Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Samuele2002 (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 3938227 oleh 175.156.95.218 (Perbincangan)
Baris 1: Baris 1:
{{Untuk Siri Filem lihat| Bohsia (siri filem)}}
{{Filem
{{Filem
| nama = Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
| nama = Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam

Semakan pada 15:00, 24 Februari 2017

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDato' Yusof Haslam
Ahmad Puad Onah (eksekutif)
DibintangiNabila Huda
Syamsul Yusof
Salina Saibi
Shaheizy Sam
Aaron Aziz
Diana Danielle
Dikisahkan olehSyamsul Yusof
SinematografiOmar Ismail
Diedarkan olehSkop Productions
Grand Brilliance
Tarikh tayangan
23 April 2009
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
BajetRM 1.5 juta

Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ialah sebuah filem aksi Malaysia yang dikeluarkan oleh Skop Productions pada tahun 2009. Filem yang dibintangi Nabila Huda, Syamsul Yusof, Salina Saibi, Shaheizy Sam, Aaron Aziz, dan Diana Danielle ini merupakan kali kedua Syamsul Yusof menyandang peranan pengarah dan penulis lakon layar selepas memasuki persada perfileman negara menerusi filem Evolusi KL Drift pada tahun 2008.

Filem yang menelan belanja RM1.5 juta[1] ini mengetengahkan unsur-unsur gejala negatif seperti mat rempit, bohsia, salah guna dadah dan seks luar nikah, maka dikenakan klasifikasi 18PL (penonton berusia bawah 18 tahun dilarang menonton atas sebab unsur ganas, seks, dan kebudayaan) oleh pihak Lembaga Penapisan Filem. Filem ini dibuka kepada umum di lebih 60 pawagam di Malaysia dan Singapura pada 23 April 2009.

Filem Bohsia: jangan Pilih Jalan Hitam dicalonkan untuk anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22. Kesinambungan filem ini, Jalan Kembali: Bohsia 2 ditayangkan pada 7 Jun 2012.

Sinopsis

Bohsia mengisahkan dua remaja Amy (Salina Saibi) dan Tasya (Nabila Huda) yang tidak mempunyai pendidikan dan latar belakang keluarga yang sempurna. Amy dan Tasya memilih untuk terjebak dalam dunia rempit oleh pengaruh teman lelaki. Muz (Syamsul Yusof) teman lelaki Tasya seorang suka cakap besar dan Acai (Sheheizy Sam) teman lelaki Amy seorang yang pantang dicabar.

Bapa Amy seorang kaki judi sering mengangu kehidupan Amy. Azam (Aaron Aziz) seorang bapa ayam cuba memujuk Amy kembali padanya walaupun sebenarnya ingin menjadikan Amy sebagai pelacurnya. Amy yang mengetahui pekerjaan Azam cuba menjauhkan dirinya pada Azam. Muz terpikat pada Aisyah (Diana Danielle) selepas beberapa bulan berkenalan di dunia siber. Dia membohongi Aisyah mengenai latar belakangnya. Tasya yang berang dengan pengkhinatan dan cercaan Muz, merelakan dirinya ditiduri Acai dan gengnya. Tasya merasakan hidupnya tidak bermakna, membunuh diri.

Muz yang berang dengan tindakan Acai dan rakan -rakannya meniduri Tasya, bertindak menyerang mereka. Pergaduhan yang besar berlaku dan diakhiri dengan Muz ditangkap polis manakala Acai dibelasah teruk separuh mati.

Azam kecewa tidak dapat memujuk Amy bertindak menculik dan melacurkan Amy secara paksa. Amy melarikan diri dari Azam dan cuba berlindung dengan bapanya Salleh (Nasir Bilal Khan). Salleh yang sedang mabuk bertindak merogol Amy. Dalam pergelutan, Amy telah bertindak menikam bapanya.

Pelakon

Shaheizy Sam berlakon sebagai Acai dalam filem ini.

Sambutan

Kutipan

Pada hujung minggu pertama tayangannya (23–26 April 2009), filem Bohsia telah mendapat kutipan melebihi RM1.6 juta, sekaligus menduduki tempat teratas dalam carta kutipan filem pada tempoh tersebut.[2] Selepas 21 hari tayangan, jumlah kutipan dilaporkan berjaya mencecah RM4.2 juta.[3]

Ulasan

Ulasan portal filem Tupai.com.my memberi tiga dari lima bintang, terutamanya menyatakan bahawa hampir kesemua babak aksi dalam filem ini berkesan, lagak ngeri yang mengagumkan, dan muzik latarnya berpadanan dengan babak-babak yang ditonton, di samping memuji bakat lakonan Nabila dan Salina, tetapi merungut pembawaan watak oleh Syamsul seolah-olah "mat rempit golongan elit".[4][5]

Satu lagi ulasan di Berita Minggu turut memberi komen positif, dengan kata-kata berikut: "'Delivery' yang diberikan Syamsul dalam sentuhan ini setara usianya yang bergelar pelakon dan pengarah muda. Biarpun jalan cerita mahupun naratif mudah difahami namun perincian yang diberikan terhadap elemen aksi serta shot membabitkan perlumbaan motosikal juga adegan bergasak beramai-ramai ditampilkan begitu kemas dan realistik."[6]

Di Festival Filem Malaysia ke-22, lakonan hebat Nabila Huda telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) manakala Shaheizy Sam dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM). Namun kejayaan manis datang daripada kemenangan Salina Saibi menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menewaskan calon lain antaranya Noorkhiriah (Papadom) & Adibah Nor (Talentime).

Sambungan

Sekuel filem ini, Jalan Kembali: Bohsia 2 telah ditayangkan di pawagam pada 7 Jun 2012.

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-22 Filem Terbaik Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Nabila Huda Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Shaheizy Sam Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Salina Saibi Menang

Trivia

Filem ini ditayangkan pada 23 April 2009, bertepatan dengan ulang tahun ke-20 pemergian ke rahmatullah pelakon veteran, Allahyarham S. Sudarmaji.

Rujukan

  1. ^ Hizreen Kamal (2009-04-22). "When broken youths turn bad". New Straits Times. Dicapai pada 2009-05-07.
  2. ^ Lee Zhiang Yang, Ezekiel (2009-04-29). "Bohsia dapat sambutan hebat!". Tupai.com.my. Dicapai pada 2009-05-07.
  3. ^ "Dengarnya...: Bohsia terus meletup". Berita Harian. 2009-05-18. Dicapai pada 2009-05-18.
  4. ^ "Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam". Tupai.com.my. 2009-04-16. Dicapai pada 2009-05-19. Unknown parameter |auhtor= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  5. ^ Nur Safina Othman (2009-04-16). "cinema.com.my: Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (Malay)". Cinema.com.my. Dicapai pada 2009-05-19.
  6. ^ Suzan Ahmad (2009-04-19). "Bohsia memang berani". Berita Minggu B*POP. Dicapai pada 2009-05-19.

Pautan luar