Pelayan nama: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Jan an.com
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Samuele2002 (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 3937327 oleh 109.83.239.27 (Perbincangan)
Baris 1: Baris 1:
'''Pelayan nama''' ([[bahasa Inggeris]]: ''nameserver'') ialah [[Komputer pelayan|pelayan]] komputer yang mengehos [[khidmat rangkaian]] untuk menjawab pertanyaan keatas [[perkhidmatan direktori|khidmat direktori]]. Ia [[Tatasusunan bersekutu|memetakan]] pengecam yang difahami manusia kepada bahagian dalaman sistem, selalunya komponen pengecam atau alamat nombor. Khidmat ini dilakukan oleh pelayan sebagai jawapan kepada permintaan [[Www.jana.com|protokol khidmat rangkaian]].
'''Pelayan nama''' ([[bahasa Inggeris]]: ''nameserver'') ialah [[Komputer pelayan|pelayan]] komputer yang mengehos [[khidmat rangkaian]] untuk menjawab pertanyaan keatas [[perkhidmatan direktori|khidmat direktori]]. Ia [[Tatasusunan bersekutu|memetakan]] pengecam yang difahami manusia kepada bahagian dalaman sistem, selalunya komponen pengecam atau alamat nombor. Khidmat ini dilakukan oleh pelayan sebagai jawapan kepada permintaan [[Protokol komunikasi|protokol khidmat rangkaian]].


Satu contoh pelayan nama ialah komponen pelayan bagi [[Sistem Nama Domain]] (DNS), salah satu daripada dua [[ruang nama]] utama bagi [[Internet]]. Fungsi terpenting bagi pelayan DNS ialah menterjemah [[Nama domain|nama-nama domain]] dan [[nama hos]] yang mudah diingati manusia kepada padanan alamat [[Protokol Internet]] (IP), ruang nama utama Internet kedua yang digunakan untuk mengecam dan mengesan sistem-sistem komputer serta sumber-sumber di Internet.
Satu contoh pelayan nama ialah komponen pelayan bagi [[Sistem Nama Domain]] (DNS), salah satu daripada dua [[ruang nama]] utama bagi [[Internet]]. Fungsi terpenting bagi pelayan DNS ialah menterjemah [[Nama domain|nama-nama domain]] dan [[nama hos]] yang mudah diingati manusia kepada padanan alamat [[Protokol Internet]] (IP), ruang nama utama Internet kedua yang digunakan untuk mengecam dan mengesan sistem-sistem komputer serta sumber-sumber di Internet.

Semakan pada 23:37, 22 Februari 2017

Pelayan nama (bahasa Inggeris: nameserver) ialah pelayan komputer yang mengehos khidmat rangkaian untuk menjawab pertanyaan keatas khidmat direktori. Ia memetakan pengecam yang difahami manusia kepada bahagian dalaman sistem, selalunya komponen pengecam atau alamat nombor. Khidmat ini dilakukan oleh pelayan sebagai jawapan kepada permintaan protokol khidmat rangkaian.

Satu contoh pelayan nama ialah komponen pelayan bagi Sistem Nama Domain (DNS), salah satu daripada dua ruang nama utama bagi Internet. Fungsi terpenting bagi pelayan DNS ialah menterjemah nama-nama domain dan nama hos yang mudah diingati manusia kepada padanan alamat Protokol Internet (IP), ruang nama utama Internet kedua yang digunakan untuk mengecam dan mengesan sistem-sistem komputer serta sumber-sumber di Internet.

