Runme Shaw: Perbezaan antara semakan
Azizah Sofia (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
Azizah Sofia (bincang | sumb.) Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih |
||
Baris 44: | Baris 44: | ||
==Pautan luar== |
==Pautan luar== |
||
*http://www.kickemintheghoulies.com/2014%20Spring%20of%20Shaw%20/Runme%20Shaw.gif |
|||
{{Lifetime|1901|1985|Shaw, Runme}} |
{{Lifetime|1901|1985|Shaw, Runme}} |
Semakan pada 09:33, 11 Mac 2017
Runme Shaw | |
---|---|
Kelahiran | Shào Rénméi 1 Januari 1901 |
Meninggal dunia | 2 Mac 1985 | (umur 84)
Sebab kematian | Kemalangan jalan raya |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Penerbit TV, Ahli perniagaan, penerbit filem, pelabur |
Tahun aktif | 1959 - 1983 |
Pangkat | 1)Darjah Indera Mahkota Pahang 2)Panglima Mangku Negara dari YDPA Sultan Pahang 3)Meritorious Services Medal dari Kerajaan Singapura 4)Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Singapura |
Ahli lembaga | Shaw Brothers Ltd. (1959-1983) |
Pasangan | Peggy |
Anak-anak | Shaw Vee King Shaw Vee Fong Doris Shaw Vivien Shaw Nora Shaw Sylvia Shaw |
Ibu bapa | Shaw Yuh Hsuen (邵行銀) Wang Shun Xiang |
Saudara | Runje Shaw Runde Shaw Run Run Shaw |
Peribadi
Runme Shaw merupakan anak ketiga dari enam orang adik beradik bagi pasangan pengusaha tekstil di Shanghai, China iaitu Shaw Yuh Hsuen dan Wang Shun Xiang. Pasangan ini mempunyai 10 orang anak tetapi 3 daripadanya telah meninggal dunia semasa kecil. Runme Shaw mempunyai syarikat import dan eksport barangan runcit serta berkerjasama dengan salah seorang abangnya Runje Shaw mendirikan perniagaan panggung opera cina. Runje Shaw pada ketika itu bertindak sebagai pengarah dan sutradara panggung opera. Namun begitu, perniagaan itu menemui kegagalan.
Penubuhan Shaw Brothers Ltd
Pada tahun 1927, beliau bersama-sama adik bongsunya Run Run Shaw telah berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasib dalam perniagaan penghasilan dan penjualan filem bergambar tanpa nada suara di Nusantara. Namun begitu, perniagaannya tergendala semasa penjajahan Jepun keatas Singapura dan perang dunia kedua meletus. Selepas era perang tamat, Shaw Brothers meluaskan perniagaan menghasilkan lebih kurang 160 filem melayu hitam putih dengan suara di bawah pengurusan Studio, Malay Film Productions Ltd. Selain itu, perniagaannya mewujudkan 19 buah pawagam sendiri dan 30 buah pawagam bebas di Singapura sekitar tahun 1965. Tahun seterusnya, beliau mewujudkan rangkaian pawagan sehingga 150 buah dan 6 buah taman hiburan meliputi Singapura dan Malaya. Selain menghasilkan filem melayu, beliau mengembangkan perniagaannya menghasilkan filem kungfu dan filem berwarna di Hong Kong di bawah pengurusan studio Clearwater Bay, ahli pelaburan hartanah dan pemilik pusat membeli belah, hotel serta taman hiburan.[1]
Kematian
Tanggal 1 September 1982, Runme Shaw telah terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya. Selepas beliau pulih dari kemalangan sehingga sudah mampu berjalan semula, tiba-tiba beliau pengsan dan disahkan koma selama 2 setengah tahun. Namun, tanggal 2 Mac 1985, Runme Shaw disahkan meninggal dunia pada usia 84 tahun di Singapura.