dilantik)
Mohd Rafiq Naizamohideen (Ahli MPT - dilantik)
Mohd Redzuan bin Md Yusof (Ahli MPT – dilantik)
Datuk Dr Rais Hussin bin Mohamed Arif (Ahli MPT – dilantik)
Dato’ Abdul Kadir bin Jasin (Ahli MPT – dipilih)
Muhammad Zahid bin Mat Arip (Ahli MPT – dipilih)
Dato’ Nordin Salleh (Ahli MPT – dipilih)
Marzuki bin Yahya (Ahli MPT – dipilih)
Tan Sri Abdul Aziz bin Mohd Yassin (Ahli MPT – dipilih)
Ahmad Faizal bin Dato’ Haji Azumu (Ahli MPT – dipilih)
Tariq Ismail bin Mustafa (Ahli MPT – dipilih)
Datuk Dr Sukiman Sarmani (Ahli MPT – dipilih)
Hazlinda Abd Latif (Ahli MPT – dipilih)
Najwah Halimah bint Abd Halim (Ahli MPT – dipilih)
Ulya Awamah binti Husamuddin (Ahli MPT – dipilih)
Dr Muhammad Faiz Na’aman (Ahli MPT – dipilih)
Abu Bakar bin Yahya (Ahli MPT – dipilih)
Wan Mohd Shahrir bin Abd Jalil (Ahli MPT – dipilih)

Matlamat Parti BERSATU

• Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
• Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
• Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
• Memperkasa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memelihara hak semua kaum untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing.
• Menegakkan sistem demokrasi berparlimen dan doktrin pemisahan kuasa dengan memperkukuhkan institusi demokrasi menerusi reformasi institusi yang menyeluruh.
• Memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti;
• Memelihara hak-hak asasi rakyat sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, menjunjung nilai-nilai keadilan sejagat yang selari dengan agama Islam, serta menjunjung keluhuran perlembagaan, kedaulatan udang-undang serta prinsip keadilan dan kesaksamaan.
• Membentuk masyarakat Malaysia yang inklusif, progresif, dinamik dan saintifik serta menghargai seni, budaya dan tradisi sebagai acuan membina sebuah negara maju yang sejahtera.
• Memperjuangkan keadilan sosial, mengagih kekayaan negara secara adil dan saksama, membela kebajikan rakyat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama.
• Mendokong prinsip bahawa setiap rakyat berhak untuk berjaya dengan memperolehi pendidikan yang berkualiti dan sempurna menerusi satu sistem pendidikan yang mementingkan pengembangan bakat, kreativiti, inovasi dan amalan nilai-nilai murni serta melaksanakan dasar dan inisiatif yang konsisten untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.
• Memupuk perpaduan dan keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum dan agama, memelihara kestabilan politik dan keselamatan negara, dan memacu pembangunan ekonomi yang mapan demi kepentingan rakyat dan negara.
• Mengamalkan prinsip-prinsip Rukunegara serta mendukung Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-Negeri.

Lihat juga

Pautan luar

Rujukan