Tanah Melayu: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Humboldt (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
WOSlinker (bincang | sumb.)
Baris 1: Baris 1:
{{Infobox islands
{{Infobox islands
|name = Semenanjung Tanah Melayu<br><big>سمننجوڠ تانه ملايو<big/>
|name = Semenanjung Tanah Melayu<br><big>سمننجوڠ تانه ملايو</big>
|image name = LocationMalayPeninsula.png
|image name = LocationMalayPeninsula.png
|image caption = Peta Semenanjung Tanah Melayu.
|image caption = Peta Semenanjung Tanah Melayu.

Semakan pada 23:35, 20 Februari 2017

Semenanjung Tanah Melayu
سمننجوڠ تانه ملايو
Geografi
LokasiAsia Tenggara
Pentadbiran
Video ini memaparkan limpahan cahaya malam diseluruh Semenanjung Tanah Melayu. Video asal ini telah diambl oleh krew ekspedisi angkasa lepas NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Ekspedisi tersebut digelar "Expedition 28".
Gambar Semenanjung Tanah Melayu dari Stesen Angkasa Antarabangsa

Semenanjung Tanah Melayu merujuk kepada tempat yang didiami oleh sebagian daripada masyarakat etnik Melayu, di daerah Asia Tenggara. Ia terbentang dari Wilayah Tanintharyi[1] di sebelah selatan Myanmar, membawa ke selatan Thailand, keseluruhan Semenanjung Malaysia hingga ke Riau-Lingga di bawah Kesultanan Johor di bahagian selatan. Titik tersempitnya ialah Segenting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur ialah Laut China Selatan dimana terletaknya pulau Borneo. Bagaimanapun, Tanah Melayu dalam sejarah turut merangkumi bekas wilayah-wilayah Kesultanan Melayu di Selatan Thai seperti Pattani yang kini berada di bawah kerajaan Thailand[2]

Tanah Tanjung Piai, Johor merupakan hujung terselatan daratan utama benua Asia. Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Banjaran Titiwangsa yang merupakan sebahagian dari sistem Pergunungan Tenasserim merupakan tulang belakang semenanjung ini. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Melaka. Di seberang timur Laut China Selatan terletak pulau Borneo. Bahagian selat terselatan iaitu Selat Tebrau memisahkan tanah besar semenanjung dengan pulau Singapura.

Sejarah nama Semenanjung Tanah Melayu

Semenanjung Tanah Melayu digelar Chersonesus Aurea ("Semenanjung Emas") oleh Claudius Ptolemy, ahli astronomi dan ahli matematik Yunani terkemuka, manakala orang India merujuk kepadanya sebagai "Tanah Emas". Nama "Semenanjung Tanah Melayu" ialah terjemahan daripada Malay Peninsular dalam bahasa Inggeris.

Menurut kitab Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu dahulunya dikenali sebagai Tanah Segara Masin. Kitab tersebut juga ada menceritakan tentang bagaimana nama Tanah Segara Masin ditukarkan kepada Tanah Melayu / Semenanjung Tanah Melayu.

Istilah itu juga ada disebut dalam Hikayat Hang Tuah:

" ... ka-sana-lah patek, lamun pada Tanah Melayu." Maka titah raja: "Baik-lah Tun Tuah dudok di- ... " [3] Dalam kegunaan ini, istilah itu digunakan bagi merujuk secara umum kawasan yang berada di bawah penguasaan Kesultanan Melayu Melaka. [4]

Peta

Peta tertua Semenanjung Tanah Melayu yang masih wujud ialah Geographike Huphegesis ("Panduan Geografi") yang dicipta pada abad ke-13 Masihi, berdasarkan data yang dihimpunkan oleh Ptolemy pada abad pertama Masihi.[5] Manakala peta moden Tanah Melayu dan Sumatera yang terawal disediakan oleh Martin Waldseemuller (1470 - 1518) ialah pada tahun 1513. Ia menampilkan sesetengah pusat perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu yang kini sudah dilupakan.

Rujukan

  1. ^ Sejarah Perjuangan Melayu Patani (Cetakan Kedua). 2006. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-443-X (kulit lembut).
  2. ^ [http://bexico.cwahi.net/unit_pm_dan_bk/en_hamdan/Artikel/patani.htm LATARBELAKANG SEJARAH DAN MASYARAKAT MELAYU PATANI, Hamdan Dato’ Mohd. Salleh]
  3. ^ Hikayat Hang Tuah
  4. ^ [1]
  5. ^ [Malaysia: A Pictorial History 1400-2004, m.s. 22. Editions Didier Millet. ISBN 981-4068-77-2.]

Pautan luar