Parti Gerakan Rakyat Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox Political party
{{Infobox Political party
|name_english = Parti Gerakan Rakyat Malaysia
|name_english = Parti Gerakan Rakyat Malaysia
|name_native = Malaysian People's Movement Party <br>GERAKAN
|name_native = Malaysian People's Movement Party <br> 马来西亚民政运动党<br> GERAKAN
|colorcode =red
|colorcode =red
|logo = [[Imej:Gerakan.gif|200px]]
|logo = [[Imej:Gerakan.gif|200px]]

Semakan pada 04:49, 14 Februari 2017

Parti Gerakan Rakyat Malaysia
PemimpinMah Siew Keong
Ditubuhkan24 Mac 1968
Ibu pejabatLevel 5, Menara PGRM, 8, Jalan Pudu Ulu, Cheras, 56100 KUALA LUMPUR.

TEL. : +6 03 - 92876868

FAX. : +6 03 - 92878866
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional
Laman sesawang
Laman GERAKAN


Parti Gerakan Rakyat Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysian People's Movement Party; singkatan: GERAKAN) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Mah Siew Keong. GERAKAN merupakan parti serpihan Persatuan Cina Malaysia (MCA). GERAKAN merupakan komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan, merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Johor dan Sabah. GERAKAN tidak menubuhkan bahagian di negeri Sarawak.

GERAKAN dan Perkembangannya

Pada 27 Ogos 2005, parti ini mengadakan pilihan raya parti yang memperlihatkan kedudukan Dr Lim Keng Yaik sebagai presiden dicabar oleh timbalannya, Kerk Choo Ting. Dr Lim mengukuhkan kedudukannya sebagai presiden parti selepas memenangi 983 undi berbanding 628 undi yang diperoleh oleh Kerk. Dr Koh Tsu Koon menjadi Timbalan Presiden yang baru selepas beliau menang tanpa bertanding pada hari pencalonan bagi pilihan raya parti.

Pada November 2006, presiden parti Barisan Nasional yang lain, Parti Progresif Penduduk (PPP), M. Kayveas, mengusulkan penggabungan antara Gerakan dan PPP. Koh menyambut baik cadangan tersebut.[1]

Pada 2006, kira-kira 80% ahli Gerakan ialah etnik China, sementara 15% yang lain ialah etnik India, etnik Melayu, atau etnik yang lain.[1]

Parti ini mencatat rekod pilihan raya terburuk semasa berlangsung Pilihan Raya Umum 2008, yang memperlihatkan Gerakan hanya memenangi 2 kerusi, berbanding kemenangan 10 kerusi pada pilihan raya sebelumnya. Jadi, parti ini kehilangan jawatan kabinet dan pembuangan ahli kabinet. Parti ini juga kehilangan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sudah dipegang oleh mereka bagi satu masa yang panjang. Berikutan kekalahan parti dalam Pilihan Raya Umum 2008, presidennya iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menawarkan diri untuk letak jawatan bagi mengambil tanggungjawab dalam kekalahan tersebut.

Parti ini merupakan anggota Majlis Liberal dan Demokrat Asia.

Senarai presiden

Nama Tempoh perkhidmatan
Professor Syed Hussein Alatas 1968 - 1969
Tun Dr. Lim Chong Eu 1969 - 1980
Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik 1980 - 8 April 2007
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon 8 April 2007 - kini

Lihat juga


Pautan luar


Rujukan lain

Nota dan rujukan

  1. ^ a b Suthakar, K. (Nov. 20, 2006). PPP menawarkan tawaran Gerakan bergabung. The Star.