Puteri Gunung Ledang (filem 2004): Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Menambah templat.
Baris 167: Baris 167:
*Filem ini merupakan filem paling mahal di Malaysia buat masa ini dan pementasan muzikal telah dilakukan bermula Februari 2006.
*Filem ini merupakan filem paling mahal di Malaysia buat masa ini dan pementasan muzikal telah dilakukan bermula Februari 2006.
*Terdapat satu kesilapan fakta yang nyata yang tidak sepatutnya dalam pembikinan filem ini, di mana ada adegan yang dibuat di celah-celah pohon kelapa sawit. Penanaman kelapa sawit hanya diperkenalkan di Malaysia pada abad ke-20, dan sudah pastinya belum wujud di Tanah Melayu pada abad ke-15.
*Terdapat satu kesilapan fakta yang nyata yang tidak sepatutnya dalam pembikinan filem ini, di mana ada adegan yang dibuat di celah-celah pohon kelapa sawit. Penanaman kelapa sawit hanya diperkenalkan di Malaysia pada abad ke-20, dan sudah pastinya belum wujud di Tanah Melayu pada abad ke-15.

{{M. Nasir}}


[[Kategori:Filem Malaysia]]
[[Kategori:Filem Malaysia]]

Semakan pada 03:53, 16 Februari 2017

Puteri Gunung Ledang
Poster Filem
PengarahSaw Teong Hin
PenulisMamat Khalid
Saw Teong Hin
Dihasilkan olehTiara Jacquelina
DibintangiTiara Jacquelina
M. Nasir
Adlin Aman Ramlie
Sofia Jane
Khir Rahman
Christine Hakim
Alex Komang
Dian Sastrowardoyo
Slamet Rahardjo
Tarikh tayangan
31 Ogos 2004
NegaraMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM16.6 juta

Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah filem Malaysia yang dilakon oleh M.Nasir dan Tiara Jacquelina sebagai watak utama pada tahun 2004. Ekoran daripada kejayaan filem ini, penerbit filem ini kemudiannya menerbitkan teater muzikal yang sama jalan ceritanya.

Pelakon

M.Nasir memgang watak sebagai Hang Tuah di dalam filem ini.
Fail:Tiara.jpg
Tiara Jacquelina memegang watak Puteri Gunung Ledang di dalam filem ini.
Pelakon Watak
Tiara Jacquelina Puteri Gunung Ledang
M. Nasir Hang Tuah
Dato' Rahim Razali Datuk Bendahara
Adlin Aman Ramlie Sultan Mahmud Shah
Sofia Jane Permaisuri Tun Teja
Khir Rahman Tun Mamat
Alex Komang Gusti Adipati Handaya Ningrat
Christine Hakim Bayan
Ruminah Sidek Nenek Kebayan (jelmaan Gusti Putri)
Azmil Mustapha Pangeran Demak
Sabri Yunus Sang Setia
Man Bai Topok
Radhi Khalid Tapik
Slamet Rahardjo Patih
Muhammad Naufal Nasullah Raja Ahmad

Sinopsis

Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.

Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.

Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.

Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa:

  • "Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya..."
  • "Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya..."
  • "Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
  • "Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya..."
  • "Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
  • "Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta..."
  • "Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..."

Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan.

Pencapaian

Filem tersebut merupakan filem yang menelan belanja tertinggi dalam sejarah pengeluaran filem di Malaysia yang. Ini juga buat kali pertama Tiara Jacquelina menjadi pelakon dan penyanyi iaitu lagu tema filem ini, "Asmaradana". Filem itu diarah oleh Teong Hin Saw dan dikeluarkan oleh Shazalli Ramly. "Puteri Gunung Ledang" telah mencapai kedudukan ke-49 dalam senarai tapisan Kategori Filem Asing Terbaik di Anugerah Akademi Oscar ("Academy Awards") Tahun 2004.

Selain itu, filem ini menyertai Bangkok International Film Festival, 2005, 61st Venice International Film Festival, September 2004 (Italy), 48th San Francisco International Film Festival, 2005 (USA). Filem tersebut turut dicalonkan pada Festival Filem Malaysia ke-18, 2005 dan memenangi anugerah Pengarah Terbaik (Saw Teong Hin), Lakon Layar Terbaik (Mamat Khalid & Saw Teong Hin), Skor Muzik Terbaik (M. Nasir & Tan Yan Wei), Penataan Seni Terbaik dan Anugerah Khas Juri bagi "Filem inovatif & berinspirasi".

Pelakon utama, Tiara Jacquelina turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Asia Pasifik ke-50 di Kuala Lumpur pada tahun 2005.

Anugerah-anugerah yang diperolehi:

Anugerah Kategori Penerima Menang/Pencalonan
Festival Filem Malaysia ke-18 Filem Terbaik Keseluruhan Filem Tercalon
Pengarah Terbaik Saw Teong Hin Menang
Pelakon Lelaki Terbaik M. Nasir Tercalon
Adlin Aman Ramli Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Tiara Jacquelina Tercalon
Lakon Layar Terbaik Mamat Khalid & Saw Teong Hin Menang
Cerita Asal Terbaik Mamat Khalid Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik M. Nasir & Yan Wei Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Dato' Haji Rahim Razali Tercalon
Penataan Seni Terbaik Hanizar Isnin Menang
Anugerah Khas Juri Filem inovatif & berinspirasi Menang
Festival Filem Asia Pasifik ke-50, 2005 (Kuala Lumpur) Pelakon Wanita Terbaik Tiara Jacquelina Menang
Anugerah Era 2005 Pilihan Kaki Wayang ERA Tiara Jacquelina Tercalon

Trivia

  • Sedutan filem ini telah ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Malaysia ke-16 pada April 2003 yang turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui RTM1.
  • Sepanjang 9 bulan tempoh keseluruhan penggambaran yang bermula pada Januari 2003, jumlah hari penggambaran yang dilakukan di lokasi adalah selama 94 hari sahaja. Pembikinan filem ini juga terganggu oleh faktor cuaca.
  • Watak Tun Mamat dan Sultan Mahmud masing-masing pada mulanya ditawarkan kepada Rosyam Nor dan Azri Iskandar.
  • Filem pertama yang dihantar oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menyertai Anugerah Akademi.
  • Filem ini merupakan filem paling mahal di Malaysia buat masa ini dan pementasan muzikal telah dilakukan bermula Februari 2006.
  • Terdapat satu kesilapan fakta yang nyata yang tidak sepatutnya dalam pembikinan filem ini, di mana ada adegan yang dibuat di celah-celah pohon kelapa sawit. Penanaman kelapa sawit hanya diperkenalkan di Malaysia pada abad ke-20, dan sudah pastinya belum wujud di Tanah Melayu pada abad ke-15.