Sistem Nama Domain

Internet menyelenggara dua ruang nama utama: hirarki nama domain[1] dan sistem alamat IP.[2] Sistem Nama Domain menyelenggara ruang nama domain dan menyediakan khidmat terjemahan antara dua ruang nama tadi. Pelayan-pelayan nama Internet melaksanakan Sistem Nama Domain. Hirarki teratas bagi Sistem Nama Domain disediakan oleh pelayan nama akar yang diselenggara mengikut perwakilan oleh ICANN. Di bawah akar, sumber-sumber Internet disusun kepada hirarki domain, masing-masing ditadbir oleh pendaftar dan pemiliknya. Pelayan nama DNS ialah pelayan yang menyimpan rekod-rekod DNS, seperti rekod alamat (A, AAAA), rekod pelayan nama (NS), dan rekod pertukaran mel (MX) untuk sesebuah nama domain (lihat juga Senarai jenis rekod DNS) dan memberi jawapan kepada pertanyaan keatas pangkalan datanya.

Pelayan nama berwibawa

Pelayan nama berwibawa (authoritative name server) adalah pelayan nama yang memberikan jawapan sebagai maklum balas kepada soalan berkenaan nama-nama dalam sesuatu zon. Sesebuah pelayan nama berwibawa-sahaja memberikan jawapan hanya kepada pertanyaan berkenaan nama-nama domain yang telah ditata secara khusus oleh pentadbir. Pelayan nama berwibawa adalah sama ada pelayan primer atau pelayan sekunder. Pelayan primer bagi sesuatu zon ialah pelayan yang menyimpan versi-versi muktamad bagi kesemua rekod dalam zon terbabit. Pelayan sekunder pula menggunakan mekanisme kemas kini automatik bagi menyelenggara salinan serupa bagi pangkalan data pelayan primer bagi sesebuah zon. Contoh mekanisme sebegini ialah pindahan zon DNS dan protokol pindahan fail. DNS menyediakan mekanisme di mana primer bagi sesebuah zon boleh memaklumkan kesemua sekunder yang dikenalinya dalam zon berkenaan apabila kandungan zon terbabit ditukar.

Jawapan berwibawa

Pelayan nama menandakan bahawa maklum balasnya adalah berwibawa dengan menetapkan bit Authoritative Answer (AA) dalam maklum balas kepada pertanyaan ke atas nama di bawah kuasanya. Pelayan nama yang memberikan jawapan untuk nama yang bukan di bawah kuasanya (sebagi contoh, pelayan nama untuk zon-zon induk), tidak menetapkan bit AA.

Pertanyaan rekursif

Jika sesebuah pelayan tidak dapat menjawab sesuatu pertanyaan kerana hos yang ditanya tiada dalam pangkalan datanya, ia mungkin akan bertanya secara rekursif kepada pelayan-pelayan nama dalam kedudukan hirarki yang lebih atas.[3] Ini dipanggil sebagai pertanyaan rekursif atau carian rekursif.

Pelayan nama cache

Pelayan nama cache atau cache DNS, menyimpan hasil pertanyaan DNS untuk dalam tempoh yang ditetapkan dalam tatarajahnya (time-to-live) bagi setiap rekod nama domain. Cache DNS menambah baik keberkesanan DNS dengan mengurangkan trafik DNS di Internet, dan dengan mengurangkan beban pada pelayan-nama berwibawa, khususnya pelayan-nama akar.

Rangkaian Microsoft

Pelayan nama juga wujud pada sesetengah rangkaian Microsoft Windows di mana salah satu hos mengambil peranan sebagai tuan semak imbas NetBIOS dan bertindak sebagai pelayan NBNS. Rangkaian kawasan setempat kecil bagi sistem-sistem Windows tidak memerlukan sebarang pelayan nama pusat, dan secara am melakukan peleraian nama menggunakan algoritma penyiaran.

Windows Internet Name Service (WINS) ialah khidmat nama yang menterjemah nama-nama NetBIOS kepada alamat-alamat nombor.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ RFC 1034, Domain Names — Concepts and Facilities, P. Mockapetris, The Internet Society (November 1987)
  2. ^ RFC 1035, Domain Names — Implementation and Specification, P. Mockapetris, The Internet Society (November 1987)
  3. ^ "Composite Application Manager for Internet Service Monitoring, Reference Guide". IBM. Missing or empty |url= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)

Pautan luar